, 20 tweets, 3 min read Read on Twitter
KES BUNUH PELAJAR UPNM

Ini adalah sedikit penerangan tentang prosedur kes jenayah secara general di negara kita supaya kita tahu kedudukan dan perjalanan kes UPNM sekarang ini.

Dah sedia? Okay jom.
Keputusan di akhir kes pendakwaan telah ditetapkan pada 31.7.2019. Saya pasti, persoalan yang bermain di minda kita semua sudah pasti adalah, "worait kes dah nak selesai, tak sabar nak tengok budak-budak tu kena hukuman apa". Woa woa nanti dulu ye..
Even selepas 31 Julai nanti, kes ni tetap masih dalam perjalanan di Mahkamah.

EH APA BENDA?? CAKAP 31 JULAI NI KEPUTUSAN KES??
Macam ni, setiap prosedur jenayah selepas Orang Kena Tuduh (OKT) mengaku tidak bersalah dan minta ingin dibicarakan, akan ada 2 peringkat perbicaraan iaitu

1) Peringkat Pendakwaan
2) Peringkat Pembelaan
KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN

Di peringkat ini iaitu pusingan awal, pihak pendakwaan akan memanggil saksi-saksi bagi membuktikan kes prima facie pihak pendakwaan. Ayat mudah dia, Mahkamah nak tengok ada kes ke tak untuk OKT ni didakwa atas satu kesalahan tu.
Jadi prosesnya adalah:

Baca pertuduhan -> OKT tak mengaku bersalah -> Pendakwaan panggil saksi-saksi untuk buktikan kes pendakwaan -> Hujahan kedua-dua pihak di akhir kes pendakwaan
Selepas hujahan di akhir kes pendakwaan, hakim akan tentukan sama ada pihak pendakwaan ni berjaya tak buktikan ada kes ke tak nak dakwa OKT ni?
Jadi, dalam peringkat ini, ada kemungkinan bahawa OKT akan dibebaskan dan terlepas dari disabitkan kesalahan kalau hakim putuskan tiada prima facie kes (Tapi yang ni kalau memang kes tu obvious la OKT tu tak bersalah).
Kemungkinan kedua pulak, Hakim nampak pendakwaan ada prima facie kes, jadi OKT akan dipanggil untuk membela diri. TAPI HARUS DIINGAT, keputusan yang diberikan oleh Hakim masa ni belum lagi jatuh hukuman.
KES DI PERINGKAT PEMBELAAN

Dalam peringkat pembelaan ini, pihak pembelaan iaitu OKT akan memanggil saksi-saksi untuk buktikan yang OKT tak bersalah untuk kesalahan yang didakwa tu. Proses dia sama dengan proses di peringkat pendakwaan:-
Hakim buat keputusan untuk OKT bela diri -> saksi-saksi pembelaan dipanggil -> Hujahan kedua-dua pihak di akhir peringkat pembelaan -> Keputusan sabit kesalahan atau tidak
Haa jadi bila dah lepas kes pembelaan inilah baru Hakim boleh putuskan sama ada OKT disabitkan dengan kesalahan itu atau tidak. Dan kat sini jugaklah baru kita akan dapat tahu hukuman yang dikenakan seperti yang diperuntukkan dengan kesalahan tu.
Dalam kes UPNM, kes masih berada dalam peringkat pendakwaan. Baru first round. 31 Julai ini adalah keputusan untuk Yang Arif Hakim putuskan sama ada keenam-enam OKT tu perlu dipanggil untuk membela diri mereka atau tidak. Yang pasti belum disabitkan bersalah atau jatuh hukum ye.
Kalau Yang Arif Hakim putuskan Pendakwaan berjaya buktikan ada kes prima facie, barulah kita akan masuk ke pusingan kedua di mana OKT-OKT perlu panggil saksi-saksi diorang pulak bagi membela diri.
Hanya selepas peringkat ini barulah Yang Arif Hakim akan bagi keputusan sama ada OKT-OKT bersalah atau tidak.
Analoginya, kalau Pendakwaan berjaya buktikan prima facie kes ni macam satu pasukan bola baru dapat sepakan penalti la.
Sama ada pasukan tu berjaya jaringkan gol dari penalti yang dapat tu atau tidak samalah dengan keadaan di akhir peringkat pembelaan. Sama ada OKT-OKT berjaya membela diri mereka atau tidak.
Jadi, harapnya semua boleh faham ye keputusan pada 31 Julai ni baru keputusan untuk first round. Ada kemungkinan besar kita akan pegi ke second round.
Masa tu jangan pulak terkejut dan marah-marah Mahkamah kenapa kes ni masih tak selesai-selesai lagi, hari tu cakap dah ada keputusan. Haa jangan macam tu ye. Kes ini masih di peringkat pendakwaan. Belum sampai ke peringkat pembelaan lagi.
Mana-mana rakan peguam atau Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang ada di Twitterjaya yang ingin tambah atau betulkan kalau ada salah, dipersilakan ya. Supaya masyarakat lebih jelas dengan sistem dan proses perbicaraan jenayah di Malaysia.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Nas Rahman
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!