Difahamkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz akan mengadakan perbincangan bersama beberapa wakil pemimpin Pakatan Harapan (PH) berhubung Belanjawan 2021 di Kementerian Kewangan, hari ini @501Awani
Mesyuarat tersebut dijadual berlangsung antara pukul 3 hingga 5 petang, dan dijangka dihadiri 10 pemimpin parti PH @501Awani#Belanjawan2021
Pada masa sama, di lokasi berbeza, dilaporkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) tiba di Hotel Hilton untuk menghadiri mesyuarat praparlimen. @501Awani#Belanjawan2021
Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad tiba pada pukul 2.32 petang di bangunan Kementerian Kewangan bagi menghadiri perbincangan berhubung #Belanjawan2021@501Awani
Ahli Parlimen Subang, Wong Chen juga dilihat tiba di Kementerian Kewangan. Katanya, enam cadangan utama akan dikemukakan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz bagi pertimbangan #Belanjawan2021@501Awani
Selain Chen, PKR akan diwakili oleh Datuk Seri Nasution Ismail; Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; dan Nik Nazmi @501Awani#Belanjawan2021
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail baru sahaja tiba. Kesemua wakil PKR telah sampai untuk perbincangan #Belanjawan2021
Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga kelihatan tiba, menjadikan dua wakil dari parti tersebut @501Awani#Belanjawan2021
Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tiba di Menara Dato Onn sekitar pukul 7.35 malam. Difahamkan, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan diadakan pada malam ini @501Awani#HapusCOVID19
Turut kelihatan tiba ialah Datuk Razali Ibrahim @501Awani
Ia kemudian disusuli dengan ketibaan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias pada pukul 7.43 malam @501Awani#HapusCOVID19