My Authors
Read all threads
Pernah tak dalam hidup kita, atau sekurangnya, seminggu dua ni, hati kita rasa kosong je. Rasa macam tiada apa-apa perasaan.

Bahkan, kadang2 rasa tak tenang dan gelisah. Jiwa pun rasa kusut je. Rasa macam ada yang tak kena, tapi tak tahu apa dia.

Kenapa semua ni berlaku?
Ada banyak sebab. Antaranya mungkin,

1. Sebab tak tahu tujuan hidup kita.

Sebenarnya, masih ramai lagi di kalangan kita yang tak tahu, apa tujuan kita hidup sebenarnya. Khususnya Muslim.

Kenapa Allah ciptakan kita?
Jawapannya mudah,

Untuk beribadah (Surah Ad-Dzariyat : 56) dan menjadi khalifah (al-Baqarah : 30).

Cuba kita hadam tujuan ni betul2. Kalau tak, kita akan hilang arah tuju. Sama macam orang bekerja. Kenapa nak bersemangat bekerja kalau tak nampak apa tujuannya. Kan?
2. Kurang berzikir.

Apa yang kita selalu cakap, akan meresap ke dalam hati, dan apa yang masuk dalam hati, adalah apa yang selalu difikirkan. Kalau selalu cakap lucah, maka ia akan masuk dalam hati, hingga hati gelap. Dan kepala kita pula sentiasa akan berfikir perihal lucah.
Sebab tu, ubah setiap kata-kata kita. Kurangkan cakap, lebihkan berzikir. Terutama cakap perkara dosa seperti mencarut, mengumpat, menghina, etc.

Sebab itu Rasulullah berpesan, kalau kita beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata yang baik ataupun DIAM.
3. Menangguhkan taubat.

Bila kita selalu bertangguh taubat, maka kita akan terbelenggu dengan maksiat yang dah dibuat. Tak kisah sama ada maksiat kecil atau besar, nescaya kita akan jadi makin serabut.

Contoh kalau tertinggal solat subuh, cepat2 bangun dan qada` solat.
4. Selalu terlupa bahawa rezeki Allah dah tetapkan.

Ada juga orang gelisah sebab selalu mengira-ngira pasal duit sendiri. Bahkan banyak kali tengok akaun bank untuk kira-kira duit. Lepas tu rasa serabut sebab memikirkan esok lusa mungkin takde duit nak makan.
Atau hidupnya asyik fikir pasal dunia dunia dunia, sampai solat tinggal, zikir pun tak, istighfar tidak, baca al-Quran dah lama tinggal, dan sebagainya.

Sedangkan kita lupa, ulat dalam batu pun Allah bagi makan. Apatah lagi orang beriman. Ingat amaran Rasulullah SAW bawah ni,
"Sesiapa tujuan (concern) hidupnya adalah dunia, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia tidak mendapatkan dunia kecuali menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya...
Sesiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allah akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.”

(Riwayat Ahmad)
Cukuplah 4 perkara ini. Moga Allah mudahkan urusan kita pada hari ni dan moga Dia kurniakan kita ketenangan dalam mencari makna kehidupan ni.

Ameen. 🥰

#TarbiahSentap
#IniAdalahThread
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Tarbiah Sentap

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!