Profile picture
, 49 tweets, 7 min read Read on Twitter
Ok. Cerita kali ni berkenaan Budak dan Sixth Sense. Bukan pasal band lagu mendayu-dayu tu. Bukan! Ni real pasal budak kecik.
Amsyar Malek, pelajar jurusan kulinari yang gemar memasak sedang berbaring dan memicit-micit talipon bimbit meretweet gambar makwe-makwe cantik.

Kelihatan Amsyar Malek begitu komited melayan makwe-makwe di Twitter.
Sedang dia tersengih-sengih sebab berjaya menarik perhatian seorang makwe, ibunya menjerkah di muka pintu.

"Amsyar Malek anak ibu. Kenapa tak tidur lagi ni nak?" Begitu asli sifat keibuan terpancar.
"Oh. Takde apa la ibu. Saje baca nota sejarah dekat portal isu semasa ni. Seronok. Kisah Tamadun Rom."

"Wah. Bagusnya anak ibu."

"Hehe." Amsyar Malek tersipu akibat dipuji.
"Amsyar. Ni tengah cuti sem kan? Nak cari duit poket tak?" Ibu Amsyar semacam memberi sinar yang tiba-tiba muncul.

"Hoh? Ibu nak bagi jon tweet berbayar ke?"

"Bukanlah! Kamu tahu tak Uncle John?"
"Hah. Kenapa dengan dia ibu?"

"Dia mintak tolong kamu jaga anak dia. Si Anuar tu."

"Anuar? Anak dia yang umur 7 tahun tu? Pelik jugak ya Uncle John. Kenapa nama anak dia bukan Rayyan?" Amsyar Malek curious.
"Eh! Suka hati Uncle John la. Tu anak dia. Bukan anak kamu."

"Ok lah ibu. Takde hal la jaga anak dia. Boleh juga Amsyar training jaga budak."

Maka termetrailah janji Amsyar Malek untuk menjaga Anuar, anak Uncle John. Ibunya tersenyum merestui.
Uncle John merupakan seorang usahawan berjaya. Dia mempunyai sebuah banglo besar di hujung taman. Kesibukan Uncle John ke sana-sini serta isterinya, Puan Aina yang kerap ke perjumpaan ibu-ibu, menyebabkan anaknya, Anuar kerap di rumah keseorangan.
Uncle John pun bukannya orang lain. Dia merupakan sepupu bapak Amsyar Malek. Nama dia sebenarnya Reduan. Saja je nak orang panggil Uncle John. Baru cool.

Uncle John juga menerapkan gaya hidup orang puteh, lantas Anuar juga fasih berbahasa Inggeris walaupun baru 7 tahun.
"Takpe Uncle John. Amsyar boleh jaga Anuar. We'll be ok." Amsyar Malek meyakinkan Uncle John sebelum Uncle John keluar rumah.

"Orait Amsyar. Semua ada kat dapur. Sorry la. Orang gaji Uncle balik kampung. Mak dia baru menang emas Olimpik acara terjun. So diorang nak raikan."
Sebaik melihat Lamboginhi Avantador milik Uncle John beransur pergi, Amsyar Malek menutup pintu rumah dengan tertib dan memandang Anuar.

"Anuar nak makan nasik?"

"Baru pukul 10 la bang. Makan nasik apa."

"Betul jugak. Kita tengok movie la."
Amsyar Malek memasang filem melayu berkualiti tinggi, Kipidap Selamatkan Hari Jadi. Biar Anuar menilai sendiri ketabahan menonton filem melayu.

Rumah banglo sebesar 3 tingkat itu sangat sunyi biarpun baru pukul 10 pagi. Apatah lagi cuma dihuni 3 orang.
Hari pertama dan hari kedua menjaga Anuar berlangsung mudah buat Amsyar Malek. Takde masalah pun. Tengok movie, main game, main sorok-sorok, main masak-masak, main Twitter semua mereka lakukan bagai adik-beradik sehidup semati.
Tapi hari ketiga, lain pula. Uncle John meminta Amsyar Malek jaga sampai malam.

"Malam ni Uncle balik lambat. Sampai 2 pagi kot. Amsyar ok je kan?"

"Ok je uncle. Takde hal la." Amsyar Malek tidak menolak walaupun hatinya meronta nak balik awal. Nak main futsal.
"Abang tau tak. Malam tadi kawan Anuar cakap, dia tak suka abang." Dalam pukul 9 malam, Anuar tiba-tiba bercakap sewaktu mereka bermain poker.

"Kawan? Kawan mana ni? Macamana kawan Anuar kenal abang?" Amsyar Malek hairan.
"Ada la kawan dalam rumah ni. Abang jangan tak tau. Anuar ada sixth sense." Anuar bercakap tanpa emosi sambil meletakkan kad King Diamond.

"Sixth sense?"

"Yes. Im serious. Kawan Anuar cakap dia suruh bagi sixth sense kat abang."
"Aik? Pasal apa pulak nak kasik abang sixth sense?" Amsyar semakin bingung.

"Dia akap dia cakap dia tahu abang suka kumpul barang-barang antik. Why not if I give u that sixth sense?" Anuar bercakap tak melambangkan umur 7 tahun.
Ya. Memang benar Amsyar Malek merupakan pengumpul barang lama dan barang antik. Tapi amat membingungkan macamana Anuar tahu hal kumpul barang antik dan kenapa nak kena bagi dia sixth sense?

Amsyar teguk air liur yang terasa tiada.
"Dia kat mana sekarang?" Amsyar Malek saje nak memancing Anuar.

"Dari tadi dia kat sebelah kita tengok kita main kad." Anuar meniarap tanpa rasa bersalah.

"Mampos!" Amsyar Malek tergumam sendiri. Tangannya menggeletar.
Malam tu berlalu dengan Amsyar Malek menggigil sepanjang malam ibarat orang Eskimo tinggal di dalam iglu. Terasa sangat dia diperhatikan.
"Aku jaga anak buah aku, tapi ada 'benda' lain dekat rumah tu kau tahu?" Amsyar Malek menepuk meja sewaktu dia melepak minum dengan Zul Idris, sahabat karibnya.

"So what? Mintaklah nombor ekor. Kah kah kah!" Zul Idris tak menyatakan sebarang nada serius.
"Otak kau. Seram ngok. Tapi siapa pulak nak jaga dia kalau aku tak jaga." Amsyar Malek masih serba salah.

"Ala. Kau rilek je. Nah nombor telepon bomoh ni. Dia handal. Nama dia Bomoh Losai. Apa-apa kau telepon je bomoh ni." Zul Idris memberi nombor telefon kepada Amsyar Malek.
Esoknya sekali lagi Amsyar Malek bertugas menjaga Anuar. Kali ini Uncle John dan isterinya Puan Aina pergi outstation jauh. Dua hari baru balik.

Amsyar Malek terpaksa merelakan dalam kekosongan hati. Anuar pulak sangat bertenang.
Baru pukul 8 malam, ujian dah muncul. Anuar melepak di tangga sambil ketawa sorang-sorang.

Amsyar Malek bingung. Dia melihat Anuar berpusing-pusing sambil ketawa seorang diri.

"Anuar buat apa ni?"

"Kawan Anuar ni. Dia buat lawak. Hahaha." Anuar riang tanpa serba-salah.
Amsyar Malek mula tak sedap hati. Mana ada sesiapa dekat sini. Cuma dia dan Anuar sahaja.

"Kawan mana ni?"

"Tu kat belakang abang. Dia buat muka macamni. Leher dia ada tocang." Anuar buat kepala teleng jelirkan lidah sambil mata putih sahaja kelihatan.

Amsyar Malek menoleh.
Tiada sesiapa pun dibelakang Amsyar Malek. Peluh mula menitik di dahi.

"Abang! My friend ask you, nak tak sixt sense?" Sekali lagi Anuar menyoal soalan tempohari.
"Sixth sense apa ni. Aduh. Jangan merepek la."

"Ya la. My friend told me yang abang suka barang antik. Mesti nak sixth sense." Anuar tersengih. Amsyar Malek makin tak keruan.

"Hihihi." Anuar ketawa sinis pula.
"Abang. Tocang dekat leher dia tarik dia naik atas siling! Hahaha. Kelakar tau kawan Anuar ni." Anuar mendongak melihat siling yang kosong.

Amsyar Malek mula tak boleh terima situasi ni. Dia berlari masuk ke bilik khas tetamu.
Amsyar Malek keluarkan telefon pintarnya dan menelefon nombor telefon Bomoh Losai yang diberi Zul Idris tempoh hari.

Caller ringtone lagu Noorkumalasari berkumandang menunggu panggilan dijawab.
"Haluu. Bomoh Lossai ke ni?"

"Ya saya."

"Tok. Tolong saya tok. Rumah ni ada hantu!"

"Ok. Bagi lokasi. Tok datang sekarang." Begitu senang berurusan dengan Bomoh Losai.
Sementara menunggu Bomoh Losai tiba, Anuar masuk ke bilik seolah-olah tangannya sedang ditarik seseorang.

"Hahahaha. My friend boleh terbang. Macam Iron Man!" Anuar seronok.

Tiba-tiba Anuar berhenti betul-betul depan Amsyar Malek.
"Abang! Do you wanna sixth sense? Anuar nak bagi ni. My friend suruh bagi." Anuar tersengih.

"Taknak!" Amsyar Malek menggigil-gigil.

"Alaaa. Kan abang suka kumpul barang antik?" Anuar terus tersenyum terus.

"Tak naaaakkk!!" Amsyar Malek lari ke ruang tamu.
Amsyer Malek duduk di sofa sambil memeluk lutut. Malam itu terasa sangat panjang baginya. Mahu sahaja dia lari dan tinggalkan banglo tersebut, tapi nampak sangat tak jantan.

Apa pula perasaan ibunya di rumah? Pasti ibunya kecewa anaknya meninggalkan budak kecik sorang-sorang.
"Abang. Nak sixth sense tak?" Tiba-tiba Anuar berdiri di depannya.

"Taknak!" Amsyar Malek menekup telinga walaupun perbuatan itu sia-sia. Dia tetap boleh dengar.

"My friend kat sebelah tu." Anuar menunjuk sebelah kanan Amsyar Malek.
Tak semena-mena pintu banglo terkuak kencang.

Gedegang!

Kelihatan seorang lelaki separuh umur menendang pintu gaya tendangan sisi. Itulah Bomoh Losai.
"Tok ni Bomoh Losai ke?" Amsyar Malek melompat dari sofa dan dapatkan lelaki itu.

"Ya. Tok la Bomoh Losai."

"Cepat juga tok sampai."

"Tok naik Uber. Mana dia hantu tu?" Bomoh Losai tak mahu berlengah.
"Tu tok! Sebelah budak tu. Tak habis-habis nak bagi saya sixth sense." Amsyar Malek menunjuk ke arah Anuar yang berdiri tersenyum.

"Abang kan kumpul barang lama. Mesti suka sixth sense." Anuar bersuara mendatar.
"Takpe. Biar aku jampi sikit. Biar hantu tu muncul." Bomoh Losai mula bersila.

"Hai semangat muncullah dikau. Kalau api, semaraklah. Kalau air mengalirlah. Kalau angin bertiuplah. Kalau tanah, bergemalah!" Bomoh Losai bermantera sambil tangan terdepa.
"Tak bestnya jampi tok. Patutnya jampilah gini. Manaaa kau campakkan haaatiku hati yang telah kuu berikan padaaaamuuu..." Amsyar Malek beri idea.

Klepek! Kepala Amsyar Malek ditepuk.

"Tu lagu anjing dengar pun lari! Mana hantu nak datang." Marah pulak Bomoh Losai.
Bomoh Losai meneruskan serapahnya memanggil semangat.

"Wuuuuussshhh." angin bertiup kencang dalam rumah

"Hah kau dengar sound effect tu? Tu maksudnya hantu nak datang." Bomoh Losai meyakikan.

"Dia memang ada kat sini. Hihihii. Anuar tersengih menyampuk.
Kemudian tiba-tiba muncul seorang wanita dengan wajah yang sangat hodoh. Kepalanya terteleng. Ada seutas tali melilit di lehernya.

"Hi. I am Erika. I just wanna give sixth sense to this man. Dia kan suka barang antik." Wanita itu mempekenalkan diri.

"Haaa. Ni la kawan Anuar.
"Budak ni tak bersalah. Berambuslah. Rumah ni bukan untuk kau." Bomoh Losai berang. Amsyar Malek berdiam. Boring juga dia takde dialog.

"This is my houseeeee!!!!" Wanita itu menjerit bingit.
"Aduuuh. Hantu omputeh pulak. Kau nak apa ni!?" Bomoh Losai menempik.

"I just wanna give him the sixth sense."

"Dia taknak! Kau jangan paksa." Bomoh Losai mula berang dengan situasi itu. Dia pantang orang memaksa.
"Aku maid dekat rumah dulu sebelum keluarga Anuar pindah ke sini. Aku bunuh diri sebab tak tahan dibuli anak-anak mereka. Tapi aku suka Anuar. Dia tak buli aku." Wanita bersuara kesedihan mendayu.
"Dah tu kenapa kau paksa Amsyar ni untuk terima sixth sense walhal dia taknak?" Bomoh Losai pelik. Dia tak rasa hantu ni akan mengapa-apakan semua manusia dalam rumah tersebut.
"Bukan ke Amsyar Malek suka barang antik? Aku nak bagi la sixth sense ni." Wanita bernama Erika itu menghulukan tangan.

"Ini 6 sen! Bukan sixth sense! Mangkuk!" Bomoh Losai marah sangat.
"Menyesal aku layan korang. Dahlah bayar duit Uber tadi aku takde duit kecik!" Bomoh Losai beredar meninggalkan Amsyar Malek, Anuar dan Erika ersengih-sengih malu.
Begitulah kisah seorang budak dan sixth sense. Seram gila kan? Seram kan? Aku siap bukak YouTube ceramah Ustaz Kazim Elias sebab seram sangat. Trrr trrrr trrrr trrrr.
Tamaaaaat. Seram gila kan? Ok la. Selamat merasa seram dan selamat malam!

Boleh jumpa aku di @_Khuzrin_ untuk lebih keseraman. Awwwwwuuuuuuu.

Babai! Muah ciked. 😘
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Seramshit
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!