Ada sekali di klinik, seorang ibu kata 2 orang anaknya menangis serentak di rumah. Punyalah stress nak pujuk, akhirnya dia pun sama-sama menangis dengan anaknya.
Lepas dia menangis barulah anaknya diam. Terkejut agaknya bila lihat mak pun ikut sama menangis.
Ramai betul ibu yang rasakan mereka ni ibu yang gagal.
Antara kritikan yang menghancurkan jiwa ibu ialah bila ibu itu mula mengkritik dirinya sendiri. Bukan suami, bukan anak-anak.
“Akulah mak paling teruk kat dunia.”
“Aku mak tak guna.”
Ada hari yang ibu-ibu ni hidup asal boleh je.
Kecewa tu bertambah-tambah bila di hujung hari, rumah bersepah dan tak sempat masak makanan sedap-sedap untuk semua.
Cuma sempat susukan anak, mandi, tukar pampers dan uruskan diri sendiri. Tau-tau dah malam. Ada ibu yang tidur dalam keadaan menangis sebab percaya dia ialah ibu yang gagal.
Tapi ada juga hari yang ibu terasa seperti “superwoman”.
Anak tak meragam, rumah bersih sampailah ke malam. Siap sempat masak itu dan ini.
Isteri yang uruskan anak kecil paling perlukan sokongan suami.
Beban isteri bukan setakat luka selepas bersalin, tapi beban emosi diri sendiri tu yang lagi dasyat.
Pernah saya nasihat seorang ibu.
“Puan dah buat macam-macam untuk keluarga. Puan jaga semua orang, tapi lupa nak jaga orang yang paling penting iaitu diri puan sendiri.”
Sampai menangis puan tu.
Berhentilah kritik diri sendiri. Buat yang terbaik itu sudah cukup baik.
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
Kajian menunjukkan lagi banyak perkataan yang digunakan oleh mak ayah ketika bercakap pada bayi berusia 8 bulan, lagi besar jumlah perkataan tersimpan dalam memori anak.
Cara bercakap dengan anak kecil :
✅ Mulakan dengan perkataan pendek dan mudah
✅ Beri masa untuk anak proses apa yang kita dah sebut.
✅ Kekalkan pandangan mata dan sentiasa senyum.
✅ Ibu ayah guna mimik muka seperti besarkan mata, naikkan kening untuk tambah elemen emosi.