My Authors
Read all threads
"Memahami Langkah Sheraton."

Twitter ialah gelanggang anak muda. PRU 15 nanti pengundi anak muda berjumlah lebih 14 juta orang. Ayuh isi dada anda dengan ilmu politik agar tidak tertipu oleh politikus. Supaya anak muda tak ditohmah buta politik lagi.
Baru beberapa bulan lepas, negara kita dikejutkan dengan Langkah Sheraton, sebuah langkah politik yang menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan yang berjaya mencipta rekod menggulingkan rejim Barisan Nasional pada PRU-14.
Untuk memahami apa yang terjadi pada LANGKAH SEHERATON, sekurang-kurangnya kita kena imbas kembali jauhhh sehingga ke 1998. Sebab anak muda kalau nak faham Langkah Sheraton kena faham mengenai politik kita dulu, dan bagaimana peristiwa 20 tahun lalu memberi impak politik hari ni.
Sejak sekian lama, sebenarnya politik Malaysia berkisarkan dua manusia ini. DS Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir. Ianya bermula sejak 28 Mac 1982 apabila DSAI masuk UMNO atas jemputan daripada Tun Matahir sendiri.
Untuk mengetahui kenapa Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM, dan betapa tidak setujunya memberikan jawatan Perdana Menteri kepada DSAI ada kaitan dengan hubungan puluhan tahun dua orang ini.
Padahal, kalau ditanyakan kepada mak ayah kita, pernah suatu masa dahulu stigma berkaitan dengan dua pemimpin ini ialah konon pasangan mereka berdua ini ialah pasangan pimpinan terbaik. Tapi semuanya berubah pada 1997-1998 apabila DSAI disabitkan dalam kes Liwatnya.
Mungkin kalian belum lahir, atau masih muda. Tapi mak ayah kalian tak lupa bagaimana konflik antara dua orang pemimpin ini mengheret rakyat ke jalanan? Walaupun hari ini Anwar pernah dakwa ianya luka kecil, tapi luka kecil ni ada impak besar pada Langkah Sheraton.
Ya, luka kecil yang didakwa Anwar sebenarnya bukanlah kecil. Saiful Bukhari bukan kes liwat pertama melibatkan tokoh ini. Dan kelihatan luka kecil itu sebenarnya mendalam, bukan sahaja melibatkan Anwar sahaja, tapi Dr Mahathir. Apa sebenarnya dendam Mahathir pada Anwar?
Dan imej UMNO yang kuat semangat Melayu dan Islamnya sebenarnya banyak diangkat oleh Anwar Ibrahim sendiri yang pada hari ini, banyak Bangsar Bubble menyangka Anwar Ibrahim membawa suara Liberal dan Progessif.
Buktinya ketika Ops Lalang dulu yang pernah gemparkan negara sampai Najib Razak dikatakan antara individu mengetuai perhimpunan melibatkan lebih 10, 000 orang Melayu yang naik amuk kerana sikap orang cina yang kononnya tidak mahu mematuhi aspirasi pendidikan negara.
Tanyalah siapa yang enggan memansuhkan Peraturan 1961 yang mewajibkan persekolahan Cina dan India belajar dalam bahasa Melayu? Tak lain dan tak bukan ialah Anwar Ibrahim.
Semangat pro-Melayu Anwar dirumitkan dengan perlantikan 100 staf bukan Mandarin bagi sekolah-sekolah kebangsaan Cina. membuatkan orang cina berhimpun sehinggakan lebih 2000 orang kerana mereka takut Anwar akan hapuskan sekolah jenis kebangsana.
Ini membuatkan kerajaan terpaksa mengerakkan Ops Lalang bagi mengelakkan satu lagi peristiwa 13 Mei berlaku dalam sejarah. Benai-benai semangat Nasionalisme-Melayu-Islam yang anda lihat dalam UMNO ini disemai oleh Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir. Tak, anak muda ramai tak tahu.
Kenapa orang Melayu Konservatif sangat meraihkan kejatuhan DAP? Siapa punya angkara yang membenaikan sikap-sikap bahawa DAP ini akan mengancam segala berkaitan dengan Melayu? Sejak bila fahaman ini dipropagandakan? Oleh siapa? Ya, Anwar dan Mahathir.
Dan tertubuhnya PPBM hasil serpihan mereka yang tidak bersetuju dengan presiden ketika itu bukanlah pertama berlaku dalam sejarah. Ingat lagi tak Semangat 46 yang keluar UMNO yang digerakkan oleh Ku Li sebab tak setuju dengan Mahathir? Anak muda ramai tak tahu.
Anak muda tahu tak apa yang dipanggil sebagai Langkah Sheraton didahului oleh pelbagai langkah lain? Misalnya Langkah Kajang yang digerakkan untuk menjatuhukan MB Selangor ketika itu demi semata-mata memberi peluang kepada Anwar menjadi MB? Sebelum Sheraton, Kajang diokestrakan.
Dan usaha membeli YB melompat parti ni bukan pertama kali berlaku di Malaysia. Anwar Ibrahim sendiri pernah kata dia memiliki 30 Ahli Parlimen BN yang akan lompat parti ketika pasca PRU 2008? Jadi, kerajaan pintu belakang pernah diusahakan sejak sekian lama.
Anak muda juga kena tahu hasil semaian semangat Nasionalism-Konservatif-Melayu dan semangat bencikan DAP oleh Anwar dan Mahathir inilah yang membawa kepada perhimpunan Anti ICERD dianggap sebagai perhimpunan paling besar dalam sejarah sehingga mengumpulkan 500, 000 orang?
Anak muda kena tahu juga bagaimana propaganda-propaganda yang pernah digunakan oleh dua tokoh ini ketika dalam UMNO juga digunakan pemimpin hari ini demi menyemai kembali semangat konservatif-nasionalisme.
Semua peristiwa2 di atas yang disebutkan sebenarnya buildup kpd sebuah peristiwa politik bernama Langkah Sheraton. Jawapan-jawapan kepada persoalan di atas dah dijawab dalam buku di bawah. 200 pembeli terawal akan dapat sign penulis.

Pautan pembelian: bit.ly/langkahsheraton
Anda akan terkejut dalam mendapati bahawa angkara kepada kejatuhan PH sebenarnya merekalah dalangnya sejak sekian lama, tanpa mereka sendiri sedar merekalah tangannya. Selamat membaca selepas membuat pembelian!
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!