Pagi kejadian, emak berlari meminta tolong jiran. Ada sesuatu berlaku pada anak kecilnya. Tolong!
Anak kecil tidak sedarkan diri di ruang tamu dengan hanya memakai pampers.
Polis tangkap emak kerana dia dikatakan membunuh. Apa jadi?
Sambung jap lagi. Nak habiskan roti john
Pintu rumah jiran diketuk. Dia mahu dapatkan pertolongan sebab anak perempuan berusia 3 tahun dikatakan pengsan. Dia bgtau jiran anaknya tidak sihat. Perlu dibawa ke klinik.
Jiran kemudian bergegas masuk ke dalam rumah. Kelihatan anak kecil itu terbaring tidak sedarkan diri. Jirannya terus dukung anak kecil itu untuk dibawa ke klinik. Kemudian, merasakan keadaan anak kecil itu yang tidak sedarkan diri, jiran kemudian meletak balik anak kecil itu
di ruang tamu. Jiran berasa tidak sedap hati. Jirannya itu nampak ada kesan kena pukul di bahagian muka budak kecil itu. Bahagian dada kemudian ditekan berulang kali. Sehingga keluar air dari mulut dan hidung. Tetapi, dia masih tidak sedarkan diri. Apa yang jadi?
Jiran tersebut terus bertanya pada mak budak tu. Apa dah jadi dengan budak ni? Maknya hanya diam membisu. Tidak memberikan apa-apa respon. Kemudian, barulah emanknya bersuara. 'Budak ni terjatuh dalam bilik air, semasa mandi dengan kakaknya'. Kakak budak itu berusia 6 tahun.
Ambulans kemudian dihubungi. 15 hingga 20 minit kemudian, ambulans pun tiba. Pegawai perubatan mengesahkan ketika sampai di rumah, budak kecil itu sudah tidak bernyawa. Pegawai perubatan dapat lihat kesan kecederaan pada muka mangsa. Polis dihubungi.
Semasa kejadian, seorang lagi jiran pun menyedari ada sesuatu berlaku. Dia pun pergi masuk ke dalam rumah. Nak tengok apa yang jadi. Jiran kedua ini pun bertanya pada mak budak tu. Soalan yang sama. 'Apa dah jadi ni?'
Mak budak tu menjawab 'dia ni batuk, muntah dan lepas tu terus pengsan'. Jiran kedua ini dapat melihat dan dengar semasa mak budak tu ingin bangunkan anaknya, dia sebut 'nak, bangun nak, mak janji mak takkan pukul lagi'. Jadi, ada sesuatu yang sebenarnya terjadi.
Mangsa dalam kes ini sebenarnya anak tiri. Semasa kejdian, ayah mangsa tiada di rumah kerana sudah keluar bekerja awal subuh. Jadi, mangsa tinggal bersama emak tirinya dan adik beradiknya yang lain. 3 orang semuanya.
Laporan pakar patologi forensik mendapati terdapat 77 kesan kecederaan pada badan mangsa. Ini disebabkan trauma objek tumpul ('blunt force trauma') kerana disyaki dipukul dan ditampar. Pakar forensik menafikan fakta mangsa mati kerana lemas semasa mandi.
Melihat pada bukti keadaan, emak mangsa kemudian didakwa atas kesalahan membunuh. Pada awalnya, ayah mangsa juga didakwa tetapi dakwaan terhadap ayah mangsa ditarik balik pihak pendakwa. Ini kerana ayah mangsa tiada di rumah semasa kejadian.
Mahkamah Tinggi kemudian memutuskan emak mangsa bersalah membunuh mangsa. Daripada 77 kecederaan dialami mangsa, 33 kecederaan ada di bahagian muka. Yang lebih kejam,ada kesan lebam dan koyakan pada 'koch triangle' di bahagian jantung.
Ini menyebabkan peluang mangsa untuk hidup amat tipis. Disebabkan itu, Mahkamah Tinggi memutuskan mangsa didera dengan niat untuk membunuh. Emak tiri mangsa dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Kes tidak berakhir di situ. Peguam bela membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya atas sabitan dan hukuman gantung sampai mati yang dikenakan. Peguam bela berhujah bukti sebenarnya tidak cukup untuk mengatakan suspek yang membunuh. Betul ke?
Keputusan kes berubah di Mahkamah Rayuan. Setelah 3 hakim mendengar rayuan peguam bela, 2 hakim memutuskan suspek tidak bersalah.Keputusan majoriti 2-1 memihak pada suspek. Yang Amat Arif (YAA) Mohtarudin Baki dan YAA Tengku Maimun bersetuju suspek tidak bersalah.
Kecederaan dialami mangsa yang disyaki didera dengan teruk berlaku dalam tempoh masa 15-24 jam sebelum mangsa mati. Ini bermaksud ayah mangsa berkemungkin menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Ini kerana malam sebelum kejadian, ayah mangsa ada di rumah dan hanya keluar pergi kerja pada pagi kejadian, 2-3 jam sebelum mangsa mati. Jadi, sabitan dikenakan pada suspek adalah tidak selamat. Ada keraguan siapa sebenarnya yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.
Tiada bukti konklusif menunjukkan suspek yang membunuh mangsa. Pengakuan suspek semasa hari kejadian 'nak, bangun nak, mak janji tidak akan pukul lagi' tidak mencukupi untuk buktikan suspek membunuh.
Semasa perbicaraan, kakak mangsa berusia 6 tahun yang mandi bersama mangsa pada hari kejadian mengakui adiknya mati kerana lemas. 'Adik mati sebab kepala adik diletak dalam besen. Besen ada banyak air'.
Jadi ini bermakna, mangsa sebenarnya mati kerana lemas di dalam besen. Bukti air keluar dari hidung dan mulut mangsa ketika dada mangsa ditekan menguatkan lagi fakta mangsa mati kerana lemas,bukan dikira dibunuh.
Yang Amat Arif Abdul Rahman Sebli tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut kerana bukti pakar forensik jelas menunjukkan kecederaan dialami mangsa menyumbang pada kematian. Mangsa bukan mati lemas, tetapi didera dengan teruk.
Disebabkan keputusan adalah berdasarkan majotiti dari 3 panel hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan suspek tidak membunuh. Dia terlepas tali gantung.
Apa yang sebenarnya berlaku pada mangsa dari pukul 5.50 pagi hingga pukul 9 pagi pada hari kejadian terus menjadi misteri. Adakah ayah mangsa terlibat dalam memukul mangsa? Tidak mungkin itu pengakhiran hidup anak kecil yang disayangi ayah kandungnya sendiri.
Penghakiman penuh kes (25 mukasurat) boleh dirujuk dalam kes Dewi Nadia v Public Prosecutor [2015] 5 MLJ 222 - Mahkamah Rayuan Putrajaya.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kuasa isytihar darurat ada pada Agong (Perkara 150(1) Perlembagaan). Tetapi keputusan dibuat Agong bukanlah mutlak. Kena ikut nasihat jemaah menteri diketuai Perdana Menteri.
Final say is on Perdana Menteri. Agong is bound to the advice of PM.
Kenapa perlu adanya darurat? Fuh
Perdana Menteri dijangka mengadap Agong seketika nanti. Fuhhhh
Jika betul ada pengisytiharaan darurat atau 'proclamation of emergency', ianya atas kehendak Perdana Menteri.
Perdana Menteri bertindak atas kuasa budi bicara untuk nasihat YDPA di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan.
PM is the decision maker (Privy Council case of Teh Cheng Poh).
Pernah terjadi di Sabah, sorang inspektor terima panggilan dari kawan baiknya. Ada perompak masuk rumah. Cepat-cepat dia selamatkan kawan dia.
Tetapi, polis tu cedera teruk. Terpaksa ke balai minta bantuan. Kawan dia mati dibunuh.
Polis tu pulak dituduh membunuh. Apa dah jadi?
Lebih kurang pada pukul 5 pagi pada hari kejadian, seorang inspektor datang ke ibu pejabat polis tidak berbaju dan berlumuran darah. Dia meminta bantuan rakan sepasukan untuk pergi ke rumah kawannya. Dikatakan ada satu rompakan berlaku.
2 orang polis berpangkat koperal dan lans koperal kemudian bergegas ke tempat kejadian. Ketika itu, mereka nampak seseorang terbaring di ruang tamu. Berlumuran darah. Mangsa merupakan kawan kepada inspekor itu. Terus dibawa ke wad kecemasan hospital dan disahkan meninggal.
Dulu pernah ada kes, pintu rumah jiran diketuk seorang lelaki. Lelaki tu hanya memakai tuala.
Dia kena simbah petrol pada badannya selepas dia selesai mandi di rumahnya. Kena bakar hidup-hidup sampai mati. Pembunuh tengok je lelaki tu cuba padamkan api.
Nak tau apa jadi?
Petang kejadian dalam pukul 6.30 petang, seorang lelaki kelihatan meronta-ronta berlari meminta tolong jirannya. Dia nak pinjam telefon jirannya sebab ada benda dah berlaku di rumahnya. Lelaki tu cuba hubungi adiknya supaya cepat datang ke rumah.
Ketika itu, jirannya dapat melihat lelaki tu berada dalam kesakitan kerana baru sahaja dapat padamkan api. Badannya dibakar oleh seseorang. Jirannya syak yang bakar ialah bekas isteri lelaki tu. Lelaki itu masih tinggal bersama bekas isterinya walaupun mereka sudah bercerai.
Si isteri tinggal berdua dengan orang gaji. Suami pergi outstation. Tiba-tiba jiran terdengar suara orang menjerit. Polis dipanggil.
Polis tanya 'kenapa tangan ada darah?' Dia jawab 'tangan luka sikit, potong ayam'
Kat dapur tiadapun ayam yang dipotong👀
Sambung lepas magrib
Pada pagi kejadian, si isteri menghantar suaminya ke Airport Subang untuk pergi outstation di Kota Bharu. Kerana ada urusan bisnes.
Pada petang hari yang sama, ketika si suami ada di Kota Bharu, dia menerima satu panggilan telefon dari setiausahanya. Si suami dimaklumkan ada
polis yang datang ke rumahnya. Polis peronda itu tiba di rumahnya setelah menerima aduan dari jiran. Jiran terdengar bunyi orang menjerit. Seakan-akan ada yang bergaduh.
Risau dengan keadaan isterinya, si suami cuba menelefon isterinya. Tetapi, panggilan tidak diangkat.