Pengguna MySejahtera yang disahkan positif #COVID19 akan menerima pemakluman berkenaan kes itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 'Push Notification' yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera.
Pembaharuan itu sudah dimulakan hari ini dan pengguna
yang positif juga akan mendapat nasihat serta pelan susulan penilaian kendiri.
Aplikasi MySejahtera juga akan memberi peringatan kpd pengguna positif setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala di bahagian 'Perlu dilakukan' dalam tempoh 10 hari berturut-turut.
Jika pengguna bergejala, maklumat berkenaan akan terus disalurkan ke pusat penilaian COVID-19 dan pengguna akan dihubungi petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.
Bagi memperkasakan pengguna yang positif untuk melaporkan sendiri kepada KKM, mereka
boleh membuat pelaporan kendiri sekiranya sudah disahkan positif dan sedang menunggu panggilan dari KKM.
Pengguna yang positif boleh ke 'MySejahtera HelpDesk' di halaman utama dan ikuti arahan di ruang G.
Selangor
19 kluster sedia ada
90 kluster baharu (Jalan Playar, Sri Suria, Tapak Bina Bukit Semenyih dan Bukit Angkat)
229 saringan kontak rapat
171 lain-lain saringan
Johor
256 kluster sedia ada
41 kluster baharu (Parit Jamil)
76 saringan kontak rapat
46 lain-lain saringan
9 import
Sabah
20 kluster sedia ada
12 kluster baharu (Tombovo)
248 saringan kontak rapat
103 lain-lain saringan
KL
27 kluster sedia ada
117 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Desa & Jalan Raja)
112 saringan kontak rapat
51 lain-lain saringan
6 import