TENTERA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA - Pada 3 Okt 20 jam 1630H. Seorang wanita warga tua yang sedang menaiki motosikal melintas di hadapan Kem Desa Pahlawan, tetiba plastik yang berisi jambu air dalam raga motor terjatuh di atas jalan menuju ke Pekan Kok Lanas.
Beliau mengutip sendiri buah yang berterabur di atas jalan. Kejadian tersebut disedari oleh sekumpulan anggota tentera dari Batalion Kelima Rejimen Renjer DiRaja yang kebetulan sedang membersihkan monumen di hadapan kem.
Mereka terus bergegas membantu warga emas tersebut mengutip buah berterabur di atas jalan sambil mengawal lalu lintas. Org awam yang lalu jugak turut membantu. Kejadian ini dirakam oleh Leftenan Muda Thines. .
Semoga warga emas tersebut selamat tiba di rumah.
Credit : FB Pencinta Dunia Ketenteraan dan Pertahanan
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Orang Ipoh Perak yang mendengar bunyi letupan kuat dan dentuman 15 jam lepas. Jangan risau itu sekadar Jet Pejuang TUDM sedang melalui kawasan itu
Encik Ridzuan Shah mengesahkan penampakan jet pejuang menuju arah timur kira-kira jam 5:30. Ini jelas boleh disahkan benar kerana
kedudukan Kulim dengan Pengkalan TUDM Butterworth adalah berdekatan.
Sekiranya jet menderu hampir 800 hingga 1000 km/j ia akan melintasi zon berpotensi pengakibat bunyi letupan di Ipoh krna bunyi sonic boom terhasil dari gerakan objek melepasi kelajuan bunyi kira-kira 1200 km/j
hanya membingit di perhujung lingkar gelombang dentuman sonic dan pesawat pejuang contohnya Sukhoi Su-30 mempunyai kelajuan maksimum 2120 km/j pada altitud tinggi - iaitu sekitar sempadan Perak - Kelantan antara 12 hingga 16 minit kemudian
P/s Projek ini ialah Projek Littoral Combat Ship buatan Malaysia dikendalikan oleh Boustead. Patutnya tahun ni TLDM dpt dua kapal tapi kapal pertama pun baru siap 53 peratus
Kerajaan dah bayar 6 bilion. Tapi pembinaan terlewat daripada jadual 31 bulan
Baru nak lihat produk pertahanan laut sendiri. Last last gara gara org yg hmmm.... TLDM terpaksa perah lagi aset veteran
Presiden Syria mengesahkan bahawa ada pejuang dari Syria menyertai pertempuran di Nagoro Karabakh
Perdana Menteri Armenia pada selasa menyatakan bahawa Rusia pasti akan membantu jika keadaan ini makin teruk dan menyatakan Armenia jauh dari bersedia
untuk mempunyai konflik dengan Azerbaijan.
Turki mengkritik cara untuk mendamaikan konflik ini. Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu mengkritik cara masyarakat antarabangsa menangani konflik ini dgn menyatakan mereka tidak mencapai apa apa sejak 30 tahun lalu
Rusia dan Iran risau bahawa lebih ramai pejuang asing dari Syria dan Libya akan menyertai konflik ini. Ini dinyatakan oleh Sergei Lavrov. Menteri Luar Rusia dan rakan sejawatannya dari Iran Mohammad Javad Zarif
Projek Jiwa Murni: 12 RAMD (Mek) baiki rumah mangsa ribut di Kuantan⠀
⠀
KUANTAN – Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Dirajaya (12 RAMD) Mekanize membaiki rumah mangsa ribut di Taman Balok Pine pada 29 Sep hingga 5 Okt lalu.⠀
Projek Jiwa Murni (PJM) ini turut dilaksanakan bersama dengan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan pihak pengurusan Taman Balok Pine.⠀
⠀
Menurut Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), kejadian ribut tersebut telah berlaku pada 19 Ogos lalu yang menyebabkan rumah mangsa telah
dihempap oleh sebatang pokok dan mengalami kerosakan dimana keseluruhan bumbung di bahagian ruang tamu dan dapur telah musnah.Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mek), Leftenan Kolonel Hafiz Sulaiman telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan tenaga kerja seramai 7 anggota tentera,
Antara unit lawan keganasan utama di Malaysia ialah Unit Echo 8 Cawangan Khas PDRM Bukit Aman. Unit ini bukan sahaja handle ancaman keganasan. Tetapi segala butiran yang menjurus ke arah itu. Sebab tu risikan kena ampuh. Org kata prevention is better than cure
Keganasan ni bukan sahaja melibatkan serangan itu sendiri. Tapi logistik, kewangan, doktrin, dan rekrut. Pengganas ni dia ada rangkaian dia jarang bertindak tunggal kecuali waktu isis dulu ada lone killer
Jadi misi E8 ialah menghapuskan rangkaian ini sebelum bertapak kukuh
di Malaysia. Kabel risikan kita besar. Sbb tu negara kita Alhamdulilah aman.
Jemaah Islamyiah, isis, Al Qaeda dan banyak lagi cuba buat rangkaian di Malaysia sbb polisi Malaysia yg sgt terbuka. Pemantauan di buat bukan saja saja dan tidak terkecuali termasuk ahli politik