Fikiran ini, dia datang dan pergi.
Ada yang kekal lama, ada yang sementara sahaja.
Tak semua apa yang berlalu dalam fikiran itu betul.
Fikiran hanyalah fikiran.
Apa contoh jenis pemikiran yang tidak sihat?
Black or white thinking.
Maksudnya, cara fikir dikotomi (antara dua ekstrem) sama ada hitam atau putih sahaja.
Tiada kelabu, tiada pertengahan.
Cara fikir ni biasanya ada dalam kalangan mereka yang ada depression, anxiety dan suicidal ideation.
1. Kalau aku tak dapat masuk universiti, aku seorang yang tak berguna, gagal, baik aku mati je.
2. Hidup aku tak dah berguna sebab aku dah kena buang kerja.
3. Pandangan aku semua betul, kau semua salah
5. Aku makan ubat ni tak sembuh pun, baik tak payah makan langsung.
6. Dia tak reply mesej aku ni, mesti dia benci aku, dah tak sayang aku.
8. Parti yang aku sokong semua betul, parti yang lawan semua salah
9. Sekali kau buat silap dengan aku, sampai mati aku tak maafkan
10. Dosa aku terlalu banyak, tak mungkin Tuhan ampunkan
1. Kena aware dengan pemikiran kita. Bila masa kita berfikiran "black or white thinking?" Dengan siapa? Waktu bila?
2. Cuba identify, pemikiran itu buat kita rasa macam mana? Marah? Sedih? Kecewa?
4. Lepas dah identify 1-3, tanya diri sendiri soalan2 ini:
- Apa yang menyebabkan aku jadi fikir macam ni?
- Apa bukti kepada apa yang aku fikir ni?
- Apa bukti yang menolak apa yang aku fikir ni?
- Ada penerangan lain kepada apa yang aku fikir ni?
- Ada tak cara fikir lain yang lagi membantu?
- Kalau ye pun benda tu jadi, apa benda paling teruk yang mungkin terjadi? Kalau terjadi, aku boleh cope tak?
Supaya kita sendiri nampak hubungan cara fikir, perasaan dan tingkah laku kita.
Kita boleh kawal pemikiran kita.
Silap kita bila kita layankan sahaja tanpa identify mana yang baik dan buruk.
Lama2 semua pemikiran buruk menguasai diri.
Agak kompleks untuk diterangkan secara terperinci di sini.
Ini asas kepada Cognitive Behaviour Therapy (CBT).
Datanglah terapi, kita guide macam mana nak kawal pemikiran kita.
Al-Mosaiwi, M., & Johnstone, T. (2018). In an absolute state: Elevated use of absolutist words is a marker specific to anxiety, depression, and suicidal ideation. Clinical Psychological Science. doi: 10.1177/2167702617747074