My Authors
Read all threads
"Laksamana Hang Nadim: Pejuang Kemerdekaan Melaka."

Anak lelaki Hang Jebat. Anak angkat Hang Tuah. Dan menghadapi Portugis dalam berpuluh pertempuran. Sesuailah dinamakannya sebagai mimpi ngeri Portugis.

Oleh: Helmi Effendy
Laksamana Hang Nadim, satu nama yang entah kenapa sangat sunyi di dalam sejarah bangsa kita padahal beliau bukan calang-calang tokoh. Tiada seorang pun anak Melayu diperkenalkan pada susuk tubuh yang sangat berjasa dalam sejarah Melayu.
Hang Nadim, tak keterlaluan kalau saya katakan beliau ialah kombinasi kualiti yang dimiliki oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Dia memiliki kesetian, kelicikan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Hang Tuah serta keberanian yang dimiliki oleh Hang Jebat.
IKLAN: Kami di The Patriots baru sahaja melancarkan buku fiksyen terbaru kami, DIRGAHAYU (fiksyen seram) dan juga PUTERI BUNIAN BULAN (fiksyen fantasi). Ayuh, borong di shopee kami.

Pautan pembelian:
DIRGAHAYU - t.ly/hqsW
PBB - t.ly/WvWK
Sejarah awal Hang Nadim mencatatkan bahawa ketika Hang Jebat mati di tangan Hang Tuah, beliau masih berada dalam kandungan ibunya. Selepas lahirnya Hang Nadim, dia diambil sebagai anak angkat oleh Hang Tuah lalu dijaga dengan begitu baik oleh Hang Tuah.
Ketika usianya menjejak dewasa, dia telah dikahwin dengan anak perempuan Hang Tuah iaitu Tun Emas Jiwa. Dari perkahwinan dengan anak gadis Hang Tuah ini, lahirlah Tun Ali. Riwayat Hang Nadim memberitahu kita bahawa beliau mempunyai usia yang panjang.
Berkhidmat di bawah Sultan Mahmud yang mangkat pada tahun 1528, Sultan Alaudin Riayat Shah II pada tahun 1564, Sultan Muzaffar Shah II (1564 -1570), Sultan Abdul Jalil Shah I (1570 -1571), dan Sultan Ali Jalla (1571-1597).
Sepanjang hayatnya, Hang Nadim telah menyertai lebih 32 buah pertempuran dalam melawan Portugis. Dalam membahaskan kebijaksanaannya, sukanya saya untuk menggunakan tiga petikan daripada buku Seni Peperangan yang ditulis oleh si genius bernama Sun Tzu.
Di bawah ialah pesanan Sun Tzu untuk tatapan kita sebelum meneroka dan mempelajari sejarah Hang Nadim sendiri. Sebab kita akan belajar taktik-taktik perang Hang Nadim melawan Portugis.
Baik, mari kita telusuri sejarah-sejarah kehebatan Laksamana Hang Nadim. Sejarah mencatatkan betapa Laksamana Hang Nadim ialah seorang yang sangat teliti. Berikut kelemahan tentera Melaka dan Portugis yang sangat dikenali oleh Hang Nadim untuk dia rencanakan strategi perang.
Dari senarai di atas, maka kita dapat tahu bahawa Laksamana Hang Nadim mengenali askar-askarnya sendiri serta musuhnya. Maka ciri-ciri pertama yang saya gariskan untuk Laksamana Hang Nadim dari quote Sun Tzu itu.
Menyedari bahawa kapal-kapal yang dipakai oleh Portugis dilengkapi oleh Meriam yang jauh lebih hebat daripada yang dimiliki oleh kapal-kapal Melayu, maka Hang Nadim telah mengerakkan perang gerilla laut antara yang pertama dalam sejarah yang pernah dilihat.
Kelebihan kapal Melaka ia adalah lebih laju daripada kapal yang dimiliki oleh askar Portugis. Menyedari bahawa kapal Galleon jauh lebih besar dan dilengkapi oleh teknologi canggih, maka Hang Nadim mengelakkan pertempuran secara berdepan dan besar-besaran.
Lalu disuruhnya kapal-kapal Melaka untuk mengumpan kapal besar Portugis ke kawasan perairan yang cetek. Apabila kapal-kapal Portugis tersangkut di situ, maka kapal-kapal orang Melayu akan menyerbu kapal-kapal Portugis dari serata arah dan merampas kapal mereka.
Laksamana Hang Nadim yang sudah mengkaji dengan mendalam kapal-kapal yang dimiliki oleh Portugis dan meriam yang dimiliki oleh mereka mengetahui sejauh mana...
...dan arah mana yang tidak mampu ditembak oleh Portugis. Maka, diarahkan kapal-kapal Melayu meluru ke arah kapal Portugis pada arah tertentu untuk mengelakkan serangan meriam Portugis.
Laksamana Hang Nadim tahu betapa kota Melaka yang ampuh itu tidak mungkin dapat ditawan oleh kekuatan orang Melayu ketika itu. Jadi, satu2nya cara untuk memastikan Portugis menyerah adalah dengan melakukan sejenis taktik dalam perang yang dipanggil sebagai Attrition Warfare.
Hang Nadim telah menyekat bekalan makanan yang bakal datang ke Melaka. Armada-armada orang Melayu ditempatkan di beberapa tempat seperti si Sungai Perlis, Sungai Pahang...
yang di mana kapal-kapal dari Burma, Jawa dan Siam akan datang membawa bekalan makanan. Maka pedagang-pedagang yang mahu masuk ke Melaka akan ditahan dan diserang oleh armada-armada kapal orang Melayu.
Maka ketika itu, dicatatkan bahawa Portugis menghadapi kebuluran yang amat sangat. Kerugian besar dialami oleh orang Portugis di Kota Melaka menyebabkan mereka terpaksa menyerang Pulau Bentan yang merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Johor tempat Laksamana Hang Nadim berkhidmat.
Sebanyak tiga kali serangan dilakukan oleh Portugis iaitu pada tahun 1523, 1524 dan 1525. Sekali lagi beliau menggunakan bentuk muka bumi utk kalahkan Portugis. Arus sungai Bentan dan halangan yang dipasang pada dasar sungai tersebut membuatkan kapal2 besar Portugis kalah teruk.
Kemenangan demi kemenangan Hang Nadim buat Sultan jadi terlalu yakin. Sultan Mahmud menyeru untuk Laksamana Hang Nadim menghentikan serangan gerilla yang dibuat dan taktik menyekat makanan ke dalam Kota Melaka. Hang Nadim akhirnya akur.
Hang Nadim dan menantu Sultan Mahmud ketika itu, menyerang kota Melaka. Namun, Melaka kalah teruk dan lebih daripada 600 daripada 2000 orang askar Melayu syahid. Berpuluh-puluh kapal orang Melayu ditenggelamkan oleh Portugis.
Tidak cukup dengan itu, Portugis yang mendapat semangat dari pertempuran itu selepas rentetan kekalahan di tangan strategi peperangan yang digunakan oleh Hang Nadim.
Pedro Mascarenhas dengan angkatan yang besar 300 buah kapal, dibantu pula dengan 600 orang pengkhianat dari orang Melayu sendiri dari Pulau Lingga. Serangan kali ini berjaya dan Portugis mengambil masa 14 hari untuk menakluk Bentan.
Kemudian, kapal-kapal orang Melayu serta kota Bentan habis dibakar oleh Portugis dan Sultan Mahmud serta pengikut-pengikutnya iaitu Hang Nadim terpaksa melarikan diri di Kampar. Sultan Mahmud kemudian mangkat 2 tahun kemudian.
Hang Nadim masih setia memimpin orang Melayu untuk menawan kembali kota Melaka namun semuanya gagal. Bukanlah kerana Hang Nadim tidak efisyen, tetapi kerana sultan-sultan yang Hang Nadim berkhidmat...
...tidak sabar-sabar untuk menakluk kembali Kota Melaka padahal taktikal dan strategi perang yang dipakai oleh Hang Nadim mengambil masa dan jangka panjang untuk mendatangkan hasil.
Walaupun Hang Nadim gagal untuk membalas dendam atas apa yang berlaku pada Kesultanan Melayu Melaka, namun usaha demi usaha dari Hang Nadim memberi semangat kepada...
...generasi-generasi orang Melayu seterusnya untuk menawan kota Melaka sehinggalah berjaya di bawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil yang menjalankan pakatan dengan Belanda.
Pada saya, Hang Nadim sebenarnya boleh diibaratkan dengan seorang tokoh dari zaman tiga kerajaan, iaitu Zhuge Liang yang berkhidmat untuk Kerajaan Shu. Kerajaan Shu sangat kekurangan sumber militari, namun berkat kebijaksanaan Zhuge Liang, Shu mampu bersaing dengan Wei dan Wu.
Namun, kebijaksanaan Zhuge Liang yang hebat itu disia-siakan oleh raja dan pemimpin yang lemah. Anak Liu Bei yang mengambil alih takhta dari ayahnya yang menyebabkan Shu akhirnya dikalahkan oleh musuhnya iaitu Wei.
Seperti mana Zhuge Liang, perjuangan Laksamana Hang Nadim dikhianati oleh ketidaksabaran pemimpin yang mahukan kejayaan dalam masa yang sangat singkat.
RUJUKAN:

1. Raja Mohd Affandi (1974). Tokoh-Tokoh Melayu Agung Dalam Sejarah. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

2. Sun Tzu. The Art Of The War.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!