Sekarang ni anak-anak kita asyik duk berkurung dalam rumah. Tak ada pergi mana-mana pun. Tapi tetap kami masih jumpa ramai budak yang sakit, demam, batuk dan selsema.
Kalau nak kata berjangkit, orang lain kat rumah sihat belaka.

Kawan-kawan yang bertugas di klinik kesihatan pun beritahu perkara yang sama.

Ada kanak-kanak yang keadaannya teruk sangat hingga terpaksa kami rawat di bahagian kecemasan hospital.
Sedih sangat. Itu sebenarnya tanda imuniti badan anak-anak kita dah terlampau lemah.

Puncanya sebab kita masih lagi simpan stok junk food dekat rumah. Dan itu yang anak duk hadap hari-hari.
- Jajan
- Keropok
- Mi segera
- Air kotak
- Gula-gula
- Coklat
- Minuman dalam tin
- Air gas

Semua makanan tu tak ada zat dan nutrisi penting.
Ada kajian daripada pemenang hadiah Nobel, Linus Pauling, dia beritahu yang pengambilan gula berlebihan sebenarnya akan beri effect besar pada proses penyerapan vitamin C dekat usus manusia.
Proses tu terganggu dan berkurangan kerana kandungan gula yang tinggi dalam makanan dan minuman.

Sia-sia je kita beri anak diet buah yang ada vitamin C, tapi dalam masa sama kita beri juga junk food sebab badan tak mampu nak serap zat tu.
Akhirnya sistem pertahanan badan anak jadi merosot dan imuniti makin lemah. Mudah benar jatuh sakit. Hatta dekat dalam rumah sendiri!

Tolong ya. Mak ayah kena revise balik apa yang kita suap masuk dalam badan anak.
Saya risau sangat bila lihat ada kanak kanak yang terpaksa dibawa ke hospital, ke klinik, waktu wabak teruk macam ni. Takut-takut tak bernasib baik, terbawa balik virus berbahaya ke rumah.
Saya betul-betul nak sedarkan semua parent tentang hal ni.

Bantu saya #share info ni pada mak ayah yang lain ya. Harapnya kita semua dapat kuatkan imuniti badan anak pada waktu genting sekarang ni.
Kawan-kawan yang nak follow nota kesihatan anak kecil yang lain, klik je kat sini: t.me/notaALB .
Ini link ke Tiktok saya ya tiktok.com/@dr_luqman?lan…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Luqman Bukhari

Ahmad Luqman Bukhari Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @drluqman

8 Feb
Menggigil-gigil tangan ni tiap kali terpaksa cucuk salur darah bayi yang baru je berusia beberapa hari.

Ikutkan memang tak sampai hati tapi terpaksa jugak buat sebab nak kena confirmkan penyakit dan mulakan rawatan secepat mungkin.
Halus sangat uratnya. Kadang tu baru tekan sikit jarum kat kulit dah bengkak lebam. Sampaikan ada baby yang kami terpaksa cucuk kat kaki sebab dah terlampau susah nak cari salur darah yang sesuai kat bahagian lain.
Kebanyakan kes bayi yang dah pulang ke rumah beberapa hari lepas tu kena admit masuk wad balik biasanya sebab terkena jangkitan kuman.

Dan antara tempat paling mudah dapat jangkitan kuman ialah pada tali pusat bayi kita!
Read 17 tweets
6 Feb
Tolong jangan buat tak tahu kalau anak mengadu gatal dekat bahagian dubur!

Banyak dah kes macam ni berlaku sebelum ni. Awalnya kanak-kanak tu setakat mengadu gatal. Tapi disebabkan tak ada siapa yang ambil endah, lama kelamaan simptom jadi makin teruk. Image
Ada yang perangai berubah tiba-tiba asyik mengamuk. Muka pun pucat je dan kerap menangis sebab sakit perut. Rupa-rupanya bila dibawa periksa anak tu sedang mengalami jangkitan cacing.

Itu mungkin kira okay lagi.
Ada kes yang lagi menyeramkan sampai terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan hospital. Baru je lagi berlaku tahun lepas.

Ikutkan apa yang diberitahu oleh doktor yang merawat budak tu, awalnya dia cuma mengadu demam dan susah nak berak.
Read 9 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!