Kerja bata (brickwork) ni ada yg baik & ada yg buruk.
Ini contoh yg buruk:
- Simen mortar antara bata tiada.
- Simen mortar tak penuh. Kalau di tapak bina kita panggil "nampak bintang" sebab nampak cahaya dari sebalik dinding di celah-celah bata ni.
Robohkan & buat semula.
Satu lagi komponen penting dalam kerja bata adalah jaringan logam diperluas = "exmet" (Expanded metal).
Kena pasang di setiap 4 lapisan simen mortar.
Ia membantu membentuk dinding bata sebagai sebahagian struktur bangunan dan menyerap getaran & gegaran yg berlaku.
2 perkara di atas dalam kerja bata wajar diberi perhatian oleh pemilik rumah yg melakukan kerja pengubahsuaian dengan melantik pekerja sendiri supaya tidak tertipu & dinding bata kukuh.
Semasa bata pertama hendak diletak atas lantai konkrit pastikan ada getah hitam ni. Ia dipanggil "damp proof course" atau singkatan dia DPC.
DPC berfungsi untuk menegah lembapan meresap secara tindakan kapilari melalui struktur dinding.
Bata merah (clay bricks) atau bata pasir/putih (cement sand brick?
Harga bata pasir paling murah tapi mempunyai "thermal mass" yg rendah yakni dinding cepat panas waktu siang sebab dia serap haba & cepat sejuk waktu malam. Boleh rasa perbezaan antara rumah yg guna 2 bata ni.
Bata merah (clay bricks) di Malaysia kebanyakannya ada sijil SIRIM & Bomba. Bata merah mempunyai had rintangan api selama 2 jam.
👇🏻 Contoh sijil Bomba untuk bata merah dari Ho Brother Bricks Supply Sdn Bhd.
Ada satu lagi jenis bata yg sudah berada lebih dari 10 tahun dipasaran Malaysia, iaitu "Autoclaved Aerated Concrete" atau singkatan popularnya adalah AAC.
Bata AAC diperbuat dari simen, pasir, kapur & "aerating agent".
Secara asas bata AAC 'dibakar' dan "aerating agent" mengembangkan bata AAC sama seperti cara buat roti.
Jenama popular adalah Starken.
Bata AAC sangat besar saiznya. 1 bata/blok = 6 bata merah.
Cara pasang sama macam dinding bata lain.
Kelebihannya adalah ia mengurangkan beban pada struktur dan permukaan sedia ada sudah licin berbanding bata merah & bata pasir.
Ia setara dengan bata merah malahan lebih baik dari aspek tertentu.
Dah buat dinding mesti ada paip air, kabel & konduit elektrik nak ditanam dalam dinding mengikut keperluan sesuatu ruang/bilik.
Dinding bata akan dikikis. Aktiviti ini dipanggil "wall chasing". Kadar dinding boleh dikikis ni adalah tidak lebih dari 1/3 ketebalan bata.
Kalau nak bucu dinding cantik lurus je bila plaster boleh letak "corner beading". Ada pelbagai profile. Nak bucu bulat atau tajam semua ada. Jangan risau, tak bahaya pun sebab ia dibuat dari uPVC.
Yg biasa saya spesifikasi dalam projek adalah dari keluaran Ho Shen Lee
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh