Saya mengambil maklum perkembangan politik negara yang berlaku mutakhir ini.
Ingin ditegaskan sebarang usaha mengembalikan mandat rakyat mestilah berpaksikan keutamaan mempertahankan maruah bangsa dan negara tanpa menggadaikan prinsip perjuangan dan idealisme.
Alhamdulillah, kita berjaya menyelamatkan negara ini daripada diisytiharkan darurat dan sekali lagi saya menzahirkan kesyukuran ke atas keprihatinan Raja-Raja Melayu mempertahankan keluhuran Perlembagaan daripada penyalahgunaan kuasa pemerintah.
Peringatan dan penegasan Raja-Raja Melayu terkait penyalahgunaan kuasa dan prinsip keadilan tidak harus dipandang enteng, malah harus didukung oleh semua pihak yang punya kesedaran dan kejituan dalam menolak kebobrokan.
KEADILAN akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kami sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mendambakan sebuah tatanan yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai.
Bersabit dengan Belanjawan 2021 yang akan dibentang kelak, ia harus menggembleng usaha dan peranan kedua-dua pihak (bipartisan) yakni kerajaan dan pembangkang dalam merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak pandemik COVID- 19, pengangguran dan juga masalah kemiskinan.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
French President Emmanuel Macron's statement that Islam is facing a crisis around the world is offensive as it is unreasonable. It promotes the very impasse it seeks to denounce.
More importantly, it makes the ‘problem’ exclusively a Muslim affair rather than a pernicious perspective embedded in doctrinaire French laïcité.
There is no defence for the violence and murders of the men of blood, the misguided homicidal monsters who pervert Islam. Macron himself has, on occasion, recognised informed definition of the complex origins and aberrant nature of this modern scourge.
I would like to express my deep appreciation to His Majesty the Yang di-Pertuan Agong and the Council of Rulers for their wisdom and stance taken towards the proposal by the PM and the Cabinet on the implementation of Emergency Rule in Malaysia.
The decision taken by His Majesty the Yang di-Pertuan Agong to reject the proposal by the Prime Minister and the Cabinet to implement Emergency Rule further affirms the strength of the constitutional monarchy and parliamentary democracy of our nation.
It is clearly a statement based on the spirit of the constitution and takes into account the people’s voices and concerns as have been expressed by the political leaders, civil society, academics,
Saya menyambut baik serta menghargai kearifan dan kebijaksanaan SPB YDPA serta ihsan dan hemah Raja-Raja Melayu atas kenyataan, pendirian dan pandangan terkait permohonan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri dan barisan jemaah menteri.
Keputusan dan ketetapan bersejarah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menolak usul Perdana Menteri dan jemaah menteri untuk mengisytiharkan darurat itu jelas memperkukuh sistem Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen.
Ia ternyata suatu ketetapan yang berlandaskan semangat Perlembagaan dan memahami denyut nadi keresahan dan suara rakyat seperti yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin politik, masyarakat madani,
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah:183)
Diperintahkan untuk berpuasa di bulan Ramadhan ini sebagai suatu amal yang diwajibkan kepada kita umat Islam. Mudah-mudahan kita dapat menyempurnakannya untuk mencapai darjat keimanan dan ketakwaan kepadaNya.
Ini membawa maksud kita kembali ke satu fasa latihan dan pemurnian rohani. Kita juga diperintahkan agar menghindari diri dari segala tabiat atau kegiatan yang boleh membatalkannya.
Dilaporkan bahawa terdapat 2 kematian direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini terkait Covid-19. Saya utuskan takziah buat kedua-dua keluarga. Saya doakan ketabahan dan kekuatan buat mereka menempuhi dugaan dan saat getir ini.
Saya juga ingin menggesa rakyat untuk tidak panik dan bertenang. Kerjasama dan kepercayaan kepada petugas-petugas kesihatan dan para perawat amat penting saat ini.
Kepada mereka yang bergejala serta yang baru pulang dari luar negara, amatlah waras untuk segera membuat ujian saringan Covid-19.
Kenyataan Media
Majlis Presiden Pakatan Harapan
26 Februari 2020
Hari ini Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan daripada KEADILAN, DAP dan Amanah telah mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri bagi kerajaan Pakatan Harapan.
Sejak cubaan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan hujung minggu lalu, kami terus berusaha untuk mempertahankan mandat rakyat Malaysia pada 9 Mei 2018.
Kerajaan tersebut terbentuk sebagai sebuah gabungan yang diikat dengan Muafakat Pakatan Harapan yang telah dicapai pada 7 Januari 2018; diikuti pelancaran Buku Harapan (Manifesto) Pakatan Harapan pada 8 Mac 2018.