FA Profile picture
10 Nov, 23 tweets, 4 min read
Bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang juga baharu dilantik sebagai Pengerusi BN Backbenchers kini membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat.

Beliau juga merupakan bekas Menteri Kewangan. Lanjut di @501Awani
“Sokongan saya dan rakan-rakan kepada #Belanjawan2021, TERTAKLUK kepada keputusan Kerajaan untuk meluluskan dua perkara, peluasan moratorium sehingga Jun 2021, dan pengeluaran one-off RM10,000 dari Akaun 1 KWSP” kata Pengerusi BNBBC Najib Tun Razak ketika menurut perbahasan.
Menutup **
Yesterday’s speech by the Opposition Leader was heavy, today’s speech by the BNBBC Chairman even heavier. Take note both used to be our Finance Minister. Gonna need some times to reproduce Najib Tun Razak’s facts, figures and criticism in articles. #Belanjawan2021
[Gist] Belanjawan kali ini disifatkan sebagai 'wartime budget', kata bekas Perdana Menteri Najib Tun Razak.

"Kerajaan perlu faham ketakutan rakyat. Belanjawan kali ini perlu pendekatan luar biasa - bold, creative, inspirational - beri hadapan kepada rakyat".
Najib harapkan agar Kerajaan dapat tambah bantuan kewangan RM1,000 kepada bantuan sedia ada, khususnya untuk rakyat Sabah, kerana negeri itu paling lama dilaksanakan PKPB.

Najib berkata rakyat Sabah khususnya perlu bantuan sekarang, bukan tahun hadapan.
Najib puji Kerajaan Perikatan Nasional kerana lakukan yang terbaik, iaitu PKP pada awal bulan Mac.

"Tetapi harus diingatkan, 8 bulan sudah berlalu, segala bantuan yang disalurkan, telah habis digunakan".

Sebab itu beliau sarankan, benarkan one-off RM10k KWSP, dan moratorium.
Najib berkata, pengeluaran one-off RM10k KWSP penting untuk jana kitaran wang dalam ekonomi.

"Wang dari akaun KWSP itu mampu dipulihkan dengan sokongan kerajaan dalam tempoh setahun, dua, selepas COVID-19 berakhir".
Najib, yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, bukan tanggungjawab kerajaan untuk nafi hak pencarum, tetapi tanggungjawab kerajaan untuk pulihkan simpanan pencarum kelak.
Najib berkata, ada tiga cara untuk Kerajaan pulihkan KWSP.
1. Bantu KWSP dengan projek seperti Kwasa Land, Battersea UK, atau tingkatkan pemilikan saham GLC.
2. Naikkan kadar caruman pekerja, majikan.
3. Ubah struktur dividen, supaya pemilik baki rendah terima dividen tertinggi.
Jumlah RM20 hingga 30 bilion dari pengeluaran itu, boleh ditampung dengan sokongan kerajaan seperti penerbitan bon untuk aset KWSP.

Tidak perlu dipaksa KWSP cairkan aset pada ketika nilai aset berada di paras yang rendah, katanya lagi.
Dengan one-off RM10k KWSP itu, Najib berkata, rakyat boleh guna untuk mulakan hidup baharu, beli motosikal untuk delivery, beli peralatan perniagaan dsb.

"Jangan sampai yang diminta rakyat KWSP, tapi yang diberi PKPB," tegasnya lagi.
Najib turut senada dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa moratorium perlu dilanjutkan, dan diperluaskan ke golongan M40.

"Takkanlah Kerajaan nak tunggu M40 ini jadi B40 baru mereka diberi moratorium".
Beliau berkata langkah Cash Is King, seperti yang disebut Langkawi beberapa kali sangat perlu. Suntik lebih banyak dana kepada rakyat.

Jangan lupa pelajar di IPTA/S. Beliau pohon kos pengajian turut dikurangkan, memandangkan P&P dilaksanakan dalam talian.
Bagi pemulihan ekonomi secara mampan, Najib cadangkan agar Kerajaan cari tanah baharu, dan buka semula peluang untuk peneroka, seperti konsep Felda dahulu.

Najib turut puji Kerajaan teruskan projek mega - Pan Borneo, HSR, MRT3, Central Spine Road etc.
Najib cadang visi "Pandang ke Borneo", yang merangkumi Sabah, Sarawak, dan Kalimantan.

Beliau berkata, Borneo sangat strategik, dekat dengan Asia Timur, dan punyai sumber asli.

"Unity sebenar Sabah, S'wak bersama M'sia. Bukan Sabah for Sabaha, S'wak for Sarawakian.
Bagi menarik pelabur asing, Najib cadangkan agar dilonggarkan syarat sedia ada.

"Jika dulu 10 syarat untuk pelaburan baharu, kali ni luluskan 5,6 syarat dahulu. Beri tempoh dia penuhi syarat selebihnya".
Bagi mengukuhkan semula sektor pelancongan, Najib cadang disediakan subsidi, baucer, galakkan pelancongan domestik.

"Baucer dengan nisbah 1:3 sebagai contoh. Kerajaan beri RM1 untuk setiap RM3 yang dibelanja rakyat dalam pelancongan domestik".
Najib turut cadangkan diperkasakan semula sektor pertanian, kerana ia berkait rapat dengan food security.

"Selain bantu M'sia capai self-sufficiency, ia juga boleh ubah persepsi pertanian tidak setanding sektor lain".
Dan mengenai peruntukan JASA, Najib berkata, peruntukan sebesar RM80 juta itu boleh digunakan untuk perkara yang khusus berkenaan COVID-19.

"Saya boleh terima kalau guna dana itu beli pelitup muka, cecair sanitasi tangan, tampung sarapan pagi anak-anak yg sekolah ditutup".
Beliau berkata, pada zaman krisis ini, peruntukan itu lebih baik untuk selamatkan rakyat.

Peruntukan JASA itu, katanya lagi, empat kali ganda lebih besar berbanding zaman Barisan Nasional.
Najib tegaskan, tidak perlu lagi semua pihak saling menyalahkan satu sama lain ekoran gelombang ketiga COVID-19 yang melanda negara.

"Masing masing ada salah, dan perlu jawab kepada rakyat bersama sama," katanya lagi.
Najib berkata, rakyat sangat fobia dengan perkataan seperti PKP atau MCO.

Tegasnya lagi, beliau dan rakan-rakan BN hanya akan sokong #Belanjawan2021 jika one-off RM10k KWSP, dan lanjutan moratorium dapat dilaksanakan.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with FA

FA Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @FirdausAzil

9 Nov
Opposition Leader concludes his speech.

"Kita hanya akan sokong Belanjawan COVID-19, sekiranya ia benar-benar Belanjawan COVID-19".

Beliau bangkitkan banyak persoalan mengenai perkara yang tidak perlu dalam #Belanjawan2021.
Antara perkara yang dibangkitkan MP Port Dickson.

1. Unjuran pertambahan pendapatan kerajaan yang tidak realistik, tiada penjelasan mana datang sumber itu.

Mana datang sumber kalau beberapa sektor penting tidak menunjukkan angka positif, soalnya lagi.
Ketua Pembangkang persoal langkah Kerajaan / MOF yang cuba mengambil wang KWAP untuk diklasifikasikan sebagai sumber pendapatan kerajaan.

Beliau cadangkan penerbitan bond atau sukuk untuk tambah pendapatan, dan jangan runsingkan soal defisit.
Read 9 tweets
9 Nov
MP Pasir Gudang dakwa keputusan mengehadkan Dewan Rakyat pada 80 orang satu-satu masa, bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tidak mahu illegitimate government luluskan RUU Belanjawan yang tidak sah. Mesti kembali kepada Peruntukan Perlembagaan” @501Awani
@501Awani BN-Arau berkata kalau tak mahu ikut keputusan konsensus yang dicapai antara Speaker dan Ketua Whip, lebih baik mansuhkan sistem Ketua Whip.

“Saya sokong nasihat KKM untuk hadkan kehadiran di Parlimen”.
@501Awani Speaker agak tegas kali ni. Beliau kata Perkara 96, 97 PP tak ada kena mengena dengan mengekang Ahli Parlimen berbahas.

"Mana yang cakap dalam Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa saya perlu mendengar 222 MP berbahas dalam Parlimen?" - Speaker.
Read 4 tweets
27 Jul
Suasana di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Pengamal media hanya dibenarkan masuk ke perkarangan pada pukul 8 pagi. Bagi media yang ingin mengikuti keputusan dalam kamar, ada pas khas yang disediakan. @501Awani
[Imbas Kembali] Kronologi kes SRC Najib beta.astroawani.com/berita-malaysi…
[Imbas Kembali] Bekas Perdana Menteri itu mahu kes tersebut dibicarakan dengan adil, dan tidak mahu ia digugurkan hanya kerana permainan politik. astroawani.com/berita-malaysi…
Read 27 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!