PERDANA MENTERI

1. Ramai yang percaya bahawa sebabnya Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri ialah kerana saya menghalang.
2. Benar dahulu saya berpendapat bahawa kerana sebab tertentu dia hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi apabila Najib menjadi kleptokrat, saya sanggup bekerjasama dengan Anwar untuk jatuhkan Najib.
Saya tidak menentang cadangan Pakatan Harapan (PH) bahawa Anwar akan mengganti saya apabila saya letak jawatan. Tetapi belum pun sampai masanya konco-konco Anwar mendesak supaya saya letak jawatan.
3. Pada 21 Feb 2020, saya diberitahu oleh Muhyiddin & beberapa pemimpin Bersatu bahawa pada malam itu Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mendesak supaya saya letak jawatan utk Anwar dilantik sebagai PM. Kononnya saya akan dipaksa lantik Anwar sebagai TPM dengan segera
4. Tujuan Muhyiddin ialah supaya saya setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk jatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan. Muhyiddin, Azmin dan Hamzah sudah rancang untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional untuk tubuh Kerajaan baru mengganti PH.
5. Azmin Ali pula telah sahkan bahawa apabila cadangan yang tersebut di atas dibuat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, beliau akan walk out.
6. Tetapi pada malam itu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, setelah berbincang dengan panjang lebar, bersetuju supaya saya diberi kuasa untuk letak jawatan bila-bila masa yang saya pilih. Ini bermakna Pakatan Harapan masih sokong saya.
Pakatan jahat untuk tolak saya tidak menjadi kenyataan seperti yang didakwa oleh Muhyiddin dan konco-konconya. Saya berpendapat tidak ada sebab kenapa saya perlu bersetuju untuk Bersatu keluar dari PH.
7. Pada 23hb Februari saya telah beritahu kepada Muhyiddin bahawa perancangannya untuk Bersatu keluar dari Pakatan Harapan perlu ditangguh kerana PH masih sokong saya sebagai Perdana Menteri.
8. Apabila Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersidang selepas pertemuan saya dengan Muhyiddin dan rakan-rakannya, saya merayu supaya ditangguh cadangan Bersatu untuk keluar dari PH. Saya syor supaya Bersatu tunggu dan lihat akan perlakuan PH.
9. Pendek cerita Majlis tolak syor saya dan setuju Bersatu keluar dari Pakatan Harapan dengan serta-merta. Ada yang tumbuk meja dan dengan lantang sokong Muhyiddin untuk keluar dari PH.
10. Bagi saya ini adalah keputusan muktamad. Ia merupakan kepercayaan kepada saya sebagai Pengerusi parti sudah tidak ada. Keputusan itu juga bermakna Bersatu sudah keluar dari Pakatan Harapan dan Kerajaan PH sudah jatuh.
11. Sepanjang malam itu saya memikir akan kedudukan saya. Kehilangan kepercayaan kepada saya bermakna saya tidak lagi boleh menjadi Pengerusi Bersatu. Jika saya tidak lagi Pengerusi Bersatu dan PH tidak lagi Kerajaan, saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.
12. Pada malam itu Muhyiddin Yasin bersama pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS telah berada di Hotel Sheraton. Kesanggupan Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu berada bersama dengan musuh Pakatan Harapan bermakna bahawa rancangan menubuh Kerajaan Perikatan Nasional sudah jadi kenyataan.
13. Saya buat keputusan untuk isytihar bahawa saya sudah letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri.
Walaupun ada ura-ura bahawa saya akan diterima oleh gabungan Muafakat dan Bersatu sebagai Perdana Menteri, saya tidak dapat terima kerana penjenayah-penjenayah UMNO akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan yang saya akan pimpin.
14. Peletakan jawatan Perdana Menteri oleh saya tidak ada kena mengena dengan cadangan Pakatan Harapan supaya Anwar ambil alih jawatan Perdana Menteri selepas saya letak jawatan.
Dengan Bersatu dan puak Azmin Ali keluar dari Pakatan Harapan, Pakatan Harapan sudah tidak lagi jadi Kerajaan dan saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.
15. Yang akan jadi Perdana Menteri ialah orang yang dapat majoriti apabila pengakuan oleh ahli Yang Berhormat dihadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan.
16. Apabila pengakuan ini dibuat 92 ahli dari Keadilan, Amanah dan DAP menamakan Anwar sebagai pilihan mereka. PH sudah tolak saya sebagai Perdana Menteri.

17. Saya hanya dapat 66 ahli.
18. Jika ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan menamakan saya sebagai calon mereka, saya akan dapat 158 undi setelah ditambah dengan 66 ahli yang sokong saya. Tetapi kerana mereka beri 92 kepada Anwar, saya kalah dan Anwar juga gagal.
19. Jika saya dapat 92 dari Pakatan Harapan dan dengan itu Kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan saya akan kembali jadi Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan apabila saya letak jawatan Anwar akan jadi Perdana Menteri mengikut perancangan Pakatan Harapan.
20. Setelah pencalonan Anwar gagal, Pakatan Harapan ingin kembali sokong saya sebagai calon Perdana Menteri. Anwar juga bersetuju tetapi dengan syarat dia dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

21. Saya tidak bersetuju kerana ingin kekal kabinet lama.
22. Akhirnya Anwar bersetuju dan usaha dibuat untuk dapat jumlah yang cukup untuk Pakatan Harapan kembali jadi Kerajaan. Dengan sokongan dari ahli parti Sabah, jumlah meningkat kepada 114.
23. Malangnya Muhyiddin sudah berjaya mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong untuk dia dilantik sebagai Perdana Menteri.
24. Tetapi usaha untuk tumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional diteruskan oleh Pakatan Harapan. Pihak saya dan penyokong saya bersetuju untuk menyertai usaha ini.
25. Tetapi Anwar tolak sama sekali penyertaan saya. Jika saya ditolak, penyokong saya tidak akan menyertai cadangan ini. Dan kita tidak akan dapat tiga orang ahli Dewan Rakyat (DR) untuk mencukupi bilangan.
26. Telah dicadangkan supaya saya akan pegang jawatan Perdana Menteri selama 6 bulan sebelum menyerah kepada Anwar. Amanah dan beberapa ahli DAP bersetuju.
27. Tetapi Anwar tolak. Anwar tidak mahu saya terlibat sama sekali. Tetapi jika saya tidak diberi tempat, penyokong saya tidak akan sokong cadangan Pakatan Harapan. Lagi pun agak sukar mencari tiga orang lagi untuk mendapat majoriti.
28. Pengakuan saya untuk serah jawatan kepada Anwar selepas 6 bulan tidak diterima atau dipercayai oleh Anwar.
29. Rancangan yang munasabah ialah apabila Dewan bersidang, jika Pakatan Harapan mempunyai cukup bilang, Muhyiddin boleh dikalahkan semasa belah bahagi dengan pembangkang mempunyai 114.
30. Apa yang berlaku ialah Muhyiddin masih dapat 112 dan tidak dapat dijatuhkan semasa perbahasan berkenaan perlucutan jawatan Yang di-Pertua Dewan. Ini bermakna Muhyiddin menang dan kekal sebagai PM. Anwar kalah dan tidak jadi PM.
31. Kemudian Anwar isytihar dia sudah dapat cukup bilang dan Muhyiddin sudah tidak jadi Perdana Menteri.
32. Saya dan kumpulan saya ditolak oleh Anwar kerana dia sudah dapat jumlah sokongan yang mencukupi.
33. Tetapi kita semua tahu bahawa Anwar masih tidak dapat jadi Perdana Menteri. Kenyataan Anwar bahawa dia mempunyai cukup bilang didapati tidak benar. Dalam perancangan Anwar saya tidak ada tempat. Jelas setelah ketepikan saya pun Anwar tidak menang.
34. Pada tahun 2008 pun, Anwar gagal. Apakah saya juga yang menghalang Anwar.

chedet.cc/?p=3260

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir Mohamad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @chedetofficial

19 Nov
KHALID JULONG

1. Khalid Julong meninggal pada 18 November 2020. Dengan pemergiannya maka tamatlah satugenerasi pejuang Melayu.
2. Kami berkenalan dan berdamping dalam arena politik apabila tamat sahaja perang Dunia Kedua. Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya.
3. British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka. Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka.
Read 4 tweets
9 Nov
THE 2021 BUDGET
1. For 2½ hours I sat down in my seat at the Dewan Rakyat listening to the Minister of Finance’s budget speech.
2. It was amazing. It was the biggest ever. For operation and development the Government will spend 322.5 billion altogether.
3. I am not a financier. These big figures are mind-boggling. It seems that the Government will be putting money in the pocket of everyone, rich and poor, employed and unemployed.
Read 30 tweets
6 Nov
DARURAT

1. Saya difaham pihak Kerajaan masih berusaha untuk isytihar darurat di negara tercinta ini.
2. Mengikut hujah mereka kononnya negara berada dalam keadaan krisis, dengan 10,000 anggota polis diserang COVID-19, satu juta orang asing sudah melanda negara ini dan kononnya jika darurat tidak diisytihar sebelum Isnin, 2 November, pasar saham akan jatuh merudum.
3. Ya, benar COVID-19 sudah meningkat sehingga lebih dari Satu Ribu Dua Ratus pada beberapa hari. Tetapi ini disebabkan Kerajaan Pusat sengaja rebut kuasa di Sabah.
Read 18 tweets
30 Oct
MISREPRESENTED CONTEXT

1. I am indeed disgusted with attempts to misrepresent and take out of context what I wrote on my blog yesterday.
2. Those who did that highlighted only one part of paragraph 12 which read: “Muslims have a right to be angry and to kill millions of French people for the massacres of the past.”
3. They stopped there and implied that I am promoting the massacre of the French.
Read 11 tweets
29 Oct
RESPECT OTHERS

1. A teacher in France had his throat slit by an 18-year-old Chechen boy. The killer was angered by the teacher showing a caricature of Prophet Muhammad. The teacher intended to demonstrate freedom of expression.
2. The killing is not an act that as a Muslim I would approve. But while I believe in the freedom of expression, I do not think it includes insulting other people. You cannot go up to a man and curse him simply because you believe in freedom of speech.
3. In Malaysia, where there are people of many different races and religions, we have avoided serious conflicts between races because we are conscious of the need to be sensitive to the sensitivities of others. If we are not, then this country would never be peaceful and stable.
Read 16 tweets
9 Sep
USUL TIDAK PERCAYA KEPADA YAB PERDANA MENTERI

Saya telah bercadang untuk membawa usul tidak percaya terhadap YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat.
Tetapi Kerajaan menentukan usul ini tidak akan dikemukakan & dibahas dengan dua kali meletak usul ini di akhir sidang dewan. Usul Kerajaan didahulukan sehingga tidak ada masa untuk usul saya dibahas. Dengan cara ini sampai bila-bila pun usul saya tidak akan dibincang dalam dewan.
Oleh kerana saya tidak mungkin kemukakan usul saya dalam Parlimen maka saya terpaksa siar usul ini dalam blog saya untuk tatapan orang ramai.

Sekian. Terima kasih.
Read 43 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!