Adinda, Kanda sungguh gusar dengan apa yang berlaku di negeri kekanda. Kanda berpendapat hari ini kanda ingin menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Negara
Baik kanda, benarkan adinda habiskan mengacau daging salai ini. Selepas itu kita bersiap menaiki burung besi pulang ke Ibu Kota untuk kanda menyampaikan khutbah.
Masjid Negara, 8 Jan 21
Jumaat, 1.35 Petang
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Beta sendiri telah turun ke mencemar duli melihat dengan mata kepala Beta sendiri akan keadaan yang berlaku di Pahang. Sungguh kemusnahan yang tiada tara
Sidang Jumaat sekalian,
Beta amat gusar.
Ini tidak seharusnya dibenarkan berterusan.
Beta telah bertemu dengan Menteri Perdana melalui panggilan Zoom. Beliau telah menyampaikan beberapa cadangan yang pada hemat Beta amat wajar untuk dilaksanakan dalam kadar segera
Ketetapan Pertama,
Beta memberi perkenan mengisytiharkan Darurat di seluruh negara selama satu bulan bermula esok.
Pentadbiran akan diketuai oleh Beta sendiri dan dibantu oleh Panglima Angkatan Tentera bersama Ketua Polis Negara dan Ketua Setiausaha Negara, Beta menasihatkan Menteri Perdana untuk bercuti selama sebulan. Jasa beliau selama ini mengemudi kerajaan amat Beta hargai.
Buat rakyat sekalian, usah khuatir akan masalah ekonomi yang akan melanda sewaktu darurat ini dilaksanakan. Beta telah bermesyuarat dengan Bijak Pandai dari segenap pelusuk tanah air. Mereka telah menggariskan empat intipati utama.
Intipati Pertama
Moratorium pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan pinjaman sewa beli akan dilanjutkan selama tiga bulan. Tanpa syarat. Automatik.
Intipati Kedua
Semua rakyat akan menerima Bantuan Tunai DiRaja mengikut ketetapan berikut
B40 : RM3 000 sebulan
M40 : RM2 300 sebulan
Manakala untuk T20 Beta rasa tidak perlu lah
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Intipati Ketiga
Bantuan makanan akan disampaikan ke seluruh negara melalui usahasama JKKK, RELA, ATM, Bomba dan PDRM.
Beta tidak mahu walau seorang pun rakyat Beta berlapar
Apa guna Istana gah di Jalan Duta jika rakyat Beta menahan lapar dan dahaga!
Intipati Keempat
Beta akan memperuntukkan RM1 Billion serta merta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah kepimpinan Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah. Beta yakin beliau adalah Jeneral yang tepat untuk mengepalai peperangan menentang COVID-19 ini.
Sekian empat intipati berkaitan ekonomi buat rakyat yang Beta kasihi.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Kita meminjam alam ini dari anak cucu kita, seharusnya kita wariskan kepada mereka alam yang lebih kirana. Agar mereka tahu, kenal dan sedar akan keindahan ciptaan Tuhan.
Oleh kerana itu, perkara kedua yang dicadangkan Menteri Perdana adalah seperti berikut
Ketetapan Kedua
Segala aktiviti pembalakan di seluruh negara dihentikan serta merta. Semua lesen pembalakan akan ditarik balik. Penggantungan ini akan berjalan selama 10 tahun.
Beta sudah tidak mahu lagi ada rakyat Beta sehingga kehilangan tempat tinggal kerana bencana yang menimpa.
Dunia ini cukup untuk keperluan semua
Tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu
Apa yang sudah terjadi Beta berharap kita semua mengambil pengajaran dan iktibar.
Sebelum Beta menamatkan Khutbah Jumaat ini, Beta beriltizam untuk mengurniakan rumah baru kepada semua mangsa banjir yang kehilangan tempat tinggal.
Moga dengan kurnia kecil ini dapatlah mereka semua menjalani kehidupan yang lebih baik
Sekian Assalammualaikum, hayya ala Solah!
.
Dan aku pun terjaga dari mimpi.
It feels real 🥺
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh