Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tiba di Menara Dato Onn sekitar pukul 7.35 malam. Difahamkan, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan diadakan pada malam ini @501Awani#HapusCOVID19
Turut kelihatan tiba ialah Datuk Razali Ibrahim @501Awani
Ia kemudian disusuli dengan ketibaan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias pada pukul 7.43 malam @501Awani#HapusCOVID19
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman juga telah tiba @501Awani#HapusCOVID19
Datuk Seri Shahidan Kassim baru sahaja tiba pada pukul 8.37 malam @501Awani
Ahli MT UMNO sudah mula turun dan dipercayai mesyuarat telah selesai selepas 4 jam @501Awani
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hanya memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan. @501Awani
UMNO sekali lagi mengulangi pendirian bahawa parti Melayu itu dengan jelas menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan Perlembagaan negara. @501Awani
Tegas Ahmad Zahid, mana-mana pihak mempersoalkan keputusan UMNO dalam mendokong titah Seri Paduka Baginda dan Majlis Raja-Raja disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. @501Awani
Dalam kenyataan sama, Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, UMNO adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberi keutamaan kepada agenda rakyat. @501Awani
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Difahamkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz akan mengadakan perbincangan bersama beberapa wakil pemimpin Pakatan Harapan (PH) berhubung Belanjawan 2021 di Kementerian Kewangan, hari ini @501Awani
Mesyuarat tersebut dijadual berlangsung antara pukul 3 hingga 5 petang, dan dijangka dihadiri 10 pemimpin parti PH @501Awani#Belanjawan2021
Pada masa sama, di lokasi berbeza, dilaporkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) tiba di Hotel Hilton untuk menghadiri mesyuarat praparlimen. @501Awani#Belanjawan2021