Menggigil-gigil tangan ni tiap kali terpaksa cucuk salur darah bayi yang baru je berusia beberapa hari.

Ikutkan memang tak sampai hati tapi terpaksa jugak buat sebab nak kena confirmkan penyakit dan mulakan rawatan secepat mungkin.
Halus sangat uratnya. Kadang tu baru tekan sikit jarum kat kulit dah bengkak lebam. Sampaikan ada baby yang kami terpaksa cucuk kat kaki sebab dah terlampau susah nak cari salur darah yang sesuai kat bahagian lain.
Kebanyakan kes bayi yang dah pulang ke rumah beberapa hari lepas tu kena admit masuk wad balik biasanya sebab terkena jangkitan kuman.

Dan antara tempat paling mudah dapat jangkitan kuman ialah pada tali pusat bayi kita!
Ini tanda biasa yang kami jumpa pada tali pusat bayi yang terkena jangkitan kuman:

👉 Tali pusat tu dan kawasan sekeliling jadi merah merah

👉 Ada jugak sampai jadi bengkak luar biasa kat situ

👉 Nanah kuning atau cairan berwarna meleleh keluar dari tali pusat
👉 Kadang tu tak ada nanah pun tapi tali pusat tu berbau busuk

👉 Bayi tiba-tiba je demam tinggi

👉 Bayi enggan menyusu dan nampak lemah

Jika baby ada tanda-tanda ni, kena cepat-cepat bawa ke klinik kesihatan atau hospital terdekat.
Kita takut kalau terlewat, jangkitan pada tali pusat anak kita tu boleh merebak ke dalam darah akhirnya menjejaskan fungsi organ penting dalam badan.

Waktu tu nyawa si comel pun boleh melayang!
Sebab tu saya harap sangat mak ayah yang baru terima cahaya mata, tolonglah hati-hati. Jangan sampai terbuat 7 benda ni kalau tak nak tali pusat anak kita tu terkena jangkitan:

❌ Tolong jangan sampai tertutup sekali bahagian tali pusat masa pakaikan pampers dekat bayi kita.
Najis dan air kencing anak kalau terkena kat tempat tu boleh jadi punca jangkitan kuman.

❌ Tolong jangan biarkan kawasan tali pusat tu dalam keadaan lembab. Tiap kali lepas mandi atau tukar lampin, terus bersihkan dan keringkan sekali.
Kuman suka sangat membiak kat situ kalau selalu basah dan lembab.

❌ Tolong jangan letak apa-apa ubat kecuali ubat yang dapat masa keluar hospital.
Cukup gunakan kapas bersih dan basahkan sedikit dengan air bersih atau cecair yang dibekalkan tadi masa nak bersihkan kawasan keliling pusat bayi tu.

❌ Tolong jangan sesekali berani sentuh bahagian tali pusat tu kalau belum cuci tangan dulu.
Kita tak nampak kuman jenis apa yang bersepah kat tapak tangan kita ni. Imuniti kita mungkinlah kuat kalau terkena jangkitan kuman tu tapi bayi tak.

❌ Tolong jangan ditarik-tarik tali pusat tu nak paksa tanggal cepat cepat. Tak pasal-pasal nanti berlaku pendarahan dari situ.
Selalunya dalam 3-10 hari tali pusat tu automatik akan luruh sendiri.

❌ Tolong jangan sesuka hati sapu bedak/ losyen / minyak gamat kat kawasan tali pusat tu.
❌ Tolong jangan saja-saja duk simpan tali pusat tu kalau dah luruh. Kadang ada yang kata konon nak buat kenangan la apa. Sebaiknya untuk orang Islam lepas je tali pusat luruh terus je tanam jika dah tak ada apa-apa kepentingan.
Sepatutnya semua mak ayah yang tengah tunggu nak sambut cahaya mata atau baru je terima kelahiran wajib kena tahu ilmu mahal ni.
Lepas je korang baca ni, tolong saya #kongsikan pada mak ayah yang lain ya. Kesian sangat tengok si comel umur baru je berapa hari dah kena cucuk dan admit masuk wad sebab terkena jangkitan kuman kat tali pusat macam ni.
Jemput ke Telegram saya supaya mak ayah tak terlepas tips/ilmu/info mahal untuk kesihatan anak anak yang kita sayang.

t.me/notaALB
Ini link ke Tiktok saya ya

tiktok.com/@dr_luqman?lan…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Luqman Bukhari

Ahmad Luqman Bukhari Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @drluqman

9 Feb
Sekarang ni anak-anak kita asyik duk berkurung dalam rumah. Tak ada pergi mana-mana pun. Tapi tetap kami masih jumpa ramai budak yang sakit, demam, batuk dan selsema. Image
Kalau nak kata berjangkit, orang lain kat rumah sihat belaka.

Kawan-kawan yang bertugas di klinik kesihatan pun beritahu perkara yang sama.

Ada kanak-kanak yang keadaannya teruk sangat hingga terpaksa kami rawat di bahagian kecemasan hospital.
Sedih sangat. Itu sebenarnya tanda imuniti badan anak-anak kita dah terlampau lemah.

Puncanya sebab kita masih lagi simpan stok junk food dekat rumah. Dan itu yang anak duk hadap hari-hari.
Read 11 tweets
6 Feb
Tolong jangan buat tak tahu kalau anak mengadu gatal dekat bahagian dubur!

Banyak dah kes macam ni berlaku sebelum ni. Awalnya kanak-kanak tu setakat mengadu gatal. Tapi disebabkan tak ada siapa yang ambil endah, lama kelamaan simptom jadi makin teruk. Image
Ada yang perangai berubah tiba-tiba asyik mengamuk. Muka pun pucat je dan kerap menangis sebab sakit perut. Rupa-rupanya bila dibawa periksa anak tu sedang mengalami jangkitan cacing.

Itu mungkin kira okay lagi.
Ada kes yang lagi menyeramkan sampai terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan hospital. Baru je lagi berlaku tahun lepas.

Ikutkan apa yang diberitahu oleh doktor yang merawat budak tu, awalnya dia cuma mengadu demam dan susah nak berak.
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!