My Authors
Read all threads
"Ku Li: Ikon Pemimpin Yang Mengilhamkan Petronas."

Selain terkenal sebagai individu yang sangat berani menentang Mahathir pada zamannya, korang tahu idea macam Petronas tu tak akan wujud tanpa buah fikiran Ku Li?

Oleh: Aiman Hakim
Beliau boleh sahaja tinggal dalam suasana yang dilimpahi kekayaan, bersesuaian dengan kedudukan dan darjat keturunannya yang menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun, beliau memilih untuk meninggalkan kerusi kemewahan itu dan memilih untuk bersama dan berkhidmat untuk rakyat.
Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah atau Ku Li bukanlah nama yang asing lagi. Beliau merupakan antara ahli politik veteran yang masih berkhidmat ke hari ini. Ku Li dilahirkan dari jalur keturunan keluarga Diraja Kelantan, Long Yunus pada Subuh 13 April 1937.
Beliau merupakan putera kedua Tengku Sri Maharaja Tengku Mohammed Hamzah, bekas Menteri Besar Kelantan. Dibesarkan seperti anak-anak raja yang lain, Ku Li banyak menghabiskan zaman kanak-kanaknya di kediaman rasmi keluarganya, Palm Manor.
Ketika perang, beliau menyaksikan sendiri kezaliman yang berlaku. Contohnya, beliau menyaksikan sendiri bapanya memberi penghormatan kepada pemerintah boneka di sana dan beliau juga menyaksikan anak pengasuhnya ditangkap dan dihantar menjadi buruh Landasan Keretapi Maut.
Setelah tamat perang, Ku Li menyambung pelajarannya ke Malay College Kuala Kangsar, sekolah yang menjadi medan buat anak2 bangsawan ketika itu. Beliau kemudian menyambung pelajarannya ke Anderson School dan seterusnya ke Queens University Belfast dan mengambil jurusan Ekonomi.
Kemudian, beliau menyambung pelajarannya ke Lincoln’s Inn untuk mengambil jurusan undang-undang. Namun, kematian ayahnya pada 1962 membantutkan pelajarannya lalu mengambil keputusan untuk pulang semula ke Malaya.
Pasca Pilihanraya Umum 1964, Ku Li mula menunjukkan minatnya untuk mencipta fenomena di dalam ekonomi Malaysia. Pada awal 1965, Ku Li berjaya menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputera yang bertujuan untuk mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi bumiputera.
Hasil daripada Kongres ini, Bank Bumiputra Berhad berjaya ditubuhkan dan beroperasi pada tahun yang sama. Beberapa bulan sebelumnya, Ku Li dalam diam terbang ke London untuk mengkaji pasaran kewangan dan berjumpa dengan beberapa tokoh bank di sana.
Setelah mencapai kejayaan di dalam sidang kongres pertama,  Sidang Kongres Ekonomi Bumiputera berlangsung buat kali kedua pada September 1968. Sebuah resolusi yang mana akan melonjakkan nama negara diluluskan.
Dari situ lahirlah PERNAS setahun berikutnya. Tujuan PERNAS ditubuhkan untuk memudahkan Bumiputera untuk menyertai bidang perniagaan berbentuk sederhana.
Pada 29 November 1969, ianya telah rasmi dilancarkan. Pemegang-pemegang PERNAS pada ketika itu termasuklah badan-badan kerajaan dan Kementerian Kewangan memiliki saham terbesar.
Untuk memantapkan pengurusan PERNAS, beliau telah  mendapatkan perkhidmatan Booker McConnell, yang merupakan pengurus operasi perniagaan yang terkenal di Afrika dan Kepulauan Carribean.
Untuk memantapkan pengurusan PERNAS, beliau telah  mendapatkan perkhidmatan Booker McConnell, yang merupakan pengurus operasi perniagaan yang terkenal di Afrika dan Kepulauan Carribean.
Melalui usaha ini, tertubuhlah PERNAS-Edar Sdn Bhd yang bertanggungjawab untuk mengawal dan menjaga rangkaian perniagaan.
Setelah mencatatkan keuntungan di dalam PERNAS, Ku Li berjaya menyelamatkan Malaysian Insurance Sdn Bhd yang hampir bankrap pada ketika itu.
Ku Li juga antara diplomat awal yang datang ke China untuk meluaskan rangkaian perniagaan ke sana - jauh mendahului Tun Razak yang mengadakan hubungan diplomatik ke China pada 1974.
IKLAN: Dunia Tanpa Tembok III? CHECK!

Lipur Lara Nusantara? CHECK!

The Arrival? CHECK!

Liverpool Mahkota Eropah? Check!

Semua judul kami berikan 20 peratus kepada yang mahu memborongnya. Ayuh dapatkan di pautan:

shopee.com.my/thepatriotsasia
shopee.com.my/thepatriotsasia
Selama tiga bulan di sana, PERNAS berjaya mendapatkan jaminan daripada pihak China untuk membeli produk China dan PERNAS sebagai orang tengah. PERNAS turut mendapat penghormatan untuk menjadi tetamu di Pameran Perniagaan Canton pada Oktober 1971.
Pada tahun 1972, PERNAS telah meluaskan rangkaian ke beberapa buah negara seperti Jepun, Kesatuan Soviet dan Romania. Dalam hasrat Ku Li untuk memajukan PERNAS, beliau juga tidak melupakan Bank Bumiputra yang ditubuhkannya.
Sejajar dengan penubuhannya untuk membantu Bumiputera di dalam perniagaan, bank itu juga banyak memberi peluang pekerjaan kepada Bumiputera di dalam sektor perbankan. Malah, reka bentuk bangunan bank itu juga diilhamkan sendiri oleh Ku Li.
Menjelang pertengahan 70an, PERNAS meminta khidmat PERTAMINA untuk membantu mereka di dalam perdagangan yang tidak bersumberkan minyak.
Pada masa yang sama, syarikat subsidiari PERNAS, MNI berjaya membantu menubuhkan syarikat syarikat lain seperti Syarikat Penerbangan Malaysia dan Malaysian International Shipping Company yang mana akan menjadi GLC-GLC utama di Malaysia
PERNAS juga turut menubuhkan sebuah syarikat, PERNAS-Construction (PERCON) untuk membantu kontraktor Bumiputera.
PERNAS Trading juga turut ditubuhkan untuk mengawal dari segi kewangan. Pada tahun 1976, hasil jualan mencatatkan 60 Juta Ringgit dan keuntungan mereka meningkat dua kali ganda dua tahun kemudian.
Malah, ianya juga menjadi subsidiari pertama yang membayar cukai sebanyak 5.5% kepada para pencarum.  Setelah Tun Razaleigh dilantik menjadi anggota kabinet selepas PRU 1974, PERNAS ditukarnama menjadi PETRONAS dan Ku Li dilantik sebagai Pengarahnya yang pertama bertaraf menteri.
Setelah PETRONAS mengalami transformasi, Ku Li memaksa syarikat petroleum negara asing untuk menerima syarat-syarat perkongsian mereka walaupun menyebabkan karier Ku Li agak dibenci di Eropah dan Amerika.
Namun, tindakan tegas beliau ini menyebabkan beliau lebih disanjungi dan digelar Putera Minyak Negara. Malah, Dewan Perniagaan Melayu juga bersepakat untuk menamakan beliau sebagai Bapa Ekonomi Malaysia.
Tengku Razaleigh bukan sahaja berjaya melunaskan khidmatnya kepada rakyat melalui sektor korporat, beliau juga turut menyumbang di dalam parti keramat UMNO yang dicintainya. Buktinya, beliau merupakan perintis ibu pejabat UMNO yang terletak di PWTC pada hari ini.
Kesimpulannya hal-hal ini telah melonjakkan nama beliau di peringkat parti hinggalah beliau disingkirkan akibat percaturan politik oleh sang penguasa. Segalanya kemudian menjadi sejarah.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Keep Current with The Patriots

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!