Wah! Zyson Kang Zy Shun menjuarai pertandingan mencipta tandas bulan yang dianjurkan NASA (Kategori bawah 11)!

Ciptaannya menggunakan gerakan kaki untuk membawa air kencing ke tempat yang sepatutnya dan tidak memerlukan elektrik langsung.

#MalaysiaBoleh
Ia adalah saluran mudah alih yang menyimpan air kencing dalam kantung berisi hidrogel. Hidrogel ialah bahan yang sama yang digunakan dalam lampin untuk menyerap air menjadi pepejal.

Kantungnya boleh ditukar apabila penuh.

#MalaysiaBoleh
Ia semacam lampin, tapi tidak perlu bukak seluar untuk tukar.

Kunci ciptaan ini ialah pada picagari yang diletakkan di kaki. Picagari itu mengawal tekanan udara dalam saluran. Di angkasa, itulah caranya untuk pastikan cecair masuk kantung kerana tiada graviti.

#MalaysiaBoleh
Malah, ketika ditemubual oleh wakil dari NASA, dia menambah yang ia boleh digunakan untuk membantu pekerja barisan hadapan juga. Memandangkan Kelengkapan Pelindung Diri yang mereka gunakan itu payah ditanggal, mereka sudah tidak perlu tanggalkannya untuk ke tandas.
#MalaysiaBoleh
Keterangan ciptaannya boleh ditonton melalui saluran YouTubenya, ZYSON's InnoCreation:

Temubual bersama wakil NASA boleh ditonton melalui saluran YouTube HeroX:

Laporan wartawan tempatan
Malaysia juga ada wakil untuk kategori biasa, iaitu Kevin Lim. Meskipun tidak mendapat anugerah Johan, dia menerima sijil sanjungan kehormat untuk ciptaannya "Fully Self Contained Lunar Toilet".

#MalaysiaBoleh

freemalaysiatoday.com/category/leisu…
Tiada laporan tentang rekaan Kevin ini jadi aku pun tidak tahu apa yang dihasilkan.

Berita NASA yang menyenaraikan nama pemenang ialah di sini:

nasa.gov/feature/nasa-n…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Lembayung = Ungu Kebiruan

Lembayung = Ungu Kebiruan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @Thaza_Kun

28 Aug
Melihat gaya dari keterangan pendeknya, nampak macam Violet Evergarden masih belum diterjemah lagi.
Bunny Girl Senpai pula nampaknya sudah ada Bahasa Melayu!
One Punch Man juga sudah! Kalau nak bandingkannya dengan Muse Malaysia, mungkin boleh gunakan OPM sebagai kayu ukur (kerana kedua-dua Muse dan Netflix ada terjemahkannya).
Read 12 tweets
30 Sep 19
Memandangkan ada warganet yang sedang bertengkarah perihal pengenalan Fizik Kuantum di peringkat sekolah, izinkan aku mengambil kesempatan ini untuk bercerita tentang kesan fotoelektrik serta kepentingannya dalam Fizik Kuantum.

Ini adalah Thread
Kesan Fotoelektrik ialah suatu kejadian bila elektron melompat keluar daripada permukaan logam bila disinarkan cahaya. Asalnya tiada apa yang pelik dalam kejadian ini. Kita sudah tahu bahawa cahaya sifatnya ialah membawa tenaga lalu elektron-elektron itu menyerap tenaga itu.
Benda yang pelik timbul bila ada satu ujikaji ini dijalankan oleh Phillip Lenard pada tahun 1902 dalam makalahnya "Tentang Kesan Fotoelektrik". Beliau mendapati bahawa tenaga kinetik elektron2 ini tidak bergantung kepada keamatan cahaya, tetapi pada frekuensinya.
Read 28 tweets
3 Jun 18
Hari ini aku nak bercakap tentang sebuah jasad matra-4, iaitu Tesseract. Tapi sebelum itu, kita kena faham tentang matra (dimensi).

Ini adalah Thread.
Apa itu matra?

Dalam bahasa yang senang, sebuah matra ialah darjah kebebasan. Hal ini bertepatan dengan maksud "dimension" yang lain seperti "dimensional analysis".

(Matra lebih spesifik kepada sistem koordinat)
Maknanya, sebuah matra itu menjawab persoalan:

Berapa banyak arah yang aku boleh bergerak?
Read 24 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!