MENGENALI ORANG UIGHUR

Uighur merupakan kaum Turkik yang tinggal di Lembah Tarim dan sekitar gurun Taklamakan di Turkestan Timur, atau dikenali sebagai Xinjiang.

Wilayah ini telah dijajah oleh China sejak Dinasti Qing, dan terus dijajah pada zaman Republik Rakyat China.
Menurut pemimpin pejuang gerakan Turkestan Timur, Muhammad Amin Bughra, berkata sejarah bangsa Uighur berusia 9,000 tahun, sebagai bangsa yang tinggal di Xinglongwa di lembah sungai Liao, sebelum mengembara di lembah Tarim.
Mereka kemudian menyertai perikatan Xiongnu yang menyerang negeri Qin pada 318SM.

Dalam buku sejarah Cina tulisan Sima Qian, Xiongnu merupakan salah satu dari lima "barbarian" yang mengancam Dinasti Han.

Kawasannya di Gansu, China, Mongolia, Siberia dan Kazakhstan.
Selepas empayar Xiongnu berpecah, mereka menubuhkan kerajaan A-Fuzhiluo, yang berpusat di Dzungaria.

Bagaimanapun, kerajaan tersebut dilanda wabak dan kemudiannya ditakluk kerajaan Göktürk.

Orang Uighur kemudian berpakat dengan Dinasti Sui untuk menumbangkan Göktürk.
Mereka berjaya menumbangkan serangan Göktürk pada 611, namun pada 615 Göktürk menyerang sekali lagi diketuai oleh Shibi Khan.

Sehinggalah pada tahun 630, Dinasti Tang melupuskan Empayar Göktürk Pertama.

Bagaimanapun Göktürk membina empayarnya semula pada 680...
...di tebing Sungai Selenga yang mengalir ke Tasik Baikal.

Uighur sekali lagi ditawan pada tahun 688, dan memberontak sehinggalah 744, apabila Uighur pula menawan Göktürk dan mengambil alih empayar, menjadi empayar mereka sendiri dari saki baki Göktürk.
Mereka menubuhkan kerajaan yang berpusat di Ordi-Baliq, dan mempunyai hubungan rapat dengan sebuah kerajaan Aryan yang berhampiran Iran.

Bagaimanapun pada 840, mereka ditakluk oleh kaum Kyrgyz, yang menakluk lembangan Sungai Yenisei, termasuk Sungai Selenga.
Disebabkan itu, mereka hidup dalam pelarian dan kebuluran di tengah Gurun Taklamakan sebelum menemui Lembah Tarim.

Lembah Tarim kalau awak tengok imej satelit tu, yang nampak hijau-hijau tu.

Mereka kemudian berpecah kepada beberapa puak kecil pinggir gurun.
Mereka kemudian menjadi sebuah kerajaan bernama Qocho yang menjadi kerajaan dengan membayar ufti kepada Dinasti Tang, sebelum ditakluk oleh Khanate Karakhanid pada 866.

Baru sepuluh tahun jadi kerajaan, dah kena jajah semula. Bayar ufti pada Dinasti Tang, kena jajah semula. 🤔
Semasa menjadi jajahan Karakhanid, mereka menganut agama Islam kerana empayar ini bermula di pusat pengembangan agama Islam di Asia Tengah, iaitu di Samarkand, Uzbekistan. 🇺🇿
Bagaimanapun, pada tahun 1204, empayar Karakhanid ditumbangkan oleh Genghis Khan dan empayar Mongol, menyebabkan orang Uighur juga dijajah ke sekian kalinya.

Wilayah Uighur diperintah oleh anak perempuan Genghis, Altani.

Bagaimanapun berlaku perang saudara antara Altani...
...dengan sepupu lelakinya, Qaidu dan Duwa untuk merebut Lembah Tarim pada 1260an.

Pada akhirnya, adik tirinya, Chagatai Khan menawan dan membuat Khanatenya sendiri.

Khanate tu adalah pangkat ketua kabilah dalam sistem politik Turk-Mongol. Mereka ini hidup dalam kaum nomad.
Kalau berminat nak tahu lagi tentang sejarah orang Uighur, disebabkan sejarahnya sangat panjang (dan sarat dengan penjajahan), saya akan sambung dalam tulisan akan datang.

Atas permintaan ramai, baru sambung. 😂

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with El 🇲🇾

El 🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ErenaTakeuchi

21 Sep
SEJARAH BESUT

Ramai yang kata Besut ini menjadi daerah Terengganu kerana kalah sabung ayam, tetapi itu cuma mitos semata-mata.

Dan Besut sebenarnya pernah menjadi kerajaan sendiri, dan hanya menjadi daerah Terengganu pada tahun 1899.
Besut merupakan daerah paling utara di Terengganu, dan merupakan tempat jeti untuk ke Pulau Perhentian, iaitu di Jertih dan Kuala Besut.

Keluasannya ialah 730km², dengan penduduknya berjumlah 120,000 orang.

Ia bersempadan dengan daerah Pasir Puteh di Kelantan.
Menurut buku Tuhfat al-Nafis tulisan Raja Ali Haji dan Pelayaran Abdullah ke Kelantan oleh Munsyi Abdullah, nama Besut ini datang dari nama ketua orang asli di kawasan tersebut.

Kemudian pedagang dari Palembang tiba di kawasan tersebut apabila mahu ke Pattani.
Read 19 tweets
13 Jun
SEJARAH LAGU JONG JONG INAI

Lagu Jong Jong Inai adalah lagu rakyat yang popular dalam masyarakat Pantai Timur, terutamanya negeri Terengganu.

Lagu ini popular dari kalangan kanak-kanak perempuan, tetapi ada kisah disebalik lagu ini.
Masyarakat negeri Terengganu yang kebanyakannya tinggal di pesisir laut, sangat rapat dengan budaya pantai.

Lagu Jong Jong Inai ini sering dinyanyikan oleh kanak-kanak yang sedang berkejaran di tepi pantai.

Jong ialah sejenis perahu layar yang dimainkan oleh kanak-kanak...
...(selain daripada jong yang merupakan kapal besar tu) terutamanya musim angin tenang.

Ada dua versi cerita dalam lagu ini. Yang pertama ialah kisah Mak Ipong yang bermain jong. Tapi versi yang lebih saya yakin ialah ia sebenarnya ialah "jom, jom Inai".
Read 12 tweets
6 Jun
D-DAY: PENDARATAN TENTERA BERIKAT DI NORMANDY

Hari ini ialah ulangtahun ke-76 pendaratan Tentera Berikat di pantai Normandy, Perancis untuk membebaskan Eropah dari cengkaman Hitler.

Seramai 250,000 orang tentera dari 🇨🇦🇬🇧🇦🇺🇳🇿🇵🇱🇫🇷🇺🇸 mendarat dengan lebih 15,000 kematian.
Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada 1 September 1939 apabila Nazi Jerman menakluki Poland.

Hitler menawan Paris pada 1940 dan dalam masa dua tahun, Nazi berjaya menakluki hampir seluruh Eropah.
Pada Disember 1943, Persidangan Tehran antara tiga pemimpin kuasa dunia iaitu Franklin Roosevelt dari Amerika Syarikat, Winston Churchill dari United Kingdom dan Jozef Stalin dari Soviet Union membincangkan strategi untuk menumpaskan Hitler.
Read 19 tweets
28 May
PUTERI SANTUBONG, PUTERI SEJINJANG, PENJAGA GUNUNG NEGERI SARAWAK

Bayangkan dua orang sepupu rapat, cantik rupawan, merebut cinta seorang lelaki, menjadi punca sumpahan pada diri mereka.

Cerita folklore kali ini adalah kisah dua puteri kayangan yang disumpah jadi gunung.
Puteri Santubong, menurut lagenda suka menenun kain. Cantik dan pandai memperagakan pakaian.

Pada zamannya, dia mungkin seorang pereka fesyen dan ramai jejaka yang tertawan dengan gaya pemakaiannya.

Santubong bagaimanapun seorang narkisis, kerana sering mengatakan...
...dia puteri yang paling cantik dalam kayangan.

Puteri Sejinjang pula dikatakan suka menumbuk padi, dan suka memasak. Sejinjang berpendapat Santubong tidak ada tubuh badan yang sepertinya, dan yakin dia lebih cantik daripada Santubong.
Read 10 tweets
27 May
JANET LEE CHAI FOONG, PENYANYI POPULAR 80AN DARI SARIKEI

Jika anda biasa mendengar lagu perayaan Tahun Baru Cina, kemungkinan besar anda akan terdengar suara beliau.

Janet Lee Chai Fong atau nama popularnya Lee Chai Xia mungkin tak terkenal di Malaysia, tapi popular di Taiwan.
Untuk menulis tentang dia ini pun, tidak ada artikel tentang beliau dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk rujukan.

Kalau ada pun, cuma page FB Sarikeians yang menulis dalam bahasa Mandarin yang menceritakan tentang beliau sebagai lagenda popular 80an dari Sarikei.
Apa yang lebih aneh ialah saya menemui maklumat Janet Lee Chai Fong dalam bahasa Jepun, yang menceritakan tentang album-albumnya.

Boleh baca di sini:

aim7.exblog.jp/18131604/
Read 8 tweets
10 May
APA CERITA DISEBALIK LAGU ULEK MAYANG?

Ulek mayang merupakan lagu rakyat dan tarian tradisional rakyat Terengganu. Lagu ini sering dimainkan di TV Pendidikan masa kecil, jadi sebab itu saya sering cuba menghafalnya.

Tapi bila dapat tahu ceritanya, terus takut nak nyanyi! 😱
Ulek mayang dikatakan bermula ratusan tahun yang lalu, apabila seorang nelayan yang dirasuk hantu laut, kerana cintanya ditolak oleh nelayan tersebut.

Mengikut lagenda, hantu laut tersebut telah merasuk nelayan tersebut ketika ribut di tengah laut.
Selepas ribut reda, para nelayan mendapati salah seorang dari mereka hilang di laut, dipercayai diculik oleh orang bunian.

Bomoh mendapati, nelayan itu telah diculik oleh puteri bunian, kerana puteri tersebut jatuh cinta kepada nelayan tersebut.
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!