Ni antara topik paling hangat dalam #bsgBRC.

Ada yang dah 3 tahun, 5 tahun, 8 tahun buat ‘bisnes’ (b huruf kecil), tapi tak tetapkan gaji sendiri. Konon berkorban untuk ‘bisnes’ (b huruf kecil) tak ambik gaji.

Tapi...

(Thread)
👇👇👇
1. Tapi ROMPAK (semua huruf besar) duit ‘bisnes’ (b huruf kecil) untuk belanja harian peribadi.

Kalau nak bina Bisnes (b huruf besar), disiplinkan diri ambil gaji tetap yang berkadaran dengan kerja & prestasi.

Kenapa?

👇👇👇
2. Ada beberapa sebab. Yang penting ialah:
Supaya bisnes ada duit sendiri. Dan kita tak ambil duit bisnes sebagai peribadi.

Belanja peribadi, gunalah duit sendiri dari duit gaji yang ditetapkan. JANGAN ambil duit bisnes.

👇👇👇
3. Biarlah duit bisnes berkembang untuk (antaranya):
a. Besarkan pusingan modal
b. Besarkan bajet marketing
c. Gajikan staf

Ini duit bisnes. Kalau kena rompak setiap bulan, mana nak datangnya duit untuk a, b & c tadi?

👇👇👇
4. Kalau takde duit untuk perkara 3a, b & c, macam mana bisnes nak berkembang?

No wonder bisnes di tahap sama je (itupun kalau tak makin menurun).

Dah bisnes bertahun-tahun duduk di tempat sama. Sebab setiap bulan kena rompak.

👇👇👇
5. Kalau duit bisnes bercampur duit peribadi, masa nak melabur dalam perkara 3a, b & c tadi, mesti rasa berat!

"Nak tambah bajet marketing ke nak makan sedap? Ah, makan sedaplah. Ini reward diri. Eh, langsir lama tak tukar. Tukar langsirlah!"

👇👇👇
6. Duit bisnes terpaksa bersaing antara keperluan bisnes vs keperluan peribadi.

Dan disebabkan takde disiplin, memang keperluan peribadi yang menang setiap bulan.

Sudahnya, bisnes kebulur.

👇👇👇
7. Jujur dengan diri sendiri:
- Antara keperluan bisnes vs keperluan sendiri
- Antara labur duit bisnes untuk akan datang vs belanja duit untuk diri sendiri sekarang

Memang SENDIRI & SEKARANG yang menang!

👇👇👇
8. Isu ini sebenarnya berpunca dari PENYAKIT yang lebih besar:
- Kita takde perancangan masa depan bisnes yang jelas
- Kita tak berbisnes serius
- Kita takde disiplin kewangan
- Kita tak nampak bisnes sebagai pelaburan -- lebih kepada kantung untuk dirompak

👇👇👇
9. Yang pula berpunca dari PENYAKIT lebih lebih lebih (3 kali ulang) besar:
Kita tak faham pun bisnes tu apa bendanya.

Kita termakan dengan janji bodoh, 'Sampai bila nak makan gaji, buatlah bisnes.'

Kita tak sedar, berbisnes sendiri pun, kena makan gaji jugak.

👇👇👇
10. Yang membawa kepada:
- Tak tambah bajet marketing
- Takde bajet hire staf
- Takde duit pusingan modal

Yang membawa kepada:
Bisnes sangkut tempat sama je.

👇👇👇
11. Fast forward 5 tahun, 10 tahun:
Kita masih di tempat lebih kurang sama.

Bisnes tak berkembang, malah makin sakit.

Nak rompak kantung bisnes pun duitnya dah takde dah.

👇👇👇
12. Asingkan duit syarikat daripada duit sendiri.

Simpan dengan cara sepatutnya lengkap dengan SOP dan prosedur khas. Supaya duit itu tidak digunakan untuk tampung gayahidup kita.

Biarlah duit syarikat guna untuk PERKEMBANGAN syarikat.

👇👇👇
13. Simpan duit bisnes dalam 'peti'. Nak buka 'peti', ada kunci SOP kewangan.

Duit bisnes sendiri pun, nak claim ada prosedur.

Sama macam staf buat claim. Bos pun kena isi borang claim.

👇👇👇
14. Buat SOP kewangan masa tenang & waras.

Lepas tu, IKUT!

Tergoda ke tak tergoda ke, terdesak ke tak terdesak ke... SOP tak kisah semua tu.

Tetap ikut SOP.
SOP tak peduli nak layan emosi turun naik dengan godaan.

👇👇👇
15. "WAJIB ke buat macam ni?"

Tak wajib pun.

Kalau nak selesa buat income tepi boleh ambil suka hati, teruskan macam biasa.

Kalau nak berdisiplin bina bisnes berkembang, sila tetapkan gaji & ada SOP kewangan.

👇👇👇

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with bukhariramli

bukhariramli Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @bukhariramli

22 Mar
Salah satu kemahiran penting dalam hidup tapi kita tak pernah belajar dengan betul ialah: Berfikir!

Penting untuk:
- Cari kebenaran
- Selesaikan masalah
- Buat keputusan dalam hidup

Ada satu alat boleh bantu kita.

Baca...
(Thread)
👇👇👇
1. Alat ini namanya mental model.

Fikiran kita suka meliar entah ke mana.

Mental model ialah koleksi kerangka pemikiran. Supaya pemikiran kita ada struktur jelas.

👇👇👇
2. Kita tak perlu jadi bijak pandai genius.

Mental model boleh bagi rangka supaya kita ‘kurang bodoh’.

(Itu sendiri satu mental model: inversi — terbalikkan pemikiran. Contoh: tak payah jadi pandai, cukup untuk kurangkan bodoh.)

👇👇👇
Read 7 tweets
21 Mar
Harga ni satu benda penting dalam meniaga.

Bukan kita letak ikut suka atau ikut orang.

‘Pricing’ ialah keputusan strategik dalam bisnes. Banyak buku teks tebal kupas hal harga ni.

Sila RT!

Baca...
(Thread)
👇👇👇 Image
1. Apa harga optimum?

Beberapa parameter:
- Maksimakan untung (tak semestinya mahal)
- Maksimakan capaian (tak semestinya murah)
- Tak terlepas pelanggan yang sedia ada mampu & mahu beli
- Tapis pelanggan berkualiti
- Tak meninggalkan ‘duit atas meja’

👇👇👇
2. Contoh:
Saya consult dengan 1 klien. Tier harga paling rendah, kurang pembeli.

Hipotesis:
Pelanggan nak beli, tapi nilai tak kuat.

Ini duit ‘tertinggal atas meja’:
Pelanggan nak beli dah, tapi batal sebab nilai tak kuat.

Rugi!

👇👇👇
Read 8 tweets
17 Mar
PENING DENGAN ILMU BISNES
🤕🤕🤕

Sebab apa kita pening?

Baca...
(Thread pendek)

👇👇👇
1. Kita ikut-ikut orang.

Ketahuilah:
Orang yang kita ikut pun tak pasti hala tuju mereka sendiri.

👇👇👇
2. Kita telan bulat-bulat apa yang kita nampak.

Kita tak berfikir. Semua benda kita nak telan tanpa kunyah. Mana tak sebu perut!

👇👇👇
Read 5 tweets
15 Mar
MUZIK & MAGIK SUPAYA TULISAN SEDAP DIBACA

“Tulisan saya selalu kaku keras. Orang tak suka nak baca.”

Jemput baca tips di bawah...

(Thread pendek pelbagai rentak irama 😎)

👇👇👇 Image
1/

Ayat ini ada lima perkataan. Ini juga ayat lima perkataan. Ayat lima perkataan boleh digunakan. Tapi berulang kali rasa hambar.

Cuba dengar macam mana bunyinya. Tulisan ini jadi makin hambar. Tempo yang sama tak berubah. Macam kaset sangkut lagu sama.

👇👇👇
2/

Telinga kita nak rasa kelainan. Mata kita nak rasa kelainan. Tapi masih dapat benda sama. Masih lagi ayat lima perkataan?

(Kalau perasan kicauan pembukaan tadi. Semua ayat lima perkataan tau. Yang ini pun sama jugak!)

👇👇👇
Read 19 tweets
15 Mar
Resume / CV ialah iklan bagi pencari kerja.

Kalau faham ni, LAGI SENANG dapat kerja.

Apa maksudnya?

Baca...
(Thread)

👇👇👇 Image
1/

Resume sepatutnya 'menjual' kenapa kita lebih daripada layak untuk memenuhi posisi yang kita minta.

Dan ini mesti TERANG & JELAS. Sekali baca terus dapat first impression. Bukannya tertanam & tersembunyi.

👇👇👇
2/

Resume bukan lambakan sejarah kronologikal yang tidak berkaitan. Kau main takraw? Kau menang kawat? Ada aku kisah?

Proficient in MS Word? Hello, ini tahun 1995 ke?

Kalau takde sebab nak letak, jangan letak!

👇👇👇
Read 12 tweets
7 Mar
“Kenapa negara tak maju?”

Salah engkau lah!

1. Tengok konten bodoh. Influencer bodoh makin kaya sampai rasa invincible.

2. Tak baca buku. Belajar benda mengarut. Isi sampah dalam otak.

3. Follow selebriti bodoh. Buat lawak gelak sendiri. Cakap takde isi.

Cemana nak maju?
Tanggungjawab kita:

1. Jadi orang BERILMU. Siapkan diri.

2. Jadi orang BERMANFAAT. Kongsi ilmu. Hasilkan konten bagus bernilai memajukan tamadun.
Macam mana kalau belum mampu nak buat dua di atas?

1. Sokong konten baik bernilai.
2. Bantu sebarkan.
3. Be a good patron & audience.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!