HIDUP SEORANG SNIPER
OLEH LEFTENAN KOLONEL RAZAK AKOB

Ikuti kandungan temuramah antara Rojak Daily dengan seorang Pegawai Sniper Rejimen Grup Gerak Khas (GGK) ATM mengenai hidup sebagai sniper

Ini ialah berbenang
Leftenan Kolonel Razak Akob merupakan seorang Pegawai di Rejimen Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia

Antara Rejimen Pasukan Khas yang tersohor di Malaysia

Dengan aura ketegasan yang terserlah ternyata menunjukkan karismanya sebagai pegawai tentera
Bercerita mengenai kisah remajanya

Beliau menyatakan "Saya bukanlah budak yang pandai akademik, lebih tepat saya budak nakal"

Selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) abangnya yang telah menyertai tentera mengajaknya memohon masuk tentera
"Pada ketika itu saya tak tahu apa apa, bagi saya askar ialah askar. Saya tidak tahu ada Tentera Darat Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia atau Tentera Laut Diraja Malaysia

Pangkat 'Pegawai' itu yang menginspirasikan beliau untuk menyertai tentera kerana nampak gah
dan beliau berjaya

(Pada waktu itu sijil SPM sudah cukup untuk melayakan seseorang menjadi pegawai tentera. Tetapi kini untuk menjadi pegawai tentera harus memiliki Ijazah)

Beliau menjalani kursus pemilihan di Ipoh, Perak

'Saya berambut hampir botak ketika itu'
katanya sambil ketawa. Namun itu berbaloi dan beliau berjaya melepasi latihan dan menyertai tentera

Beliau diarah melapor diri di Ulu Tiram, Johor dan bermulalah perjalanannya yang menakjubkan sebagai seorang pegawai tentera Malaysia
HIDUP SEBAGAI TENTERA

Apabila anda menyertai tentera, anda harus menyelesaikan setiap tugasan mengikut kontrak atau anda lari daripadanya

Leftenan Kolonel Razak Akob membuktikan kebolehannya menyelesaikan tugasan sehingga akhir
Beliau percaya yang kita harus menghabiskan apa tugasan yang telah dimulakan dan berikan yang terbaik dalam setiap tugasan itu

" Latihan tentera sangat berat, terutama kepada orang awam, anda secara tiba tiba harus mengharungi rutin yang berbeza daripada kebiasaan"
Leftenan Kolonel mencabar dirinya untuk memasuki tahap lebih tinggi iaitu menyertai Kursus Asas Komando. Kursus yang paling mencabar bagi membolehkannya menyertai Rejimen Grup Gerak Khas(GGK). Pasukan Khas Tentera Darat Malaysia
"GGK bukanlah kumpulan semata mata, tetapi kumpulan yang penuh dengan kepakaran"

Jadi bagaimana untuk menjadi anggota Rejimen Grup Gerak Khas(GGK)?

"Mereka haruslah menjadi anggota dalam Tentera Darat dan menyertai secara sukarela"
Latihan kadet sudah cukup berat katanya

Dia tahu bahawa kursus komando akan jadi sangat berat dan sukar. Tetapi itu bukan keputusan beliau

Komander pasukannya mahu 15 kadet menyertai kursus terbabit dan hanya 3 yang mengangkat tangan tanda sukarela
Cabutan undi dibuat dan nama beliau terpilih

Jika mengikut dirinya beliau tidak mahu menyertai kursus komando itu

Masa itu dia kata "matilah aku" tetapi dia berpegang pada prinsip walaupun kerja itu tidak disukai olehnya. Beliau akan tetap menyelesaikannya
Beliau mempersiapkan dirinya untuk perkara paling buruk namun itu tidak mencukupi

"Ia lebih teruk daripada perkara paling buruk yang saya boleh fikir" kata pegawai kelahiran Pahang ini mengenai kursus komando tersebut

Dengan aktiviti yang direka untuk melemahkan fizikal dan
mental peserta yang menyertai dan menyeksa peserta antaranya rotan, penjara darat dan air. Kursus ini bukanlah perkara main main

Jika ditanya betapa sukarnya kursus itu beliau berkata ia lebih sukar daripada mati

Keadaan jadi lebih sukar apabila beliau harus menghadapi mak
yg tidak mengizinkannya. Namun selepas cabaran itu, beliau berjaya melepasi semuanya

Dia menyatakan bahawa selepas kursus itu beliau belajar untuk lebih menghargai makanan dan tidur. Semenjak daripada kursus itu beliau sangat tegas dalam pembaziran makanan
"Kesukaran dan kepayahan untuk mendapatkan makanan membuatkan dia menghargai makanan.Rakyat Malaysia sangat untung kerana makanan senang didapati"

Disebabkan waktu yang singkat untuk tidur ketika kursus membuatkan tidur menjadi satu perkara yang sangat berharga
Beliau berkata kepada dirinya "Selepas kursus ini beliau mahu tidur sebulan dan tak bangun bangun"

Walaupun kesukaran yang dihadapi beliau juga turut mendapat kenangan dan pengalaman yang paling berharga dalam hidupnya

Sewaktu fasa latihan laut dlm kursus terbabit
Peserta duduk di atas pasir dan diberikan kad. Arahan ringkas diberi tulis nama ayah dan alamat rumah

"Ramai antara mereka lupa alamat rumah menujukkan betapa beratnya latihan itu sehinggakan otak mereka seperti sudah dicuci" ujarnya

Kad itu sebenarnya ialah jemputan kepada
mak dan ayah untuk upacara penutup kursus itu

Daripada 200 org yang menyertai kursus terbabit. Hanya 67 orang yang melepasi kursus itu. Upacara penutup bersama keluarga itulah paling bahagia buat dirinya, tiada kata kata selain tangisan air mata
"Mereka berdiri di hadapan kami namun tidak dapat melihat kami kerana celoreng penyamaran yang digunakan pada pakaian dan seluruh tubuh kami. Masa itu mak tidak akan mengenali anaknya. Anaklah yang akan mendapatkan ibunya"
MENJADI SEORANG SNIPER

Selepas melepasi kursus komando pada tahun 1999. Beliau aktif menyertai kursus kursus lain

"Saya tak suka duduk kem, saya suka meneroka benda baru"

Walaupun ramai yang tidak menyertai kursus terbabit pada umurnya. Namun Leftenan Kolonel Razak
mahu mengambil peluang sementara beliau masih muda

Beliau menyertai kursus Pegawai Muda untuk menjalani kursus taktikal dan berjaya mendapatkan lencana terjun sebelum menyertai kursus asas Sniper pada 2001

"Kursus sniper tidaklah teruk tetapi menguji kemahiran anda"
Kursus itu mengandungi 7 sesi latihan bersama 3 ujian. Setiap ujian mengandungi 3 ujian yang tersendiri. Di mana mereka harus melepasi setiap satu daripadanya untuk melepasi kursus terbabit

Elemen kursus termasuklah menembak, membaca peta, mengintip,
pemandangan panorama, kebolehan memerhati dgn baik, jangkaan jarak dan operasi urban

"Penembak tepat tidak semestinya Sniper tetapi Sniper harus menjadi penembak tepat. Ramai di dalam GGK merupakan penembak yang baik tetapi mereka bukan Sniper"

"Ia adalah kursus 2 bulan dengan
pelbagai acara, latihan dan kelas. Kami berada di sebuah ladang dan di situlah kami tidur dan mandi. Ujian bertulis diadakan di mana mana dan secara mengejut tanpa mengetahui apakah mereka lulus atau gagal

Daripada 22 org yg menyertai kursus sniper itu hanya Leftenan Kolonel
Razak yang melepasinya. Menujukkan betapa sukarnya kursus sniper

Pada tahun 2002 beliau menyertai kursus Jurulatih Sniper

"Pada tahun sebelumnya beliau menjadi sniper yang menyorok. Kali ini beliau harus memerhatikan sniper. Beliau harus menjadi sniper dan anti sniper"
"Ia menyeronokkan kerana dapat merasai dua dunia berbeza"

"Tidak mudah untuk melihat melalui binokular dan mencari di mana mereka"

Namun beliau melepasi kursus itu
SEDIKIT CERITA MASA LAMPAU

Ketika kursus sniper sesi latihan mengintip yang pertama. Beliau berjaya mendekati jurulatih sehingga jarak 70 meter tanpa disedari olehnya.

"Saya tak berniat untuk pergi terlalu dekat tetapi saya tidak dpt melihat jurulatih, Selepas itu tahu tahu
sahaja saya sangat dekat dgn jurulatih sehingga saya boleh mendengar apa yang dibualkan jurulatih"

Melihat semula tugasannya yang telah selesai. Beliau berkata kesukaran ketika kursus komando itu membuatkan beliau jadi lebih berkemahiran dan lebih kuat. Naluri
ikhtiar hidupnya semakin tajam.

"Kami bertindak dalam keadaan yang sukar. Hari ni kalian makan nasi kerana Malaysia bukanlah negara dalam peperangan. Namun jika itu berlaku kalian akan melakukan perkara yg kalian tidak pernah fikirkan. Perkara yang kamu tak tahu boleh buat"
"Ketika kursus komando. Saya merupakan seorang yang mahir mencari makanan atau curi makanan. Saya tidak pernah mencuri sepanjang hayat saya. Namun kerana tanggungjawab kepada anggota pasukan saya. Saya perlu mencari makanan. Saya tahu jurulatih ada makanan. Jika ditangkap kami
akan gagal kursus. Itu sahaja"

"Jika diberi pilihan, saya tidak mahu melakukannya. Dalam fikiran saya yang betul, saya takkan melakukannya tapi saya melakukannya. Kami menunggu masa yg sesuai untuk mendekati jurulatih. Apabila bersedia kami menyusup ke Hammock dia dan
ambil makanan itu" ujarnya lagi

Sejak daripada itu beliau mengetahui kebolehan dirinya ialah mengintip
HIDUP SEBAGAI SNIPER

"Kefahaman kita sebagai sniper bahawa orang yang menembak dgn tepat bersama senjata yang berkuasa tinggi yg sangat pandai menyasar sasaran. Kita memanggil diri kita sniper apabila bermain permainan video seperti Counter Strike atau Call Of Duty'
Leftenan Kolonel Razak berkata sniper bukan sahaja perlu pandai menyasarkan sasaran

"Sniper ialah individu yang menguasai segala elemen, Sniper sangat berpengalaman, menunjukkan intiatif yang tinggi, bersabar, dan mempunyai semangat yg tinggi untuk hidup"
"Sniper ini akan menjalani hidupnya seperti sniper, daripada cara beliau melihat, berfikir, dan mendengar. Sniper akan menggunakan skill sniper dalam hidupnya dan mampu membuat keputusan tepat dalam masa yg singkat"

Dan tidak mudah menjadi Sniper yang hebat
"Bukan sekadar sniper perlu mahir menembak tetapi sniper perlu bijak termasuklah bijak dalam menipu"

"Sniper perlu mahir dalam membaca peta, mahir dalam mengintip sbb itu yg menentukan anda ditangkap atau tidak dan berkawan dgn alam semula jadi"
"Berkawan dengan keadaan sekeliling anda, ini sukar dijelaskan kerana anda akan menghadapi 1001 keadaan dan ia bergantung kepada diri anda untuk menyesuaikan diri. Jika anda berjaya anda akan berjaya hidup dalam semua keadaan"
Jika Sniper dalam keadaan sebenar berbeza berbanding dalam filem. Jadi filem mana yang menunjukkan situasi sebenar Sniper?

Beliau tersenyum dan menjawab "Enemy On The Gates" Ia menunjukkan tugas sniper ketika perang
KETIKA MISI

Sekiranya anda terfikir ya, sniper dilatih untuk membunuh

Dalam mempersiapkan diri untuk misi. Leftenan Kolonel Razak berpegang teguh kepada tolak tepi segala hal peribadi

"Semuanya berasaskan misi, berteraskan misi, bunuh jika diarahkan membunuh"
Mengingati pengalamannya ketika misi, beliau baru dinaikkan pangkat ke Kapten dan diarah menyertai Operasi Jelai pada 2003 dengan beliau menyatakan "Pengalaman yang paling mencabar membawa bersama pengalaman yg berharga "

Komando bekerjasama dengan anggota 165 MIB
(Military Inteligence Batalion atau Batalion Risik Tentera Darat 165) dan PERHILITAN. Operasi ini terdiri daripada 22 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 2 anggota komando, 4 anggota MIB dan 3 pegawai PERHILITAN

Mereka ke Taman Negara, salah satu hutan hujan tropika
tertua di dunia dengan keluasan 4342 km2. Ada yang menjalankan operasi di kawasan Terengganu dan ada yg di Kelantan. Bagi Leftenan Kolonel Razak ia ialah "masa balik kampung"

"Kumpulan saya melalui kampung saya di Jerantut, Pahang. Untuk pengetahuan saya tidak pernah
menjejakkan kaki di Taman Negara ini sebagai org awam meskipun ia hanya 15 km dari rumah saya"

Ketika tiba beliau mendapat arahan misi, harus memburu pemburu haram dari Thailand

"Kami bertolak dari Kuala Tahan, kadangkala harus mengangkat bot. Ia mengambil masa 10 jam" ujarnya
Kawasan rondaan kumpulan beliau terletak 20 km ke dalam hutan dan ia ialah hutan yang sangat tulen dan harus melalui Banjaran Titiwangsa ke kawasan itu dan ia sangat tinggi

Setiap anggota membawa beg sendiri dan beg sgt berat kerana membawa bekalan selama 14 hari
"Anggota PERHILITAN mengetuai kumpulan mereka. Mereka sangat hebat jangan pandang rendah mereka. Mereka benar benar tahu keadaan dalam hutan. Mereka membawa beg besar tetapi lebih ringan kerana membawa apa yg diperlukan sahaja"
Dalam purata, kumpulan saya berjaya merangkumi kawasan seluas 2 km setiap hari. Dalam keadaan tertentu mereka berjaya rangkumi kawasan sejauh 3 km

"Dalam peta 2 km ia sangat tidak meyakinkan" ujarnya

Selepas beberapa hari mereka tiba di kaki gunung.
Perjalanan mereka jadi lebih sukar kerana mereka hanya cover 1 km

"Jika anda menjalankan apa apa ekspidisi jangan tidur di atas puncak gunung" mereka buat begitu dan mengambil pengajaran daripadanya

Kawasan yg sangat sejuk, angin kencang dan hujan sgt lebat
dan ada yg tak bernasib baik pokok tumbang menghempap mereka"

Pada hari kesembilan operasi. Leftenan Kolonel Razak ternampak perangkap cicak bermaksud sasaran mereka di kawasan itu

Selepas itu Tentera mengetuai dan pegerakan jadi lebih taktikal
Apa yang mereka buru, segala jenis haiwan yang mustahil. Ada yang mencari kayu kayan namun apa yg merisaukan jika mereka terserempak pemburu Badak Sumbu Sumatera kerana mereka bersenjata

Ketika meneruskan perjalanan mereka terjumpa kem pemburu haram di dalam hutan
Ia adalah pangkalan luas dalam hutan. Dan mereka terserempak 6 org dalam kem itu

Leftenan Kolonel Razak mulai terfikir apa yg harus dilakukan. Namun mujur Sarjan Lim anggota 165 MIB yg tahu bercakap bahasa Thai dan terus mengarahkan mereka jangan bergerak seperti permainan
polis sentri

Pemburu haram dari Utara Thailand itu tidak melawan kerana mereka tahu mereka akan ditembak mati jika melawan

6 org tersebut telah diikat dan Leftenan Kolonel Razak bertanya berapa jumlah mereka sebenarnya. Rupa rupanya jumlah mereka 10 org
Baki 4 org memasang lebih banyak perangkap dalam hutan dan pasukan itu memasang serang hendap da berjaya menangkap mereka semua tanpa tentangan

Pada ketika itu keadaan sudah tengahhari namun hujan mulai turun. keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk mereka turun.
Selepas keadaan cuaca mulai ok. Wujud halangan baharu bagaimana hendak membawa mereka turun

Mereka cuba menghubungi HQ di Jerantut tetapi gagal.

Mereka bertanya kepada org yg ditahan dan bertanya mereka masuk daripada mana. Mereka masuk dari sebuah laluan 5 km dari situ
5 km mengambil masa lagi 2 hari untuk keluar dari situ. Untuk mengelakkan mereka melarikan diri. Mereka membawa beg mereka kecuali seorang lelaki berumur 60 tahun. Walaupun mereka membawa beg itu mereka bergerak sgt laju dan ia mengambil masa sehari sahaja
Mereka tiba di titik masuk pada jam 9 malam dan tiba di tepi Tasik Kenyir namun tempat itu tidak sesuai untuk didiami

Mereka menghubungi HQ namun gagal sehingga jam 12 tengah malam. HQ memberitahu bahawa mereka tidak boleh mengambil pasukan itu kerana tiada bot di waktu itu
Namun pada jam 3 pagi. Satu bot daripada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Kuala Berang tiba membantu. Mereka terdengar talian radio dan mahu membantu

Mereka membawa pasukan itu ke sebuah jeti. Disebabkan mereka bukan tentera mereka tidak boleh membawa keluar
sepenuhnya . Mereka mengikat tawanan di tiang dan berehat

Keesokan harinya MIB dan polis tiba lalu tawanan di bawa pergi namun mereka punyai 4 hari di kawasan itu

Selepas misi itu, Berita Tentera mengeluarkan artikel mengenai penangkapan itu
dan mengkreditkan kepada MIB. Bagi dia itu normal kerana mereka memang ada namun tidak akan dilihat dan didengar

Ketika ditanya mengenai pernah terserempak dengan hantu. Beliau menjawab Kamilah Hantu
PESANAN LEFTENAN KOLONEL RAZAK AKOB

"Hidup berakal mati biar berhantu" merujuk kepada semangat ikthiar hidup

"Itulah apa yang saya buat ketika masa mendesak. Jangan hilang harapan dan terus yakin untuk selamat"
Leftenan Kolonel Razak turut berpesan "Terokalah sebanyak benda yang boleh, Terokalah ia supaya anda tahu nilai anda. Mempunyai hobi adalah penting kerana ia menentukan perwatakan, minat dan arah tuju anda"

Mempelajari seni membuatkan nya jadi lebih baik dalam sniper
"Saya bukanlah seorang ahli sukan, bukanlah seorang ahli akademik. Saya org berseni dan Sniper itu satu seni'

ROJAK DAILY
Artikel asal dalam Bahasa Inggeris

rojakdaily.com/lifestyle/arti…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Irfan_newboys🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Irfan_newboys🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @Marchfoward

9 Oct
Orang Ipoh Perak yang mendengar bunyi letupan kuat dan dentuman 15 jam lepas. Jangan risau itu sekadar Jet Pejuang TUDM sedang melalui kawasan itu

Encik Ridzuan Shah mengesahkan penampakan jet pejuang menuju arah timur kira-kira jam 5:30. Ini jelas boleh disahkan benar kerana
kedudukan Kulim dengan Pengkalan TUDM Butterworth adalah berdekatan.

Sekiranya jet menderu hampir 800 hingga 1000 km/j ia akan melintasi zon berpotensi pengakibat bunyi letupan di Ipoh krna bunyi sonic boom terhasil dari gerakan objek melepasi kelajuan bunyi kira-kira 1200 km/j
hanya membingit di perhujung lingkar gelombang dentuman sonic dan pesawat pejuang contohnya Sukhoi Su-30 mempunyai kelajuan maksimum 2120 km/j pada altitud tinggi - iaitu sekitar sempadan Perak - Kelantan antara 12 hingga 16 minit kemudian
Read 7 tweets
8 Oct
TENTERA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA - Pada 3 Okt 20 jam 1630H. Seorang wanita warga tua yang sedang menaiki motosikal melintas di hadapan Kem Desa Pahlawan, tetiba plastik yang berisi jambu air dalam raga motor terjatuh di atas jalan menuju ke Pekan Kok Lanas.
Beliau mengutip sendiri buah yang berterabur di atas jalan. Kejadian tersebut disedari oleh sekumpulan anggota tentera dari Batalion Kelima Rejimen Renjer DiRaja yang kebetulan sedang membersihkan monumen di hadapan kem.
Mereka terus bergegas membantu warga emas tersebut mengutip buah berterabur di atas jalan sambil mengawal lalu lintas. Org awam yang lalu jugak turut membantu. Kejadian ini dirakam oleh Leftenan Muda Thines. .

Semoga warga emas tersebut selamat tiba di rumah.
Read 4 tweets
8 Oct
Kenapalah kau tak siap Wahai Maharaja Lela

Broken lah broken 😭😭😭😭😭😭

P/s Projek ini ialah Projek Littoral Combat Ship buatan Malaysia dikendalikan oleh Boustead. Patutnya tahun ni TLDM dpt dua kapal tapi kapal pertama pun baru siap 53 peratus
Kerajaan dah bayar 6 bilion. Tapi pembinaan terlewat daripada jadual 31 bulan

Baru nak lihat produk pertahanan laut sendiri. Last last gara gara org yg hmmm.... TLDM terpaksa perah lagi aset veteran
Credits: Jacky Loke
Read 4 tweets
7 Oct
UPDATE AZERBAIJAN VS ARMENIA

Presiden Syria mengesahkan bahawa ada pejuang dari Syria menyertai pertempuran di Nagoro Karabakh

Perdana Menteri Armenia pada selasa menyatakan bahawa Rusia pasti akan membantu jika keadaan ini makin teruk dan menyatakan Armenia jauh dari bersedia Image
untuk mempunyai konflik dengan Azerbaijan.

Turki mengkritik cara untuk mendamaikan konflik ini. Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu mengkritik cara masyarakat antarabangsa menangani konflik ini dgn menyatakan mereka tidak mencapai apa apa sejak 30 tahun lalu
Rusia dan Iran risau bahawa lebih ramai pejuang asing dari Syria dan Libya akan menyertai konflik ini. Ini dinyatakan oleh Sergei Lavrov. Menteri Luar Rusia dan rakan sejawatannya dari Iran Mohammad Javad Zarif
Read 6 tweets
7 Oct
Projek Jiwa Murni: 12 RAMD (Mek) baiki rumah mangsa ribut di Kuantan⠀

KUANTAN – Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu Dirajaya (12 RAMD) Mekanize membaiki rumah mangsa ribut di Taman Balok Pine pada 29 Sep hingga 5 Okt lalu.⠀ Image
Projek Jiwa Murni (PJM) ini turut dilaksanakan bersama dengan Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan pihak pengurusan Taman Balok Pine.⠀

Menurut Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), kejadian ribut tersebut telah berlaku pada 19 Ogos lalu yang menyebabkan rumah mangsa telah
dihempap oleh sebatang pokok dan mengalami kerosakan dimana keseluruhan bumbung di bahagian ruang tamu dan dapur telah musnah.Pegawai Memerintah 12 RAMD (Mek), Leftenan Kolonel Hafiz Sulaiman telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan tenaga kerja seramai 7 anggota tentera,
Read 5 tweets
7 Oct
Antara unit lawan keganasan utama di Malaysia ialah Unit Echo 8 Cawangan Khas PDRM Bukit Aman. Unit ini bukan sahaja handle ancaman keganasan. Tetapi segala butiran yang menjurus ke arah itu. Sebab tu risikan kena ampuh. Org kata prevention is better than cure
Keganasan ni bukan sahaja melibatkan serangan itu sendiri. Tapi logistik, kewangan, doktrin, dan rekrut. Pengganas ni dia ada rangkaian dia jarang bertindak tunggal kecuali waktu isis dulu ada lone killer

Jadi misi E8 ialah menghapuskan rangkaian ini sebelum bertapak kukuh
di Malaysia. Kabel risikan kita besar. Sbb tu negara kita Alhamdulilah aman.

Jemaah Islamyiah, isis, Al Qaeda dan banyak lagi cuba buat rangkaian di Malaysia sbb polisi Malaysia yg sgt terbuka. Pemantauan di buat bukan saja saja dan tidak terkecuali termasuk ahli politik
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!