My Authors
Read all threads
Pernah terjadi di Sabah, sorang inspektor terima panggilan dari kawan baiknya. Ada perompak masuk rumah. Cepat-cepat dia selamatkan kawan dia.

Tetapi, polis tu cedera teruk. Terpaksa ke balai minta bantuan. Kawan dia mati dibunuh.

Polis tu pulak dituduh membunuh. Apa dah jadi?
Lebih kurang pada pukul 5 pagi pada hari kejadian, seorang inspektor datang ke ibu pejabat polis tidak berbaju dan berlumuran darah. Dia meminta bantuan rakan sepasukan untuk pergi ke rumah kawannya. Dikatakan ada satu rompakan berlaku.
2 orang polis berpangkat koperal dan lans koperal kemudian bergegas ke tempat kejadian. Ketika itu, mereka nampak seseorang terbaring di ruang tamu. Berlumuran darah. Mangsa merupakan kawan kepada inspekor itu. Terus dibawa ke wad kecemasan hospital dan disahkan meninggal.
Keesokan harinya, bedah siasat dibuat di Hospital Queen Elizabeth oleh doktor pakar menunjukkan tikaman tepat pada bahagian dada mangsa adalah penyebab mangsa meninggal dunia.
'There was one stab wound on victims's face, another one on the victims's chest directed downward cutting the ribs, muscles, left lung, penetrated the heart from the top to the bottom of the heart'.
Pada hari kejadian, pasukan forensik IPK Sabah pergi ke tempat kejadian dan mengumpul eksibit untuk analisis makmal. Antara yang diambil ialah beberapa kesan darah, 3 puntung rokok di garaj kereta, satu kasut Nike, sepuntung rokok dalam tong sampah, satu tin beer dan sehelai baju
Rakan sepasukan unit forensik juga mengambil eksibit pada selipar, berus gigi, cadar dan satu penutup botol di tempat kejadian untuk pemeriksaan DNA. Ianya penting bagi memastikan siapa yang sebenarnya berada pada tempat kejadian pada hari berlakunya pembunuhan itu.
Malangnya, kesemua eksibit tersebut musnah terbakar disebabkan berlakunya kebakaran di IPD Keningau pada April 2013.
Siasatan kes menjurus kepada bukti keadaan (circumstantial evidence) bagi membuktikan adakah benar inspektor polis itu terlibat membunuh kawan baiknya.

Kakak dan kawan mangsa mengesahkan mangsa rapat dengan suspek dan pada masa yang sama juga sedang bercinta dengan orang lain.
Disebabkan faktor cemburu atas hubungan mangsa dengan orang lain, suspek dikatakan bertindak luar kawalan dengan membunuh mangsa. Pihak pendakwa raya, Jabatan Peguam Negara berhujah bahawa 'the respondent had motive to kill the deceased due to jealousy'.
Pihak pendakwa menambah, tiada apa-apa tanda berlakunya rompakan pada hari kejadian bagi membuktikan adanya pembunuhan dilakukan oleh perompak.

DNA suspek juga ditemui pada barang eksibit yang ditemui pasukan forensik.
Jadi, suspek mereka-reka cerita bahawa rakannya itu dirompak pada hari kejadian. Sebaliknya, dia sendiri yang merancang pembunuhan.

Adakah benar semua ni?
Disebabkan tiada saksi yang melihat secara jelas apa yang berlaku pada hari kejadian, mahkamah perlu berhati-hati memutuskan berdasarkan bukti keadaan.
'for a conviction based oj circumstantial evidence, the circumstances must lead to one conclusion consistent only with the hypoyhesis of the guilt of the accused'.
'The fact must be such that they cannot be accounted for any other rational hypothesis, other than the guilt of the accused'.
Mahkamah memutuskan bahawa tidak dinafikan suspek ada di tempat kejadian ketika kes itu terjadi berdasarkan bukti DNA dari pakar forensik. Tetapi, bukti DNA juga menunjukkan ada 4 DNA lelaki yang tidak dikenali.
Ini menyebabkan Mahkamah tidak boleh mengatakan secara konklusinya, suspek adalah penyebab mangsa mati dibunuh. identiti 4 lelaki lain itu telah timbulkan keraguan untuk mengatakan suspek pembunuh.
‘The existence of DNA of the suspect at crime scene left no doubt that the suspect was in the house, but it is not enough to implicate the suspect with the murder’
Ada bukti DNA tapak kaki lelaki lain di tempat kejadian. Fakta ini memungkinkan penglibatan pihak ketiga dalam kes ini.
Disebabkan fakta inilah, mahkamah memutuskan kes prima facie tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwa bagi mengatakan bahawa suspek telah membunuh mangsa.

Disebabkan itu, Mahkamah Tinggi telah membebas dan melepaskan suspek dari tuduhan membunuh mangsa.
Keputusan Mahkamah Tinggi disahkan oleh panel 3 hakim Mahkamah Rayuan pada Ogos 2017.

Yang Amat Arif Zawawi Salleh, Prasad Abraham dan Zaleha Yusof memutuskan suspek perlu dilepas dan dibebaskan.
Motif suspek cemburu dengan hubungan mangsa dan orang ketiga tidak dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

'There was not an iota of evidence showing that the suspect knew of such relationship to excite the feeling of jealousy. No evidence to show the suspect was prone or
had a disposition of jealousy'.

Disebabkan itu, mahkamah mengenepikan hujahan pihak pendakwa yang mengatakan suspek mempunyai motif membunuh mangsa.
Kelibat 4 orang lelaki lain di tempat kejadian pada hari mangsa dibunuh terus kekal misteri.

Siapakah mereka berempat? Adakah mereka mengenali suspek? Atau mereka benar-benar perompak?
Penghakiman penuh kes boleh dirujuk dalam kes Public Prosecutor v Ahmad Rizal [2017] 6 MLJ 279 - Mahkamah Rayuan (Kota Kinabalu).
Update: Pihak pendakwa membawa kes ni di peringkat rayuan di Mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan batalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan arahkan suspek membela diri.

dailyexpress.com.my/news/154884/in…
kes kemudian dibicara pada peringkat pembelaan di Mahkamah Tinggi atas keputusan yang dibuat Mahkamah Persekutun pada 2018 itu. Ini bwrmaksud elemen pembunuhan sebenarnya berjaya dibuktikan pihak pendakwaan. Peguam bela suspek perlu berhujah bagi membuktikan sebaliknya.
Pada Jun 2020, Mahkamah Tinggi telah memutuskan suspek bersalah kerana membunuh mangsa. Suspek dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Pihak peguam bela dijangka kemukakan rayuan atas hukuman ini dalam masa terdekat. Sama-sama nantikan.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with Sir kamarul

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!