Hampir 4 tahun. Sepi tak bersiul, sunyi tak berkicau. Kami menelaah ruangan ‘explore’ dengan carian ‘seramshit’, menghayati kerinduan ramai akan kenangan pada era seramshit 2013 - 2017. Mini love kami titipkan kepada kalian, yang masih percaya dan setia.
Perubahan ‘tendency’, turut memainkan peranan kepada konsep pembawaan kami. Jika dulu, pengikut akaun ini ada yang masih bersekolah, belajar di institusi, dan sebagainya. Pembawaan dahulu lebih santai dan bersahaja.
Hari ini, ramai antara kalian sudah pun selesai bergraduasi, ada yang bekerja bahkan ada yang telah mendirikan rumah tangga. Sungguh masa bergerak sangat pantas. Untuk itu, konsep pembawaan kami juga harus seiring dengan evolusi. Cuba hadir dengan lebih ilmiah dan penuh bermakna.
Kaedah curator juga salah satu fokus utama yang telah kami teliti dan bicarakan. Mungkin selepas ini, jika ada kisah dan cerita yang mahu dikongsi, kami terbuka untuk menerimanya melalui email, kemudian akan menaikkan hantaran kalian beserta kredit penuh kepada empunya cerita
Kami kembali pada era pandemik, cuba untuk berikan yang terbaik kepada kalian. Disebalik sukar hari ini, sekurangnya ada ruang kecil untuk kita berkongsi rasa dan cerita, lantas menilai kehidupan ini pada sudut yang lebih bermakna.
Jika tidak keberatan, retweet hantaran ini. Cerita pengalaman kalian melayan kisah dan cerita di seramshit dahulu. Sertakan tanda pagar #seramshit .
Beri kami semangat dan momentum untuk bina dan bergerak semula. Salam rindu.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Pengalaman seram ketika menjadi fasilitator. Ini adalah thread.
Pengalaman ini dikongsi kelmarin melalui email seramshit. Empunya cerita tidak berminat untuk dikreditkan media sosialnya. Sebaliknya lebih gemar untuk dikenali dengan nama pena ‘Din Aqasya’.
'Luahan dinding' Penjara Pudu, kata hati yang paling ikhlas, daripada mereka yang tahu bila waktunya untuk pergi. Ini adalah thread.
Terdapat sebuah kumpulan fb dengan ahli mencecah setengah juta, “Malaysia Dulu Dulu Official”, berkisarkan nostalgia dan peristiwa yg pernah berlaku di tanah air kita.
Salah satu hantaran popular yang menarik perhatian kami adalah berkenaan luahan dinding para banduan yg menghabiskan sisa hidup mereka meringkuk di penjara ini.