Fasa pertama penurunan berat badan adalah pastinya penurunan berat air di mana air adalah komponen majoriti dalam badan kita. Pernah lihat rakan anda berjogging dengan memakai jaket hitam atau windbreaker?
Sel lemak boleh digunakan jika anda mengalami deficit(pengurangan) kalori, contoh jika anda bersenam dan berdiet pada masa yang sama atau mengamalkan intermittent fasting.
Ikut keperluan sebenarnya, jika anda tahu anda adalah seorang yang tidak banyak bergerak, makan mengikut keperluan aktiviti anda. Janganlah makan nasi lemak tiap hari, jangan juga minum air berkarbonat tiap masa. Ada porsinya.