Luthfi Profile picture
23 Mar, 15 tweets, 4 min read
Kawan-kawan, pernah dengar tak cerita :

1. Kereta total loss, loan kereta masih banyak tapi syarikat insurans/takaful bayar pampasan sikit. Terpaksa bayar baki loan

2. Kereta hilang, syarikat takaful settle loan 100% siap dapat duit lebih lagi

Meh saya share sikit info ni
Actually, tak ramai orang tahu tentang perbezaan yg sangat-sangat penting bila kita renew insurans/takaful kenderaan iaitu MARKET VALUE dan AGREED VALUE.

Selalunya apa yang kita pilih adalah Insurans/Takaful yang murah kan? Kita tak pernah ambik port pun pasal Market atau Agreed
Market value :

Andaikata nilai sum covered kenderaan kita RM40-RM50k.

Tapi once kenderaan kita hilang atau total loss, syarikat bayar pampasan ikut nilai semasa

If time tu market value RM35k, then Insurans bayar RM35k la. Syarikat akan bayar ikut jumlah dalam Cover Note
FYI, syarikat Takaful tak kesah pun pasal jumlah loan kita. Yang kisah tentang loan tu adalah diri kita sendiri.

So kalau baki loan bank RM45k, tapi syarikat Takaful bayar RM35k, bermakna kita kena bayar baki RM10k dgn bank.

So hampa rasa Market Value ni macam mana?
Next, Agreed Value :

Syarikat Takaful akan offer nilai sum covered kenderaan kita. Tak banyak syarikat offer Agreed Value ni

Basically, jika ambil Agreed Value, then kereta hilang/total loss, syarikat akan still bayar pampasan ikut Market Value walaupun kita ambil Agreed Value
Then, apa fungsi Agreed Value kalau depa akan bayar ikut Market Value?

Contoh :

Agreed value : RM30k
Market Value : RM20k
Loan : RM25k

Kereta hilang, Takaful akan bayar pampasan min RM20k sahaja

Tapi, since loan kita dgn bank ada RM25k, so Takaful bayar ke bank RM25k. Settle!
Satu contoh kemungkinan kita boleh dapat duit cash :

Agreed value : RM30k
Market Value : RM20k
Baki Loan : RM10k

Takaful still akan bayar pampasan RM20k ikut market value.

Kemudian, bank akan settle loan kita RM10k. So kita dapat balance RM10k di tangan.

Secara teori lah ye
Sejujurnya, ambik Takaful Kenderaan guna insured Agreed Value lebih "secure" jika kereta kita masih baru & loan tinggi.

Walaupun pampasan akan dibayar ikut Market Value, tapi itu adalah nilai minimum.

Kelebihan yang kita ada adalah nilai maksimum untuk cover baki loan kita
Kawan-kawan yang dikasihi, cadangan saya, lepas ni kalau nak renew insurans/takaful kereta tolong la study dulu ye.

Syarikat Takaful offer benefits yang more less the same. Tapi, kita kena ensure :

1. Agreed or Market value?
2. Jumlah baki loan dengan bank

Dua point penting!
Next, PALING PALING PENTING adalah sama ada nak pilih FIRST PARTY ataupun THIRD PARTY?

Apa benda tu?

Nak info lanjut tentang 1st or 3rd party ni boleh baca dalam thread ni ye.

Sampai 31 Mac 2021 ni kalau roadtax & takaful kenderaan dah expired, kita hanya perlu renew takaful sahaja. Roadtax tak perlu renew.

If ada roadblock polis, tunjuk e-Covernote dlm phone atau hardcopy.

Jika anda berminat utk dapatkan free quotation?

Klik wa.me/601159238789
Dah ambik Takaful Kenderaan? Alhamdulillah. Tapi kita kena pastikan diri kita pun ada perlindungan juga ye.

Sayangkan kenderaan, kena sayang diri sendiri jugak. RM85 sebulan je. Kalau bayar setahun terus dapat diskaun hanya RM1,000!

wa.me/601159238789
Just nak tambah few information dalam thread ni berkenaan dengan Agreed Value (AV).

Setiap company ada T&C tersendiri. Ada yang bayar 100% jika ambil AV.

Ada yang kena tambah Rider untuk enjoy benefit AV.

Tapi kebanyakkannya akan bayar 100% nilai AV
Sebelum agree untuk proceed dengan covernote takaful, minta agent share dulu T&C atau details quotation.

Study & fahamkan setiap terma dalam tu agar kita tak harap benda yang tak pasti.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Luthfi

Luthfi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @LuthfiMY

22 Mar
FARAID DAH ADA, BUAT APA NAK BUAT HIBAH & PERANCANGAN PUSAKA LAGI?

Ramai kat luar sana pernah dengar tentang faraid tapi adakah anda tahu faraid itu apa?

Jadi sebelum cerita tentang Faraid, tanya 4 soalan ini kepada diri anda

1. Anda tahu ke siapa waris Faraid anda?

(Thread)
2. Siapa yang berhak atas harta-harta anda?

3. Berapa bahagian yang suami atau isteri, anak lelaki dan anak perempuan anda?

4. Siapakah waris Qadim anda?

Kita tulis jawapan untuk 4 soalan diatas ni dalam sebuah kertas A4.

Nexttttt
Walaupun anda dah dapat jawapan untuk 4 soalan diatas, actually faraid ni "tak berjalan" sendiri

Faraid ni perlukan PENTADBIR

Jadi, walaupun kita dah ada Faraid secara default, tanpa pentadbir, Faraid tu tak boleh dilaksanakan

Masa tengah hidup ni la kita kena lantik Pentadbir
Read 4 tweets
21 Mar
hakikatnya bila berlaku masalah kewangan, orang kita akan buat keputusan untuk stop / surrender pelan insurans/takaful yang dia ada.

tapi sebenarnya jika kita ada masalah kewangan, kita perlukan takaful untuk backup diri kita.

setuju atau tidak? Image
true case, saya ada kawan yang dah carum takaful selama 5 tahun. selama 5 tahun mencarum tu dia istiqamah carum sebab income masih ada.

Allah uji, time PKP last year dia diberhentikan kerja. dia tak ada kerja backup. Dia dapat duit pampasan tapi hanya boleh bertahan 6 bulan.
masa bulan ke 3 tu dia contact saya. walaupun saya bukan ejen dia, dia tanya pendapat saya

"Luthfi, aku dah tak ada duit nak bayar takaful. apa pendapat hang kalau aku stop?"

Saya jawap "cuba stop benda lain. kalau tak ada option lain dah baru stop takaful"

saya diam.
Read 6 tweets
6 Jan
ASET KITA AKAN TERBEKU SETELAH KITA MATI

"Sayang, nak tau tak kalau abang mati, segala aset milik abang akan TERBEKU" kata aku kepada isteri

"Aik? Terbeku? Kan abang dah letak nama sayang sebagai penama?" Jawap isteri dgn nada terkejut.

Tambah dia "Surat mati & nikah kan ada"
Aku jelaskan "kalau semua aset dah TERBEKU, waris kena dapatkan Letter of Administrator (LA) atau Probate untuk cairkan aset yang telah beku"

Isteri mencelah "Bukan ke bagi surat nikah & sijil mati tu dah cukup?"

"Tak, kalau ada wasiat kena dapatkan probate. Tak wasiat kena LA"
"Institusi kewangan perlukan LA atau Probate untuk keluarkan duit dlm akaun yang terbeku & tukar nama aset orang yg telah mati. Tak ada tu depa tak layan" aku tekankan kat dia.

Isteri "La, taktau pulak. Selama ni dengar guna sijil mati je. Lepastu apa planing abang?"
Read 19 tweets
6 Dec 20
"KALAU ABANG MATI....."

Pagi tadi lepas breakfast berbual kosong dgn wife. Mulanya topik Syafiq Ahmad excident. Pastu faraid, wasiat & macam - macam lagi

"Semua ni hukum Allah, bukannya hukum manusia. Ada hikmah Allah buat hukum ni. Cuma kita manusia je yang tak sedar" kata aku
Then, aku pun bercakap pasal diri aku. Harta tak banyak pun. Ada la sikit. Tapi tumpang cerita bab ni, meh abang nak jelaskan satu per satu

"Kalau semalam abang mati, settle lah hutang - hutang abang. Tu yang paling utama"

Dia tengok dengan serius. Lalu dia cakap "Eh abang ni"
Macam mana nak settlekan?

First sekali, guna la duit Takaful abang. Abang letak nama sayang sebagai penerima hibah. Duit tu 100% dapat kat sayang. Tak perlu dah difaraidkan.

Jangan belanja lagi duit tu. Settle semua hutang yang besar dengan bank. Dah settle semua baru belanja.
Read 17 tweets
28 May 20
Tahukah anda, Masjid Al Ghazali, Jalan Depo, Petra Jaya, Kuching merupakan masjid yg dibina dgn sebahagian hasil wang pampasan Insurans 6 beranak yg terkorban akibat tragedi MH17?

Masjid ni bernilai RM3.5 juta

Saya kongsikan bagaimana anda boleh bina masjid sendiri macam ni ImageImageImage
Berkenaan pembinaan masjid berkenaan, sebenarnya idea keluarga hanya nak buat surau je tapi depa tak tahu kat mana nak buat.

Then, dapat tahu tentang ada tapak kosong yg telah pun dapat kelulusan daripada pihak berkuasa tapi taktau bila nak bina.
Kemudian, keluarga arwah terutamanya mak depa setuju untuk bina masjid untuk kegunaan masyarakat setempat. Lepas 4 tahun, pada tahun 2019 masjid tersebut siap untuk digunakan.

Semoga arwah mangsa korban MH17 dapat segala pahala setiap kali masjid tersebut digunakan.
Read 14 tweets
4 Jul 19
NAK MEDICAL CARD ANAK?

DALAM MASA YANG SAMA NAK MENABUNG UNTUK PENDIDIKAN ANAK?

BAJET BULANAN TERHAD?

Mai, ni dia Pelan Simpanan Pendidikan Komprehensif bersama Medical Card adalah jawapannya!

Semua dalam satu.
Pelan Pendidikan Komprehensif ni bagi coverage selama 25 tahun

Eh 25 tahun je? Kenapa tak sampai 80 tahun?

Bila cakap pasal pelan perlindungan anak, sebagai seorang ibu bapa, tanggungjawab kita terhadap anak-anak kalau boleh sehingga akhir hayat. Tu adalah harapan semua parents
Tapi hampa tau tak, tanggung jawab kita hanya terhad sampai umur depa 25 tahun je.

Lepas je 25 tahun, depa boleh la bawak diri sendiri. Time tu dah kerja. Ada yang dah menikah pun. 😂😂

Saya sendiri pun menikah umur 26 tahun huhu
Read 27 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!