My Authors
Read all threads
"Nuaiman: Sahabat Yang Masuk Syurga Dalam Ketawa."

Zaman nabi, ada seorang sahabat bernana Nuaman. Beberapa kali Nuaiman menemui Rasulullah kerana minum arak menyebabkannya dicambuk. Ini kisah menarik untuk kita belajar hikmah nabi mendidik sahabat.

Oleh: Helmi Effendy
Namun, apabila ada orang memanggil NuaIman laknatullah depan nabi. Nabi melarang malah mengatakan sesungguhnya NuaIman mencintai ALLAH dan Rasul. Rasul dan ALLAH mencintai Nuaman.
Hari ini, bila ada orang disekitar kita membuat dosa, kita dah membenci tanpa berhikmah dalam berdakwah. Kita mencaci-maki para pendosa disekeliling kita. Hikmah nabi berdakwah terus hilang. Adab yang menjadi kebanggaan nabi turut lenyap.
Malah ada yang esktrim yang sanggup mengebom pusat maksiat, mendoakan mereka yang tersasar dari jalan ALLAH. Kata mereka, supaya lebih cepat ke neraka. Apa beza kita dengan iblis yang berusaha memasukkan kita ke neraka? Bukankah tugas kita sama-sama berdakwah menuju ke syurga?
Pernah suatu masa, Nuaiman pergi sembelih unta-unta rombongan dari Syam yang datang nak menjumpai Rasulullah. Nuaiman pergi sembelih daging unta tu sebab ada sahabat bergurau depan Nuaiman tentang daging unta yang berkualiti.
Lepas sembelih, Nuaiman pi lari sampai ke hujung Madinah. Bila nabi keluar dengan rombongan Syam tersebut, nabi bertanya angkara siapa. Sahabat petik nana Nuaiman. Umar diperintah untukcari cara gantikan unta-unta yang Nuaiman pergi sembelih, maka yang lain pi cari Nuaiman.
Yang rombongan Syam tu pulak datang jumpa nabi nak peluk Islam. Nuaiman pulak jumpa seorang sahabat nabi dan memintak berlindung dekat ladang dia. Nuaiman mintak sahabat nabi tu berjanji tak dedahkan lokasi dia sembunyi walau kpd Rasullulah atas alasan dikejar orang jahat.
Sahabat tu bersetuju lah sebab dia tak sangka yang Rasulullah akan sampai ke hujung Madinah tempat lokasi persembunyian tu. Sahabat tu dah berjanji tak dedahkan lokasi Nuaiman. Tapi dia rasa bersalah nak menipu Rasulullah.
Sahabat tu sambil berkata dengan kuat yang mata dia tak melihat Nuaiman, tapi tangannya menjunjukkan tempat persembunyian Nuaiman. Maka tertangkaplah Nuaiman selepas buar onar sembelih unta orang. Tapi respon Rasulullah sangatlah hebat. Tak caci maki, tak ada menjatuhkan hukum.
Rasulullah siap bertanya kepada Nuaiman kenapa dia buat macam tu, Nuaiman jawab yang dia buat macam tu sahabat-sahabat yang bergurau dengan dia yang suruh buat. Nabi pun menyapu wajah Nuaiman yang berdebu tu sambil tersenyum.
Kalau kita kat tempat Rasullulah, entah apa yang kita akan salahkan Nuaiman. Rasulullah sangat berhikmah dalam mendidik sahabatnya. Semoga kita juga mendapat hikmah yang sama.
IKLAN: Kami sedang menyertai PBAKL Online di Shopee. Setiap pembelian anda akan membantu kami terus memberikan ilmu percuma di portal dan juga page kami.

Buat pembelian di: shopee.com.my/thepatriotsasia
Dan tak habis lagi kisah ni. Nuaiman masa ikut Saidina Abu Bakar ke Syam atas urusan meniaga, seorang sahabat ni diperintahkan untuk jaga harta makanan sementara Saidina Abu Bakar selesaikan urusannya.
Nuaiman masa lapar pi jumpa sahabat yang jaga makanan tu. Tapi sahabat tu tetap dengan amanah yang Abu Bakar berikan. Nuaiman tekad nak prank, kenakan sahabat tu. Dia pun pergi ke pasar dan cakap ada hamba untuk dijual.
Orang dipasar pun ikut arahan Nuaiman ke lokasi sahabat yang tengah jaga makanan. Mereka terus membawa sahabt tu untuk dilelong dan dijual walaupun sahabat tu berkali-kali mengatakan dia orang yang merdeka.
Nuaiman dapat dalam 20 dirham, ada riwayat lain cakap 100 dirham. Dengan duit tu, Nuaiman pi beli makanan, siap beli hadiah untuk Rasulullah. Masa makan, Abu Bakar pelik mana hilang seorang sahabat yang dia suruh jaga harta makanan.
Nuaiman dengan selamba cakap dia dah jual sahabat tu. Tambah satu lagi urusan Abu Bakar nak kena beli balik sahabat yang Nuaiman pi jual jadi hamba. Sampai ke Madinah, terus sahabat cerita kat Rasulullah. Tahu apa respon nabi? Nabi ketawa sampai nampak gigi garham.
Malah sejak hari tu, kalau ada rombongan lain yang sampai ke Madinah, nabi akan bercerita kisah hari tu kepada rombongan2 tersebut. Dan nabi ajar kita bahawa cara berinteraksi dengan manusia itu ada cara. Ada orang mampu dibentuk dan dididik dalam masa singkat. Ada perlukan masa.
Dan sebab Nuaiman ni selalu buat nabi ketawa, ada riwayat hadis yang menceritakan bahawa Nuaiman akan masuk syurga dalam keadaan yang ketawa sebab dia suka membuatkan nabi ketawa.
Bayangkan nabi mampu mendidik insan seperti Nuaiman menjadi seorang ahli syurga. Sedangkan kita begitu sibuk menghukum orang lain masuk ke neraka kerana kita merasakan diri kita lebih mulia, kurang berdosa berbanding orang lain.
RUJUKAN:

Kisah Saidina Nu'aiman | Ustaz Don Daniyal.

Full Kisah Lucu Nu'Aiman & Para Sahabat" Nabi 🤣 ~ Habib Ali All Kaff.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!