My Authors
Read all threads
Ada ura-ura Turki nak ubah Hagia Sophia jadi masjid balik, selepas Ataturk mengubah ia jadi muzium pada tahun 1934.

Benda ni dah bertahun-tahun dikempen oleh AKP pimpinan Erdogan. Tapi negara-negara jiran tak suka. Kenapa?
Yang bantah ni adalah negara-negara Kristian Ortodoks Timur (Eastern Orthodox) seperti Russia, Greece dan Georgia.

Hagia Sophia ibarat "Al-Aqsa" bagi mereka: tempat suci yang ditakluk oleh musuh berlainan agama.
Sebelum ditawan oleh Turki Uthmaniyyah pada 1453, Constantinople (nama lama Istanbul) adalah pusat Ortodoks Timur. Hagia Sophia sebagai gereja terbesar di Constantinople & juga di seluruh Empayar Rom Timur (yang menjadikan Ortodoks agama rasmi) mempunyai simbolisme luar biasa.
Kejatuhan Constantinople ke tangan Turki Uthmaniyyah yang beragama Islam justeru dilihat oleh Kristian Ortodoks sebagai peristiwa gelap, apatah lagi Hagia Sophia dijadikan sebagai masjid oleh Sultan Uthmaniyyah, Mehmet II ("Al-Fatih").
Jadi Kristian Ortodoks sentiasa mahu "membebaskan" Hagia Sophia (dan juga Constantinople), termasuk Russia.

Pada 1472, Ivan III berkahwin dengan Sophia Palaiologina, anak saudara Maharaja Rom Timur terakhir & memakai gelaran "czar" yg bermaksud "caesar" - gelaran Maharaja Rom.
Russia melihat dirinya sebagai "Third Rome", mewarisi kedudukan Empayar Rom (First Rome) dan Rom Timur (Second Rome) sebagai pelindung agama Kristian.
Dengan itu Russia melancarkan 12 perang terhadap Uthmaniyyah demi menakluk Constantinople, memasang balik salib di atas kubah Hagia Sophia.

Perang terakhir adalah Perang Dunia Pertama (1914-1918) di mana Russia join UK-Perancis & Uthmaniyyah join pakatan Jerman-Austria.
Satu lagi negara yang bercita-cita menawan Constantinople ialah Greece yang merdeka daripada Uthmaniyyah pada tahun 1832. Orang Greece beragama Ortodoks dan ingin menyatukan semua kawasan yang ada penduduk berbahasa Greek termasuk pantai barat Turki termasuk Constantinople.
Greece cuba merealisasikan cita-citanya selepas Uthmaniyyah kalah dalam WW1, tapi tak berjaya selepas dikalahkan oleh Ataturk dalam Perang Kemerdekaan Turki 1919-1922.
Pada tahun 1934, Ataturk menukar Hagia Sophia jadi muzium, dan mengupah arkeologis dari US bernama Thomas Whittemore untuk uncover balik lukisan mosaic di dinding Hagia Sophia yang menggambarkan Mary (Maryam), Jesus (Isa), malaikat dan tokoh-tokoh ternama.
Lukisan-lukisan ni ditutup pada zaman Uthmaniyyah sebab bercanggah dengan akidah Islam, tapi tak dihancurkan terus.

Ataturk tak explain kenapa dia berbuat demikian, tapi kemungkinan besar adalah untuk mengelakkan konflik dengan negara2 Ortodoks lagi. Turki perlu rehat.
Dan sejak Hagia Sophia dijadikan muzium dan dibuka kepada pelawat, keinginan untuk "membebaskan" Hagia Sophia dah kurang sebab Ortodoks ni boleh je buat "umrah" ke Hagia Sophia.
Jadi apabila kerajaan Turki nak jadikan Hagia Sophia sebagai masjid balik, Kristian Ortodoks dalam dan luar Turki risau seni Ortodoks dalam Hagia Sophia akan diharamkan sekali lagi, dan orang bukan Islam dilarang masuk.
Semua hentam Erdogan nak raih populariti tapi tak sensitif dengan agama lain, walaupun jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin memberi jaminan Hagia Sophia masih akan dibuka kepada pelawat.
Dan langkah terbaru Turki ni pasti akan menambah lagi kesangsian antara Turki dan Greece dan Russia. Dan mungkin itu juga kehendak Erdogan yang suka "cucuk" negara-negara jiran untuk mencapai tujuannya.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Ayman Rashdan Wong

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!