My Authors
Read all threads
Bagaimana King Salman mengukuhkan cengkaman dan kuasa beliau sebagai Raja Arab Saudi.

Apa yang beliau buat sampai putera raja lain dalam kerajaan Saudi bising dan membantah sampai perlu buat 'coup'??

-thread-
Macam yang aku tulis sebelum ni, kerajaan Arab Saudi berdiri atas 3 tiang utama untuk mencapai kestabilan.

- Kesatuan pemimpin
- Sumber tenaga minyak
- Hubungan yang erat dengan agamawan

Jika salah satu dari tiang ni roboh, kestabilan kerajaan Saudi akan tergugat.
First tengok gambar ni dulu. Yang atas sekali adalah raja pertama Arab Saudi.

Line kedua adalah 2nd generation yang memerintah dan pernah menjadi raja atau pemangku raja.

Line ke 3 adalah 3rd generation yang banyak pegang jawatan utama dalam kerajaan.
Kebanyakan yang dalam lain kedua dah meninggal dunia. Cuma tinggal Raja Salman, Muqrin dan Ahmed. King Salman adalah pemerintah terakhir dari 2nd generation yang mana akan disambung oleh anak beliau sendiri iaitu Crown Prince Muhammad, orang panggil MBS.
Asas lantikan Raja Saudi sebenarnya kene ikut turn adik beradik dan line generation bukan anak beranak macam Raja Salman buat sekarang. Tindakan awal beliau untuk bagi kepada 3rd generation tu dah ok sebab yang 2nd ni pun dah tua. Tapi sepatutnya bukan kepada anak beliau sendiri.
Semua ni start dengan perlantikan Raja Salman pada tahun 2015 selepas kematian Sultan Abdullah bin Abdul Aziz. Beliau telah melakukan beberapa reformasi dalam struktur pentadbiran kerajaan secara drastik dengan menguatkan puak Sudairi.
King Salman ni adalah veteran politik. Beliau dah banyak selesaikan masalah konflik dalaman keluarga diRaja Saudi dari dulu lagi. Bayangkan ada beribu putera Raja bertelingkah sesama sendiri. King Salman jugak yang tapis siapa yang layak, siapa tak layak berada dalam kerajaan.
Perpecahan dalam keluarga Saudi ni bermula seawal kematian Raja pertama Saudi iaitu King Abdul Aziz. Bayangkan King Abdul Aziz ni menikah dengan 22 orang yang berlainan puak dan budaya. Dapat anak 45 orang yang berfikiran lain lain. Apa kau expect?
Dalam House of Saud ni ada 3 puak utama. Iaitu keluarga Sudairi, keluarga Faisal dan keluarga Abdullah.

Wakil Sudairi yang jadi raja adalah Fahd dan Salman
Faisal dan Saud telah buat deal yang tiada siapa di antara mereka berdua akan memonopoli jawatan dalam pemerintahan kerajaan. Raja mesti dilantik berdasarkan sifat kepimpinan dan mengikut line.

So Saud jadi raja kedua dan kemudian diganti oleh Faisal sebagai Raja ke 3.
Sifir dia camni Kalau puak Faisal jadi Raja, so pemangku Raja mesti dari puak lain eg: Sudairi dan menteri yang penting macam pertahanan kana diberi kepada puak Abdullah, menteri hubungan luar diberi kepada Sutan.

Dan macam tulah seterusnya tiada yang memonopoli.
Sehinggalah King Abdullah meninggal pada 2015, beliau bertitah: " Raja yang berikutnya (Salman) atau siapa pun tak boleh sama sekali menukar jawatan Muqrin (masa tu timbalan Crown Prince).

Masa tu Raja Abdullah adalah raja, Salman Crown Prince dan Muqrin aadalah timbalan Salman.
Yup, Raja Salman menuruti titah tersebut pada awalnya. Raja Abdullah mangkat dan Salman jadi Raja Arab Saudi manakala Muqrin jadi Crown Prince.
Tapi Raja Salman ubah taktik. Anak beliau, MBS telah diberi jawatan penting yang lain seperti Menteri Pertahanan, Timb kedua Perdana Menteri, Setiausaha Umum Mahkamah Diraja dan diletakkan sebagai ahli Majlis Hubungan Pembangunan dan Ekonomi.
Ramai dari kalalangan pegawai dan jeneral tentera mempersoal tindakan Raja Salman. Ahli Majlis Ekonomi tak senang duduk. Sebab bagi mereka MBS ni masih mentah dan muda, tak banyak pengalaman.
Tapi kalau diperhatikan sebenarnya, tujuan utama Raja Salman buat macam ni adalah supaya jawatan penting dalam kerajaan dikuasai dahulu oleh anak dan orang rapat beliau. Baru mudah lepas ni nak cengkam jawatan yang besar besar. Ni adalah klu dan gerakan pertama.
Dengan lantikan utama tersebut, Muqrin hanyalah Crown Prince yang tak ada kuasa apa - apa. Nama dan title saja besar, tapi no power.

Then pada April 2015, 3 bulan je Raja Salman perlukan, beliau kemudiannya menanggalkan title Crown Prince pada Muqrin.
MBs kemudian dilantik sebagai Crown Prince. Settle masalah. Kuasa puak Sudairi sudah mengukuh dalam kerajaan Saudi. Puak Abdullah dah knocked out dari permainan. Tinggal lagi puak Faisal.
Next target Raja Salman pergi kepada Menteri Hubungan Luar. Beliau memecat Putera Saud al Faisal dari jawatan beliau dan diberi kepada Adel al Jubair yang bukan berketurunan diRaja. So puak Faisal dah knocked out.

Tapi jawatan ni skarang dipegang oleh cicit almarhum Raja Faisal.
Raja Salman dah buat 3 benda utama:

- Beri jawatan kepada 3rd generasi
- Melantik anak beliau yang pro US sebagai Crown Prince
- Memecat beberapa menteri dan Pengarah Syarikat Saudi Aramco
So tindakan Raja Salman ni walaupun dilihat agak melampau tapi keluarga diRaja Arab Saudi tak buat rusuhan atau protes besar besaran. Mereka tak begitu berpecah sebab sedar pengaruh Iran di sekeliling mereka begitu kuat.
Di Syria, Yaman Iraq, Bahrain bahkan Wilayah Qatif dalam Saudi sendiri ada orang syiah. Kalau berlaku huru-hara dalam Saudi, Iran tak akan lepaskan peluang untuk hantar proksi mereka masuk ke Saudi.

Qatif adalah telaga minyak Saudi. Mereka perlu kawal supaya Syiah tak buat hal.
Apa-apa pun Raja Salman dilihat telah berjaya mengukuhkan kedudukan beliau dan Sudairi dalam politik diRaja Arab Saudi. Beliau juga berjaya meletakkan MBS sebagai pengganti beliau nanti. Tak ada apa yang perlu beliau risau lepas mangkat nanti.
MBS pulak bila naik jadi Raja nanti banyak cabaran menanti. Dalam Saudi dan luaran Saudi terutama dengan ancaman dari Iran. Beliau pun sudah terpalit dengan skandal pembunuhan Jamal Kashoggi dan penyingkiran putera Raja yang lain.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Anakinra Kahnwald

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!