Amalan meletakkan tangan diatas ubun-ubun isteri selepas berkahwin adalah warid dalam hadith. Namun amalan ini tidak sepatutnya dilakukan dihadapan khalayak ramai, dengan dikelilingi orang ramai, bahkan ada pula yang mengambil gambar ketika itu.
Melakukan amalam ini dikhalayak ramai sepertinya tidak bertepatan dengan konsep doa yang mempunyai makna izhar al-zillah wa al-maskanah (menzahirkan kedhaifan seorang hamba ketika berdoa kepada Allah SWT).
Nabi SAW sangat mementingkan isu menzahirkan kedhaifan diri ketika berdoa. Antara cara Baginda zahirkan kedhaifan diri adalah dengan mengangkat tangan ketika berdoa, kata Syeikh 'Atiyyah Saqr : "ianya seperti seorang fakir menadah tangan memohon bantuan dari orang lain untuknya".
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang melampaui batas". (Al-A'raf 55)
Kata Ibn Kathir pada lafaz "تَضَرُّعࣰا" : maksudnya menzahirkan kehinaan dan kemiskinan diri ketika memohon doa kepada Allah.
Antara cara zahirkan kedhaifan diri dalam berdoa juga adalah dengan merendahkan suara ketika berdoa. Dalam al-Qur'an, Allah memuji Nabi Zakaria yang menyeru-Nya dengan suara yang rendah :
"(Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu kepada hambaNya Zakaria, ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan...
"...dia merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku, sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu". (Maryam : 2-4)
Antara cara menzahirkan kedhaifan diri juga adalah dengan mengiktiraf dosa kita ketika berdoa kepada Allah. Abu Bakr apabila minta Nabi ajarkan kepadanya sebuah doa, maka kata Nabi SAW :
قل : اللهم إني ظلمت نفسي ظلماً كثيراً، ولا يغفر الذنوب إلا أنت، فاغفر لي مغفرة من عندك..
Maksudnya : "sebutlah : Ya Allah, aku telah zalimi diri aku dengan kezaliman yang besar, dan tiada lah yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau, maka ampunkanlah aku dengan mengampunan-Mu...". (Sahih al-Bukhari)
Padanya ada makna menzahirkan kedhaifan diri ketika berdoa.
Semoga bermanfaat.. biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Semoga Allah merahmati kita semua..
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh