, 23 tweets, 4 min read Read on Twitter
BETUL KE SENANG NAK TINGGALKAN MAKSIAT?

Ramai org kata, susah gila nak tinggalkan dosa maksiat ni. Yelah, sebab dah ketagihkan. Tapi sebenarnya, kalau korang nak tahu, nak tinggalkan dosa & maksiat ni senang je. Serius.

Jom teruskan baca.

#IniThreadTS #TarbiahSentap
Macam saya sebut, nak tinggalkan maksiat & dosa ni senang je. Tapi kena baca SAMPAI HABIS. Ok contohnya?

1. Kalau dah bercouple bagai, senang je nak minta clash. Cakap je la nak clash.

2. Kalau nak berhenti rokok, buang je la rokok yang ada di kocek ke tong sampah.
3. Kalau upload gambar tak tutup aurat, delete je la yang ada di FB, ig, twitter, dll.

4. Kalau selalu tengok video lucah, delete je la video yang ada pada laptop/handphone, atau pasang plugin block daripada access ke website lucah.
5. Nak tinggalkan lagu, drama atau movie yang ada unsur haram, delete sajalah movie, drama dlm hard disc/laptop korang.

Dan byk lagi maksiat & dosa yg senang je nak tinggal. Tetapi....🤔

Tetapi isu sekarang, yang susahnya bukan nak tinggalkan, tetapi yang susahnya adalah....
Yang SUSAHNYA adalah nak hilangkan KESAN SAMPINGAN daripada DOSA MAKSIAT yang kita dah buat tu!

1. Memang senang nak clash. Tetapi kesannya SUSAH nak hilang. Selalu terbayang2, rasa serba salah, rindu, teringat2, sampai masuk dalam mimpi dan akhirnya tu yang couple semula.
2. Memang senang nak buang rokok. Tetapi sehari lepas tu badan mengigil, demam, tengok orang rokok rasa tak tahan, dan akhirnya merokok semula.

3. Memang senang nak delete gmbar. Tapi lepas tu kawan2 akan 'hasut', kutuk sindir kita ni kolot, poyo dll. Akhirnya upload semula.
4. Memang senang nak delete video lucah dalam smartphone/laptop, tetapi 2,3 hari selepas tu bila seorang diri, internet pulak laju, akhirnya tangan pun menggatal untuk search semula website lucah dan akhirnya tengok semula.
5. Kalau yg terlanjur, memang senang lepas terlanjur taubat terus. Tapi KESANNYA, ketagih nak buat lagi, senang triggered utk berzina, dan lebih sedih, ada yang mengandung dan sanggup bunuh bayi dlm kandungan (gugurkan) pulak tu.

Dan mcm2 lagi kesan dosa maksiat ni.
Nampak, senang je nak tinggalkan dosa maksiat, tetapi yang SUSAHNYA adalah nak tinggalkan KESAN dosa maksiat ni. Ibarat macam kena PENJARA.

Jadi apa kena buat? Serius nak tahu apa korang kena buat? Jom baca sampai habis.
1. Ingat, Rasulullah pernah sebut,

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ.

"Setiap anak Adam PASTI (confirm) akan berbuat salah (dosa) dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan (dosa) adalah mereka yang BERTAUBAT.”

(Riwayat Ahmad dan Tirmidzi
Maksudnya kat sini, kita semua akan buat dosa. Confirm termasuk saya yg tulis ni! Tak ada yang terkecuali. Tetapi sebaik2 pendosa dalam kalangan kita adalah yang BERTAUBAT lagi dan lagi.

Kalau kau bertaubat tetapi saya tak bertaubat, maknanya kau lebih baik & mulia dari saya!
2. Kalau dah taubat, tapi lepas tu buat lagi. Macam mana? Hipokrit ke?

Dalam hadis atas, Rasulullah sebut,

" خَطَّاءٌ "

Dalam kaedah bahasa Arab, "khotoo'un" atau "melakukan dosa" ni adalah Sighah Al Mubalaghah yang maksudnya adalah HYPERACTIVE REPETITION. Maknanya?
Ia membawa maksud, pengulangan atau kekerapan yang melampau-lampau. Dgn bahasa mudah, hadis ni nak beritahu kita yang,

Kita PASTI akan repeat lagi dan lagi dosa kita dah buat. Ya, kita semua memang ada tendency untuk ulang lagi dosa yang sama. Tak terkecuali. Jadi apa kena buat?
Sebab tu Nabi kata, sebaik2 pendosa adalah mereka yang BERTAUBAT. Dan bukan hanya taubat sekali je. Habis tu apa?

Bahkan MENGULANG-ULANG taubat. Ulang lagi dan lagi dan lagi. Sampai bila?

Sampai moga2 kita mati dalam keadaan bertaubat, bukan mati tengah buat dosa & maksiat
3. Lagi satu, JANGAN BERTANGGUH untuk taubat. Sebab taubat ni hukumnya wajib. Bila dah buat dosa, terus taubat serta merta.

Mulakan dgn istighfar, kemudian sambung dengan tinggalkan dosa tu selama mana yang boleh.

Kalau terbuat lagi esoknya, ulang step yang sama. Sampai bila?
Sampailah kita jadi mayat. Contoh kalau berzina. Lepas berzina tu, rasa menyesal & menangis. Drive kereta balik rumah dlm keadaan istighfar, menangis, taubat gila2. Tiba-tiba kena langgar kereta lain masa drive dan akhirnya kita mati.

Maka kematian macam tu lah yang kita nak.
Inilah maksud kita mati dalam keadaan taubat walaupun baru je lepas berzina. Kita TAK NAK mati dalam keadaan buat maksiat. Contohnya tengah berzina di hotel, tiba2 kebakaran atau bangunan runtuh, maka kita mati dlm keadaan berzina.

ya Allah, hinanya. Moga dijauhkan :(
Ibnu Qudamah al Maqdisi sebut,

"Para ulama telah ijma’ (bersepakat) tentang WAJIBNYA taubat, kerana sesungguhnya dosa2 membinasakan manusia dan menjauhkan manusia dari Allah. Maka, wajib segera bertaubat."
Imam Ibnul Qayyim pula sebut,

”Sesungguhnya segera bertaubat kepada Allah daripada perbuatan dosa hukumnya adalah wajib dilakukan dengan segera dan TIDAK BOLEH ditangguh.”
Imam An Nawawi pula kata,

"Para ulama telah sepakat, bahawa bertaubat daripada seluruh perbuatan maksiat adalah wajib; wajib dilakukan dengan segera dan tidak boleh ditunda, sama ada itu dosa kecil atau dosa besar.”
Kesimpulannya,

Kita ni bukan malaikat pun. Hanya manusia yg selalu buat dosa. Jadi, bertaubatlah kita sungguh2 walaupun susah. Dan walaupun KESAN DOSA tu susah nak tinggal.

Kalau kita terpaksa ulang taubat smpai berjuta kali, ulanglah seperti mana kita sanggup ulang maksiat.
Ibarat macam kuali. Nak cuci belakang kuali, senang je. Tapi nak hilangkan kesan kotor belakang kuali, kena sental gila2 dgn berus dawai.

Penat &, tapi kalau berterusan InsyaAllah bersih. Macam tu juga dosa maksiat kita.

Moga Allah ampunkan kelemahan dan dosa kita. Ameen.
Kalau nak share atau tag kawan2 korang, dipersilakan. Moga manfaat kepada sesiapa yang nak kembali pulang pada Allah.

Manusia yang terbaik, adalah manusia yang bagi manfaat pada orang lain (maksud hadis).

#TarbiahSentap
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Tarbiah Sentap
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!