Kenapa nak senaraikan syarikat di pasaran saham? Why u want to go for public? Why IPO?
Banyak sebab kenapa company nak go for public.
majoriti yg nak go for public sebab nak funding, business expansion, nak dapat status public listed to get more business, etc.
Ini threadnya.
ada yg nak go for public sebab investor asal nak jual pegangan diaorang. mungkin posisi besar yang tak mampu dibayar balik oleh founder. contohnya, kalau khazanah ada pegangan dalam syarikat tertentu, atau Ekuinas yang ada pegangan dalam al-ikhsan atau tony roma.
so mereka akan mencari funder lain melalui merger and acquisition, public listed etc.
biasanya, bila masuk IPO, founder kena ingatlah. it is no longer sdn bhd yang boleh buat keputusan ikut suka hati kan. now, being public listed companies, some of the controlling kena let go.
Everything u do, ada tadbir urus dia. nak spend for capex, nak spend anything kena dapat approval from board, shareholder. Semua nak kena public kan laporan kewangan, transparency. ada AGM. Nak kena bayar dividend, nak kena vote resolusi.
Those business yg takde keperluan for funding, tak perlu lah go for public. If you can survive using financing from the banks or private funder, go ahead lah & retain the status quo.
Itulah yg berlaku kepada mcm Zaitun industries itu, serious violation of corporate governance.
Tapi being public listed companies ada kelebihan dan juga kekurangan.
Kes Apple dahulu, Steve Job pernah kena tendang keluar dari syarikat sendiri yg dia tubuhkan. But he came back.
Kes Sapura Energy, founder dia, hampir dilucutkan jawatan CEO oleh KWSP sebab tak memenuhi KPI tapi nasib baiklah resolusi tak berjaya. tapi KWSP melupuskan posisi mereka sebagai pemegang saham substantial.
Walaupun mungkin founder jadi controlling shareholder, demokrasi dalam tadbir urus, founder tak leh buat sesuka hati. kalau ini tak boleh nak let go, better dont go for public.
Contohnya, Ramly burger, walaupun revenue jualan mencecah 1 billion, tetapi mungkin tak lihat keperluan utk for more global expansion or to increase production at large scale. atau kicap kipas udang yg jualannya mencecah 100 juta yg masih mahu mengekalkan status quo sdn bhd.
Pun begitu, yang dah go for public, they can reverse the status by privatization. Macam yang berlaku kepada kebanyakan family business-owned kat bursa, kes Mamee contohnya, pemiliknya telah menurunkan semula penyenaraian dari KLCI.
By being a public listed company, ia adalah satu status dan pengiktirafan. syarikat pembekal atau customer akan melihat status ini sebagai satu kepercayaan, brand trust.
Sudah tentu, bila pegangan saham dijual beli dalam pasaran terbuka, terdedah kepada manipulasi, harga saham turun naik, kena ikut peraturan tadbir urus, pengambilahan, penggabungan dsb.
Farm fresh pun mungkin nak go for public tapi tergendala disebabkan covid. Di belakang farm fresh adalah khazanah dengan pegangan 30%. jadi, mungkin khazanah nak divest kan pegang mereka.
Ekuinas dahulu ada burger king kemudian jual kepada found Speed mart dgn harga 74 juta.
MRDIY sebelum penyenaraian, pemegang saham terbesar adalah Creador Funds dan Platinum Alphabet. When going public, these private shareholder akan mendapat manfaat besar. Ini antara sebab juga kenapa private shareholder nak syarikat go for public.
samada juga kedudukan khazanah ketika melabur dalam ALIBABA sebelum disenaraikan dalam NYSE, bila disenaraikan, Khazanah untung besar dalam pelaburan ALIBABA.
Kenapa TESLA tidak mahu menerima bitcoin lagi sbg mode of payment? Smlm elon tweet bhw TESLA belum lagi menjual BTC mereka. alasan elon musk, BTC mining dilakukan dgn menggunakan tenaga yg tidak mesra alam. benarkah sedemikian?
ini adalah bebenangnya.
Elon Musk bukanlah org pertama yg berpendirian sedemikian. Sblm ni Kevin o Leary shark tank panelist juga tidak mahu menerima BTC dari china kerana ia dilombong menggunakan tenaga yg mencemarkan alam.
Dlm masa yg sama, kalau dikaji dgn mendalam, lebih 78% bitcoin sebenarnya dihasilkan dari renewal energy. Jadi, kenyataan mengatakan bitcoin tidak mesra alam dan dihasilkan dgn fossil fuel atau coal sebenarnya tidaklah tepat.
malahan, kita boleh trace BTC coin dari negara mana.
Sessi perbincangan pasal perniagaan francais semalam bersama @magmalaya@BaqirNajh
Thread Persoalan tentang Perusahaan stesen minyak: 1. Perusahaan stesen minyak tidak termasuk dlm industri francais malaysia
2. Min Paid up capital min 350k + cash security deposit deposit 150k
minimum paid up capital bergantung kpd syarikat minyak di malaysia (ie petronas, shell, petron, BHP etc).
Maybank menyediakan penyediaan pembiayaan modal up to RM500k (dgn sokongan retailers business oil n gas).
Business model:
1. CODO - company own dealer operate
Site belong to oil companies (petronas/shell/etc), dealer will operate. Mostly stesen minyak kat malaysia adalah CODO especially kwsn lembah klang. Dealer kena bayar sewa site kpd syarikat.
Semalam saham alibaba menjunam kerana di atas tuduhan monopoli e-commerce di china & disiasat bawah undang-undang anti monopoli. Sebelum ini IPO syarikat bersekutu alibaba (30% pegangan Ant Group) digantung kerana tidak mematuhi standard kewangan yg ditetapkan oleh kerajaan china
Pukulan kedua disiasat bawah anti-trust law.
Walau bagaimanapun, saya optimis bahawa: 1. Banyak syarikat di siasat sebelum ini seperti google, facebook, apple tetapi kembali kepada selepas melakukan pembaikan dan mematuhi undang2 yg ditetapkan
2. Microsoft juga disaman di US krn anti-trust law di US & microsoft kalah pd tahun 2001 3. Google juga dituduh melakukan benda yg sama 4. Amazon dituduh melakukan kesalahan yg sama di EU.
Temporary set back perkara sebegini berita buruk, akan menyebabkan share price plunged.
Semasa Tan Sri Zeti membentangkan laporan portfolio ASB semalam, terdapat data-data yang penting yang perlu diketahui ramai orang.
ASB telah meningkatkan pendedahan fund kepada saham global dari 3.6% (2019) kepada 5.9% (2020), fixed income 4.2% (2019) kepada 6.3% (2020).
Ekuiti domestik masih lagi core kepada ASB yang mewakili 72% keseluruhan portfolio ASB.
Oleh sebab itulah, pendapatan ASB tidak berapa
memberansangkan kerana pencapaian local equity tidak begitu baik pada ketika ini. Hanya naik 4-5% sahaja indeks KLCI.
Remember, 50% ekuiti domestik dalam ASB adalah saham indeks.
Pendapatan ASB dari ekuiti tempatan menjunam dari 72% (2019) kepada 59.8% (2020). Yield ekuiti domestik hanya sekitar 3.0%
Kebersamaan antara Warren Buffett, Jack Ma dan Elon Musk:
- Mereka mencari pelabur yang percaya dalam visi dan misi perniagaan mereka.
- Mereka tidak mahu pelabur jangka pendek yang beli dan jual dalam masa singkat
- Mereka tidak takut terhadap pelabur yang tidak percaya dengan visi dan misi mereka dan menyuruh mereka jangan membeli saham mereka
- Fokus pada perniagaan, bukan pada harga saham yang turun naik
- Saham yang bergerak aktif adalah pencuri semangat keusahawanan
- Itulah sebabnya polisi Warren Buffett tidak melakukan split exercise utk Berkshire Hathaway stock kerana beliau percaya tindakan tersebut akan menarik pembeli saham yang bersifat "short term"
- Jack Ma selalu sebut, Pelanggan adalah no. 1, pekerja no.2 dan pemegang saham no. 3