Semalam saya ada pesakit muda, buah pinggang sudah rosak, tahap 5. EGFR dalam 6ml/min/1.73m2. Creatinine dalam 860 (normal ~ bawah 100).
Kami berbincang, tentang rawatan transplan dan dialisis. Beliau belum bersedia, walaubagaimanapun beliau tidak menolak.
Gambar hiasan.
Saya memahami beliau dan menerima keputusan beliau dengan terbuka. Kami lantas membincangkan isu-isu bagaimana untuk lambatkan permulaan dialisis. Dan juga bagaimana caranya untuk mengelakkan keadaan jadi sangat teruk.
Seronok berbincang dengan pesakit macam ini. Kami bincang lagi pelan untuk beliau dan sama-sama setuju untuk mengharungi penyakit kronik ini bersama.
You trust your patient,
Your patient will trust you,
InsyaAllah.
Bukan semua doktor di Malaysia bersikap paternalistik.
Pesakit kita ramai mempercayai doktor dan menyerahkan keputusan kepada pihak professional. Mungkin sebab itu nampak doktor jadi paternalistik.
Alhamdulillah saya nampak pertukaran positif☺️.
Shared decision making.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Didalam pusat dialisis
- Pelitup muka staf dan pesakit
- Pemantauan rapi
- Pengasingan jika positif atau berisiko (PUI)
- Jangan berdekatan antara satu sama lain (crowding)
- Jika komuniti ramai pesakit covid, mungkin perlu ujian berkala.
- Jangan berkongsi pengangkutan
- Selalu menjaga kebersihan
Di komuniti:
- sentiasa jauhi risiko jangkitan.
- memberi nasihat kesihatan pesakit dan keluarga.
- kekalkan SOP.
- kemungkinan ujian berkala
Sedih saya mendengar suara-suara sumbang yang marah kenapa elaun mereka tidak dibayar. Sibuk sangat ke doktor-doktor muda ini sampai tiada masa nak ke pejabat🤦♀️. Jenguk-jenguk lah kakak-kakak di ofis yang semuanya nak menolong anda.
Tapi kalau anda jenis yang meminta-minta, mengharapkan bulan bintang emas jatuh ke riba, pada saya anda tidak layak dapat apa-apa pun.
Ramai doktor-doktor lupa, mereka di pejabat pentadbiran ini adalah tulang belakang sebenarnya.
They are my forever unsung heroes & heroines.
Dari saya Houseman, MO, specialist, pakar klinikal, pakar perunding: mereka sangat-sangat baik. Merekalah yang menolong saya buat claims, claim allowance dsb. Surat menyurat, permohonan naik pangkat- mereka yang jaga. Sebab itu, alhamdulillah semuanya dapat dan tepat pada masanya
Ramai yang bertanya tentang rawatan susulan dan ubat-ubat dan sebagainya semasa tempoh perintah kawalan perjalanan ini. Seperti saya, Pakar-pakar Nefrologi masih meneruskan kerja dan meneruskan perkhidmatan seperti biasa.
Walaubagaimanapun, kemungkinan ada pesakit yang telah ditelefon oleh hospital untuk anjakkan temujanji. Ini dibuat untuk kepentingan anda juga; untuk mengurangkan risiko anda. Mereka yang mempunyai penyakit kronik (co-morbids) adalah golongan berisiko tinggi.
Saranan saya: 1. Untuk yg telah menerima panggilan telefon untuk temujanji baru, ikut sahaja. Pastikan bincang bagaimana nak dapatkan ubat2 anda. Jabatan Farmasi ada mengeluarkan panduan tatacara. Setiap hospital mungkin lain sedikit bergantung kepada keperluan masyarakat.