Saya telah menerima pelbagai mesej video pesakit #COVID19 dengan pelbagai teori.Ada menyatakan tidak mengalami symptom dan ada yang menyatakan symptom mereka begitu teruk sehingga tidak boleh bernafas.Saya ingin menjelaskan hakikat yang perlu masyarakat tahu (ini adalah bebenang)
1.Pesakit yang mengalami #COVID19Msia boleh dikategorikan kepada 5- dari pesakit yang tiada symptom (asymptomatic- Tahap 1) sehingga yang memerlukan bantuan pernafasan (Tahap 5). Seperti kluster Tahfiz- ramai (≈70% asymptomatic) dan 30% yang mempunyai symptom (Tahap 2 ke atas)
2.Walaupun ada beberapa tahap, kami tidak boleh menjangka siapa yang akan kena tahap yang mana. Cuma yang kami tahu- orang yang berumur dan orang yang mempunyai masalah kesihatan (kencing manis, darah tinggi dsb) yang berisiko untuk menjangkiti Tahap yang tinggi.
3. Apa yg kita perlu faham adalah bahawa,pesakit Tahap1,walaupun tiada symptom,masih perlu dikuarantin.Kenapa?
4. Kerana mereka sudah dijangkiti&boleh menjangkiti orang lain walaupun mereka tiada symptom.Jikalau mereka bersin/terbatuk-mereka masih boleh menjangkiti orang lain
5.Orang yang dijangkiti, tidak semestinya mempunyai jangkitan Tahap 1- malah jika orang yang dijangkiti itu mempunyai darah tinggi atau kencing manis, mereka boleh dijangkiti dengan tahap 1-5.
6.Jadi jika seorang yang tidak mengetahui mereka ada COVID-19 (Tahap 1) berjumpa dengan orang yang lebih tua (berisiko), mereka boleh menjangkiti mereka dan jangkitan mungkin lebih serius daripada orang yang menjangkiti mereka.
7.Apa yang perlu dipertimbangkan adalah kita ingin mengelakkan daripada orang yang berisiko untuk menjangkiti COVID19
8.Juga perlu di faham- ada ramai masyarakat Malaysia yang tidak ketahui status kesihatan mereka (tidak mengetahui mereka ada kencing manis/darah tinggi dsb)
9.Oleh itu masyarakat perlu prihatin terhadap SOP- pakai masker, jejak fizikal, kebersihan tangan supaya mereka tidak dijangkiti dan mengelakkan orang lain daripada dijangkiti terutamanya orang yang berisiko tinggi
10.Mengamalkan SOP bukan sahaja akan menyelamatkan diri sendiri daripada jangkitan tetapi juga melindungi orang lain.
Justeru, pengambilan vaksin menjadi sangat mustahak. Tiada yang Selamat sehingga kesemua rakyat Selamat.
Kita juga perlu ingat bahawa jika kita terdedah kepada orang yg+ve,tidak perlu untuk buat test serta-merta.Apa yg perlu dibuat adalah kuarantin&buat ujian selepas hari ke-5,kecuali ada simptom sebelum time ujian itu di buat.Sila lapor kepada Pej Kesihatan berdekatan jika anda
adalah kontak rapat. Ini adalah untuk pengetahuan mereka untuk mensihati anda apa langkah seterusnya.
Kenapa tidak perlu buat test serta-merta? kerana virus itu memerlukan masa dalam 5-10 hari untuk membiak di dalam badan manusia sebelum ia boleh menjadikan seseorang itu menjangkiti orang lain semasa batuk/bersin. Oleh sebab itu, walaupun test -ve selepas 5-10 hari, disyorkan
amalkan langkah-langkah pencegahan terutamanya pakai masker, jejak fizikal dan pencucian tangan dengan sabun.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh