My Authors
Read all threads
Pokok Tropika Tertinggi Di Dunia Ditemui Di Sabah

[Ini adalah thread]
Bukan satu, dua atau tiga, tetapi 50 batang pokok tropika di Sabah, Malaysia disahkan secara rasmi oleh sebuah pusat kajian antarabangsa di sini sebagai paling tinggi di dunia.
Dalam beberapa ekspedisi bermula 2005, Brett Mifsud, Tom Greenwood, Roman Dial dan pemandu arah tempatan Roslizan dan Suati telah mencatatkan beberapa rekod pokok Tropika terbesar di dunia.
Mifsud ialah orang pertama yang menemui dan menghalakan laser pada "Poko gergasi", Shorea fagueteana dari family dipterokap berketinggian 88.32m (290 kaki). Berhampiran dengan pokok ini, mereka turut menjumpai sebatang pokok Shorea fagueteana berketinggian hampir 88.16 m.
Awal tahun ini sekumpulan penyelidik antarabangsa diketuai David Coomes dari Universiti Cambridge, Britain melaporkan menjumpai sebatang pokok setinggi 89.5 meter di hutan simpan Lembangan Maliau dekat Tawau.
Ia merupakan hutan yang dilindungi pihak Jabatan Perhutanan Sabah, namun rekod itu dipintas hasil penemuan terkini dijalankan pasukan Asner pada Mei lalu di kawasan hutan berbukit Lembah Danum dekat Lahad Datu.
Pokok raksasa terbaharu itu didapati mencecah ketinggian 94.1 meter dan lebih menarik lagi apabila kumpulan penyelidik berkenaan turut menemui sebanyak 49 batang pokok lain yang mencapai ketinggian hampir sama.
Ini menyaksikan kesemua 50 batang pokok tropika itu lebih tinggi sedikit daripada patung ikonik mercu tanda terkenal bandar raya New York di Amerika Syarikat (AS), Statue of Liberty yang berketinggian kira-kira 93 meter.
Rekod pokok paling tinggi di dunia bagaimanapun masih lagi dipegang spesies Hyperion, Helios dan Icarus yang masing-masing setinggi 115 meter, 114 meter dan 113 meter di Taman Negara Redwood, utara California, AS.
Saiz pemeluk atau ukur lilit kesemua pokok tropika berkenaan sekitar 40 meter, sekali gus menggambarkan betapa lamanya usia hutan di kawasan tersebut yang tidak pernah diteroka manusia.
Sepasukan pengkaji dari University of Cambridge percaya mereka menemui pokok hutan hujan tropika yang tertinggi di dunia di Lembangan Maliau Basin, sebuah kawasan konservasi hutan berkeluasan hampir 600 km persegi di Sabah.
Pokok Meranti Kuning itu, atau nama saintifiknya shorea faguetiana, berukuran 89.5 meter tinggi, hampir sama tinggi dengan menara jam Big Ben di London.

Ketinggian itu juga memecah rekod sebelum ini bagi kategori pokok tropika.
Bagaimanapun, pokok tertinggi di dunia berukuran 115 meter adalah di Taman Negara Redwood, California, di mana pokok di kawasan ini kebiasannya mencecah 30 meter lebih tinggi daripada pokok tropika.
Subscribe : t.me/mathadesmelayu
Subscribe : t.me/mathadesmelayu
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Mat Hades

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!