Saya menghargai jika ada bekas pesakit #COVID19 yang ingin berkongsi pengalaman mereka, ianya boleh dijadikan sebagai panduan buat yang lain.
Yang saya kesal dan sedih apabila ada bekas pesakit yang membuat pernyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.
Pengalaman yang dikongsi adalah pengalaman dia dan keluarga sebagai pesakit.
Alhamdulillah, Allah pelihara, hanya setakat tahap I dan II, sebab itu lah sembuh tanpa sebarang komplikasi.
Tapi janganlah kata mereka sembuh tak perlu ubat pun dan tak perlu takut COVID-19
Janganlah kita merendahkan COVID-19, bilamana ramai yang sembuh tanpa komplikasi, banyak yang datang dengan tahap III dan ke atas; datang dengan sesak nafas dan komplikasi organ yg lain.
Yang asymptomatic memang tak perlu ubat, yang pihak KKM buat adalah PANTAU takut lebih teruk
Sebab itu kami di bidang perubatan, kami akan bercakap melalui DATA & FAKTA. Apa data yg kami peroleh, apa fakta lapangan & kajian yang kami terima, itu yang kami beritahu kepada orang ramai
Memomokkan rakyat kata tak bahaya, PCR itu tidak betul, rawatan kami tak betul, kenapa?
Kongsilah pengalaman, tidak apa, bagus tu. Tapi jangan memberi kenyataan yang mengelirukan.
Kami di bidang perubatan, kami akan tetap menasihati untuk semua ikuti SOP; pakai pelitup muka, penjarakan fizikal dan jaga kebersihan.
Jangan lalai.
Kalau dah dijangkiti, doalah hanya sampai tahap II. Janganlah sampai tahap III dan ke atas.
Bila tiada gejala dan sembuh, janganlah membuat anggapan yang bukan-bukan sehingga mengelirukan.
Harap kita semua boleh memahami situasi ini...
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh