Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.
Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”
Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terima kasih kepada YAB PM, Ahli Jemaah Menteri, para ulama’ di seluruh dunia yang menghantar pesanan mesej kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya. Tidak lupa kepada Menteri Kesihatan, KP Kesihatan Malaysia dan warga KKM khususnya di Hosp Tuanku Ja’afar.
Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah.
Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin.
Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan, keberkatan dan keharmonian kepada Malaysiaku yang tercinta. Moga perpaduan kita rakyat Malaysia terus terpelihara. Sentiasa ingat pepatah lama, “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.”
Saya doakan semoga rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19, segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta.
Yang berkhidmat kerana-Nya
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
@myJAWIKL menyediakan juadah makanan tengaharu berkonsepkan kitchen soup "Dapur It'am" untuk diedarkan kepada kelompok sasar di WP sepanjang sepanjang PKPB dan bersambung hingga Disember di 24 buah masjid dan surau terpilih dalam WP.
Saya dan @Ustaz_Marzuk sentiasa berusaha utk memastikan #sifarlapar sepanjang PKPB di WP, begitu juga dalam bulan seterusnya sehingga Disember. Agihan untuk 300 penerima dibuat secara mingguan melalui masjid zon masing-masing.
Semoga engan adanya program ini dapat membantu pihak-pihak yang memerlukan sepanjang #PKPB dan berlangsung sehingga Disember. Saya amat berharap usaha ini dapat dikembangkan oleh pihak berkuasa agama negeri di tempat masing-masing untuk manfaat rakyat.
Ya, betul @hazemanhuzir. Ramai juga yg benar2 susah. Bantuan #MusaadahKhasSiswa telah dan sedang berjalan dari sudut kewangan & makanan. Itu ikhtiar agensi2 agama di bawah saya utk membantu sekadar yg termampu dlm tempoh ini. Kita manfaatkan zakat, sumbangan org ramai dll.
Saya menerima laporan penyerahan sumbangan barangan keperluan ‘Dry Food’ Program Foodbank @YaPEIM_Official dengan kerjasama Masjid As Salam Batu 2 untuk 150 keluarga B40 daripada...
Kampung Bangau-Bangau, Kampung Sri Jaya, Kampung Air, Kampung Sungai Tohok dan Kampung Kapor di daerah Semporna, Sabah.
Kampung Bangau-Bangau, Kampung Sri Jaya, Kampung Air, Kampung Sungai Tohok dan Kampung Kapor di daerah Semporna, Sabah.
بالنسبة لإخوتنا الأجانب -وهم أهلنا وناسنا وأحبابنا-، فنحن حقا نهتم بكم جميعًا بدون استثناء، ولا يوجد ما يفرق بين المسلمين، ولا طبقية وعنصرية في الإسلام؛ فالله سبحانه وتعالى يقول:
{إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ}.
بالنسبة للحكومة الماليزية، فليس القصد من قرارها إنكار حقوقكم في العبادة معنا -نحن الماليزيين- في بيوت الله سبحانه وتعالى، إخوتي الأعزاء قد لا تكونون مواطنين في هذا البلد، ولكنكم إخواننا الذين نعيش معهم في هذا البلد تحت راية هذا الدين الحنيف. وإن أعظم ما يدل على ذلك هو حالنا معكم
قبل أن يصيبنا هذا الوباء. فجميع الأخوة الأجانب أحرار في الذهاب إلى أي مسجد، أو جامع أو مصلى، ولا فرق بين ماليزي وغيره.
وكما أكدت سابقًا، فإن الإذن بإعادة فتح المساجد، والجوامع سيكون تدريجيا بدءا من 15 مايو 2020 إن شاء الله، وفي المستقبل القريب إن شاء سنتواجد سويا في المساجد لرفع
“Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan nama-Nya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
1. Saya tidak pernah menyebut Tabung #MUSAADAHCOVID19 khusus untuk Muslim. Saya telah ulang beberapa kali, tabung ini untuk mereka yang memerlukan, termasuk frontliners, dll. Rujuk di sini facebook.com/BernamaTV/vide…
2. Selain asnaf yang menjadi keutamaan, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sehingga hari ini telah menyampaikan sumbangan lebih RM20 juta kepada gelandangan, frontliners dan pelajar di WP dan luar WP tanpa mengira agama dan bangsa.
Boleh rujuk hantaran di semua media sosial saya bermula 19 Mac 2020.
3. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kenyataan yang tidak menggambarkan pendirian saya sejak 6 tahun menjadi penjawat awam, terutamanya melibatkan isu hubungan antara agama dan kaum.