“Saya ada modal RMxyz. Bisnes apa patut buat?”

Jawapan biasa saya: JANGAN BUAT BISNES.

Duit modal tak penting sangat dalam mula bisnes.

Ada benda lain lebih penting.

Pemerhatian saya:
Siapa tanya berkaitan modal, majoriti akan lebur modal tu.

Sila RT. Nanti saya sambung... Image
1/

Mula dengan yang pertama:
Kalau kita fikir berkisarkan duit semata, semua benda kita nak selesaikan guna duit.

Masalah A? Campak duit!
Masalah B? Campak duit!

Kita tak guna kebijaksanaan untuk selesaikan masalah guna sumber bukan duit.

Bersambung...
👇👇👇
2/ Ye aku marah!

Saya kena bagitau. Sebab saya dah terima BERIBU ADUAN orang hilang duit nak mula bisnes.

Sebab apa?

Sempat sempitkan fikiran berputar dekat duit modal.

Mindset:
Aku ada duit, boleh buat modal bisnes!

Tak kisah la duit simpanan, keluar EPF, VSS etc.

👇👇👇
4/

Sementara tunggu sambungan...

Baca thread ni dulu:
(Nanti kembali ke pangkal jalan kat sini tau 😅)
5/

Orang yang takde modal, rasa itu sebagai HALANGAN.

Orang yang ada duit boleh buat modal, rasa itu sebagai MAGIK.

Mindset berfokuskan modal bakal membunuh kita, tak kisah kita ada modal atau pun tidak.

Sebab kita bagi KUASA pada benda yang tak penting pun.

👇👇👇
6/

Modal bukan penentu kejayaan bisnes.

(INGAT tu. Ulang banyak kali.)

Jadi, buat apa kita bagi KUASA pada benda yang penting pun dalam kejayaan kita?

Baik kita fikir pasal benda lebih penting -- yang selama ni kita abaikan sebab kita asik fikir modal je.

👇👇👇
7/

Daripada fikir pasal modal, lagi baik kita fikir pasal:
Mencari VALIDATED BUSINESS MODEL (VBM).

Apa maksud bisnes model?

- Apa value kita bagi
- Siapa yang SAHIH nak beli value itu
- Berapa harga dia sanggup bayar
- Berapa untung kita

👇👇👇
8/

VALIDATED BUSINESS MODEL maksudnya kita dah jumpa jawapan kepada semua parameter tadi.

Jawapan tadi kita boleh cari -- sama ada guna modal atau tak.

See?

Persoalan modal dah jadi bukan satu benda sangat.

👇👇👇
9/

Sebab mencari VALIDATED BUSINESS MODEL tu satu kerja yang susah!

Ha, saya tak cakap bisnes ni senang. (Well, senang sampai rasa bersalah kau hidup senang lenang tanpa bersusah payah -- kalau tahu caranya.)

👇👇👇
10/

Lepas kita keluar modal mula bisnes -- tak kisahlah beli produk ke, sewa kedai ke, beli alatan ke...

Kita tetap WAJIB mencari VALIDATED BUSINESS MODEL. 😱

Lepas dah keluar modal berhabis banyak, baru kita sedar susahnya kerja VBM ni.

👇👇👇
11/

Kita baru sedar sebab selama ni kita fikir bab modal macam penting sangat. Sampai kita UNDERESTIMATE kesusahan bisnes.

Baik dari awal, SEBELUM kita keluar modal & habiskan duit simpanan kita...

Kita sedar kerja-kerja VBM tu susah yakmat!

👇👇👇
12/

REALITI:
Dah ramai sangt orang sebelum kita habis duit modal macam tu je sebab bermula tanpa VBM.

Modal keluar, produk dah beli, bisnes dah operate...

Tapi tak tau nak jual kat siapa, takde siapa yang SAHIH nak beli.

Jangan jadi macam mereka!

👇👇👇
13/

Tambahan:
Duit modal perlu masa bila?

Ha ini cerita yang best!

Kalau kita dah ada VBM, taburlah sebanyak duit modal yang boleh untuk KEMBANGKAN bisnes.

Business model dah validated. Dah tahu masuk RM1 dapat pulangan RMxx. Ha, silalah letak sebanyak mungkin RM1.

👇👇👇
14/

PENTING:
Saya bukan cakap bisnes tak perlu modal.
Saya bukan menidakkan pasal modal.

Saya bawa satu pandangan baru supaya memperkaya pandangan kita yang selama ini terlalu sempit berkiblatkan modal.

👇👇👇
15/

Berniaga perlu modal -- ini betul.

Ada je bisnes yang tak perlukan modal sangat -- ini pun betul.

Ambil kedua-dua pandangan dan proses sendiri.

Yang bahaya:
Bila kita terima salah satu tanpa usul periksa & menyusahkan hidup sendiri kemudian hari.
16/

Follower @bukhariramli WAJIB TAHU:
Takde satu benda yang 100% betul setiap masa.

Kadang betul, kadang salah. Ikut keadaan.

Ada masa 'perlu modal' betul.
Ada masa 'perlu modal' tak betul.

👇👇👇
17/

BONUS:
Ini bukan pasal 'modal bisnes' semata-mata.

Saya kongsi cara berfikir.

Kita patut jadi lebih bijak dalam menilai satu-satu idea yang kita benarkan masuk dalam kepala otak kita.

Sila RT. Sila follow @bukhariramli.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with bukhariramli

bukhariramli Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @bukhariramli

2 Dec
Dalam perkahwinan pun, bercerai itu halal.

Jangan pening kepala.

Cabaran bisnes itu sudah cukup getir dah. Tak perlu tambah satu lagi kerja: mengurus partner yang mangkuk.
Saya pun pernah alami situasi macam ni.

Contoh:
Ada 2 orang, nak tanggung beban 6 orang.

Kalau yang baki 4 orang tu senyap, ok lagi. Ni kerja tak buat, komplen ke main. Bisnes tak kembang sebab senak fikir masalah bodoh ni.

Buang je. Atau start over.

Naik lagi laju.
FOKUS ni satu benda penting.

Saya tak rasa ramai manusia hargai maksud FOKUS ni.

Kalau hari-hari kau sakit hati fikir masalah partner. Atau partner block kau dari buat decision (sebab diorang cakap je lebih, buat tidak).

Macam mana nak FOKUS pada kerja yang high impact?
Read 6 tweets
23 Nov
Saya pernah:
FB page baru. Start iklan lepas Maghrib. Dalam pukul 10 approve iklan. Pukul 12 malam dah dapat sale.

Dalam sebulan tu spend iklan RM500. Sales sebulan tu dalam belas-belas ribu!

Bersambung (thread).

Kat bawah sekali, lesson paling penting.

👇👇👇
Btw, ni panjang ni.

Proceed with caution.

Sila RT untuk sampaikan kesedaran kat kawan-kawan.

Ready?

Sambung...

👇👇👇
Modal?

Takde modal produk sebab dah kawtim dengan supplier.

Awal-awal dah bagitau kat pelanggan:
Ini pre-order. Bayar dulu. No COD.

👇👇👇
Read 21 tweets
22 Nov
Buat survey ialah cara paling power mendengar denyut nadi pelanggan.

Lagi rajin kita dengar, lagi dekat kita pada kebenaran.

Boleh buat survey sebelum dan selepas pembelian.

Sejak 8-10 tahun lepas, saya ada beribu-ribu jawapan survey yang pelanggan jawab.
Ini satu contoh survey. Baru 10 hari dah lebih 500 orang jawab panjang lebar.

Total ada 27 ribu perkataan:
Situasi
Masalah
Harapan

Nak buat produk, copywriting, salespage etc, inilah lubuknya!
Apa saya guna untuk survey?

Google Form je.

Survey saya ada beratus tersimpan. Ada survey yang beribu responden bagi jawapan panjang lebar.
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!