PRESIDEN ABIM HADIRI PEMBUKAAN HARI PERTAMA SEKOLAH JASMINE ASH SHAM.
8 Mac 2021: Presiden ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Sdr. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung ABIM) hadir ke pembukaan hari pertama Pusat Pendidikan Alternatif Jasmine Ash Sham hari ini.
Jasmine Ash Sham merupakan sebuah inisiatif pendidikan dari Malaysia for Syria (MFS), dan ditubuhkan khusus untuk perlarian.
Sekolah kini telah berpindah dari Taman Setiawangsa ke Kemensah Heights dengan kapasiti pelajar yang boleh dimuatkan seramai 110 orang pada satu2 masa.
“Memberi bukan kerana berada, tapi kerana faham rasanya tiada”.
1. Sumbangan seikhlas hati Tuan/Puan boleh disalurkan kepada:
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM):
Bank Islam: 14-023-01-003-252-7
Nabi Muhammad SAW, pd tahun ke 10 pengutusannya, diuji dengan kehilangan 2 org yg bermakna dlm hidupnya: bapa saudara yg membesarkannya, Abu Talib, dan isterinya, Khadijah yg banyak membantu dan bersabar bersamanya di jalan dakwah.
Baginda SAW disakiti penduduk Mekah & Toif hingga Baginda berdoa, “Wahai Allah, hanya kepada-Mu daku mengadu akan lemahnya kekuatanku, kebuntuan usahaku, dan hinanya daku depan manusia. Wahai Yang Maha Kasih antara sekalian yang mengasihi!” (Hadith Riwayat at-Tabrani).
Sebagai kurnia atas keimanan dan kesabaran Baginda SAW, Allah SWT memperlihatkan kuasa-Nya membawa Baginda SAW dari Kota Mekah ke Palestin, lalu menaikkannya menembusi langit ketujuh, dalam tempoh satu malam, malam Israk dan Mikraj, yang penuh dengan keajaiban.
PRESIDEN RASMIKAN SEKRETARIAT SATELIT ABIM PUSAT DI KOLEJ DAR AL-HIKMAH
9 Mac: Presiden ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz & Dr. Salmijah Surif (Ketua Eksekutif KDH) telah merasmikan Sekretariat Satelit ABIM Pusat yang beralamat di KDH, Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Bertapak sejak 2016 & hari ini secara rasmi diteguhkan keberadaannya dgn papan tanda sbg penanda komitmen & kebersamaan.
Mudah-mudahan penanda kecil ini menjadi asbab membuka ruang yang lebih besar dan banyak dalam usaha memberi khidmat secara bersama kepada Umat, insya Allah.
Sdr. Faisal menyatakan bahawa, “Inilah tempatnya untuk kita meratakan mesej Pendidikan Al-Hikmah secara meluas dalam masyarakat.”
Sebagai rekod, KDH mula beroperasi pada tahun 1989 dan institusi ini merupakan antara kolej swasta Islam yang terawal ditubuhkan di Malaysia.