Jika ada yang masih belum tahu, pindaan Industrial Relations Act sudah berkuatkuasa sejak 1.1.2021.

IRA ni penting kepada pekerja sebab prosedur untuk cabar pembuangan kerja secara tak adil di bawah akta ni.

Jadi, apa 6 perkara penting pindaan IRA yang pekerja perlu tahu?
1. RUJUKAN DARI JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (JPP) TERUS KE MAHKAMAH PERUSAHAAN

Ini adalah pindaan kepada Seksyen 20 (2) dan (3).
Jika sebelum ini, representasi oleh pekerja akan melalui proses Runding Damai di JPP. Jika tiada penyelesaian berjaya diperoleh, kes akan dirujuk ke Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu. Kemudian, barulah Menteri Sumber Manusia akan rujuk kes kepada Mahkamah Perusahaan.
Dengan tiadanya keperluan untuk rujuk kes ke Menteri Sumber Manusia, pihak JPP akan terus rujuk kes ke Mahkamah Perusahaan. Walau bagaimanapun, tetap akan kemungkinan JPP tidak akan rujuk kes, jika difikirkan tidak patut.
KEBAIKAN:

Proses tuntutan pekerja ke Mahkamah Perusahaan akan menjadi lebih cepat. Dari 3 peringkat iaitu JPP -> Sumber Manusia -> Mahkamah, sekarang tinggal 2 peringkat sahaja iaitu JPP -> Mahkamah.
2. PEKERJA DAN MAJIKAN BOLEH DIWAKILI OLEH ORANG LAIN SEMASA PROSES RUNDING DAMAI

Ini adalah pindaan kepada Seksyen 20 (6)(a)(iii) dan 6(b)(iii).
Sebelum ini, semasa proses Runding Damai, pekerja hanya boleh mewakili diri sendiri ataupun diwakili oleh pegawai dari kesatuan kerja yang dimasuki.
Sekarang, pekerja dan majikan boleh melantik mana-mana individu, kecuali peguam, untuk mewakili beliau dalam Runding Damai. Dengan syarat, individu tersebut perlulah mempunyai kebenaran bertulis dari pekerja dan dibenarkan oleh pihak JPP.
Pekerja dan majikan tetap tidak boleh diwakili oleh mana-mana peguam semasa peringkat Runding Damai. Maksudnya, peguam memang tak boleh masuk dalam bilik Runding Damai tu. Walau bagaimanapun, pekerja dan majikan tidak dihalang untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dari peguam.
Pindaan juga dibuat untuk situasi di mana jika pekerja yang membuat representasi itu cacat mental, waris terdekat boleh membuat permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menjadi penjaga ad-litem kepada pekerja tersebut.
KEBAIKAN:

Kebenaran untuk pekerja melantik mana-mana individu akan membantu pekerja dari sudut jika pekerja tersebut tidak mempunyai keyakinan untuk memberikan penerangan, jadi boleh lantik orang yang lebih yakin dan fasih percakapannya.
Ataupun jika tarikh Runding Damai tidak sesuai dengan pekerja yang perlu pergi ke tempat lain, jadi boleh lantik orang lain untuk ganti.

Selain itu, hak pekerja yang mengalami kecacatan mental juga akan terjaga dan dilindungi jika ada penjaga yang boleh mewakili dirinya.
3. KES DI MAHKAMAH PERUSAHAAN TETAP DITERUSKAN WALAUPUN PEKERJA YANG MEMBUAT ADUAN TELAH MENINGGAL DUNIA

Ini pindaan kepada kuasa Mahkamah Perusahaan di bawah Seksyen 29.
Sebelum ini, jika pekerja yang membuat aduan telah meninggal dunia, Mahkamah Perusahaan sudah tiada bidangkuasa bagi mendengar kes tersebut kerana tuntutan utama di Mahkamah Perusahaan adalah pemulihan kerja. Takkan nak suruh orang yang dah meninggal masuk kerja balik, kan?
Dengan pindaan ini, Mahkamah Perusahaan sudah pun mempunyai bidangkuasa untuk meneruskan dengan prosiding walaupun pekerja tersebut telah meninggal dunia.
Selain itu, pindaan ke atas Seksyen 30 (6B) membolehkan Mahkamah Perusahaan memberikan award pampasan kepada waris terdekat pekerja yang telah meninggal dunia.
KEBAIKAN:

Sebarang pampasan yang diperoleh dari tuntutan yang dibuat akan diberikan kepada waris terdekat. Oleh itu, ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu waris dan keluarga pekerja tersebut.
Walau bagaimanapun, dari sudut praktikal, perkara ini masih lagi akan menjadi satu isu khususnya jika bicara penuh masih belum dijalankan.
Kerana, pihak majikan mungkin akan membangkitkan isu bahawa mereka kehilangan hak untuk menyoal balas keterangan pekerja yang meninggal dunia tersebut.
Sebab, kebiasaannya dalam kes di pembuangan kerja, keterangan dari pekerja tersebut sendiri adalah paling penting. Isu ini bergantung kepada kebijaksanaan Mahkamah jika timbul kelak.
Jika pekerja tersebut hanya meninggal selepas bicara penuh telah selesai dan tunggu award sahaja, tidak ada masalah akan timbul kerana Mahkamah Perusahaan boleh memberikan pampasan tersebut kepada waris terdekat.
4. AWARD PAMPASAN AKAN DIKENAKAN FAEDAH

Ini merupakan pindaan terhadap Seksyen 30 (1) di mana Mahkamah Perusahaan diberikan kuasa untuk mengenakan faedah maksimum sebanyak 8% kepada jumlah pampasan yang diperoleh oleh pekerja bermula selepas 30 hari dari tarikh award diberikan.
Faedah hanya dikira bermula hari pertama selepas 30 hari dari tarikh award diberikan.

Sebelum ini, tiada faedah dikenakan terhadap jumlah pampasan jika Majikan lewat membayar pampasan.
KEBAIKAN

Menghalang majikan untuk sengaja melewat-lewatnya pembayaran pampasan yang telah diperoleh oleh pekerja. Dengan adanya faedah kelewatan ini, jumlah pampasan yang akan diperoleh oleh pekerja akan semakin bertambah jika majikan melewatkan pembayaran pampasan.
5. KEPUTUSAN MAHKAMAH PERUSAHAAN BOLEH DIRAYU KE MAHKAMAH TINGGI

Antara pindaan yang signifikan.

Sebelum ini, apa-apa keputusan Mahkamah Perusahaan adalah muktamad dan tidak boleh dirayu ke mana-mana mahkamah.
Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Perusahaan hanya boleh membuat rujukan ke Mahkamah Tinggi untuk persoalan undang-undang melalui permohonan Semakan Kehakiman (Judicial Review).
Dengan adanya seksyen baru iaitu Seksyen 33C, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi di mana prosedur rayuan adalah mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
KEBAIKAN:

Terdapat perbezaan yang ketara antara prosedur Semakan Kehakiman berbanding prosedur rayuan biasa di mana prosedur Semakan Kehakiman lebih rumit. Prosedur rayuan lebih mudah dan cepat.
Selain itu, kos guaman untuk memulakan permohonan Semakan Kehakiman kebiasaannya lebih tinggi kerana prosedur yang lebih susah berbanding rayuan biasa ke Mahkamah Tinggi.
6. KESATUAN KERJA DIBENARKAN MEMBANGKITKAN PERKARA UMUM DALAM PERBINCANGAN DENGAN MAJIKAN

Ini melibatkan isu kesatuan kerja namun bagi saya tetap memberikan kelebihan kepada pekerja khususnya yang menjadi ahli kesatuan kerja (Trade Union).
Sebelum pindaan, isu yang boleh dibangkitkan oleh kesatuan kerja dalam perbincangan dengan majikan hanyalah mengenai kenaikan pangkat sahaja.
Dengan pindaan ini, kesatuan kerja boleh membangkitkan isu-isu berikut:

a.pertukaran
b.pengambilan pekerja
c.penamatan disebabkan lebihan pekerja
d.pembuangan kerja
e.pengagihan tugas.
KEBAIKAN

Dengan membolehkan kesatuan kerja membangkitkan isu-isu di atas dalam perbincangan, ini sudah pasti akan lebih menjaga kebajikan dan hak para pekerja yang menjadi ahli kesatuan kerja tersebut.
Semoga bermanfaat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Nas Rahman

Nas Rahman Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @MNasruddin_AR

10 Jul 19
KES BUNUH PELAJAR UPNM

Ini adalah sedikit penerangan tentang prosedur kes jenayah secara general di negara kita supaya kita tahu kedudukan dan perjalanan kes UPNM sekarang ini.

Dah sedia? Okay jom.
Keputusan di akhir kes pendakwaan telah ditetapkan pada 31.7.2019. Saya pasti, persoalan yang bermain di minda kita semua sudah pasti adalah, "worait kes dah nak selesai, tak sabar nak tengok budak-budak tu kena hukuman apa". Woa woa nanti dulu ye..
Even selepas 31 Julai nanti, kes ni tetap masih dalam perjalanan di Mahkamah.

EH APA BENDA?? CAKAP 31 JULAI NI KEPUTUSAN KES??
Read 20 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!