PM Muhyiddin umum Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion
Sebanyak 22 inisiatif di bawah Permai, berteraskan tiga matlamat utama.
PM Muhyiddin umum Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif untuk perangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan perniagaan.
Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari.
Ketelusan perolehan vaksin, Program Imunisasi Kebangsaan diberi perhatian utama melalui J/kuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin #COVID19.
Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini.
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan.
Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta.
Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.
Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.
Setakat ini, lebih 1.3 juta peminjam telah memohon dan menerima bantuan pembayaran, dengan kadar kelulusan sebanyak 95 peratus bagi peminjam individu dan 99 peratus bagi peminjam PKS.
iSinar - Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.
JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak.
Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Januari.
Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.
PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac
Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.
Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir.
Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja.
Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang.
Program Subsidi Upah - Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.
Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus.
Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir.
Impak PKP semasa ke atas ekonomi masih terkawal.
RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut.
PM Muhyiddin menjunjung kasih keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri meredah banjir dalam misi bantuan banjir di Pahang baru-baru ini.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Hari ini bermulanya sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh negara bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) - Foto Bernama #sesipersekolahan2021
Turut memulakan sesi persekolahan secara bersemuka calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara. - Foto Bernama #sesipersekolahan2021
Pelajar SMK Seksyen 18, Shah Alam memakai pelindung muka hasil sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu.
Seramai 230 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah itu dibahagikan kepada sembilan kelas. - foto pembaca Sinar Harian
[LIVE] Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri @IsmailSabri60 mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pscp.tv/w/ctVPzTFtTUVQ…
Sejak #COVID19 melanda negara, seramai 158,434 orang disahkan positif, 601 meninggal dunia - Bernama
Op Benteng: Lapan pendatang tanpa izin ditahan, 12 kenderaan darat dirampas semalam - Bernama