Masa muda, masa gagah, masa ada harta jangan lupa diri!
Kasihan pula tengok makcik ini setiap hari datang melawat pakcik Ismail.
Sejak pakcik Ismail masuk wad tak pernah sehari pun dia terlepas datang suapkan makanan, lap badan dan picit pakcik Ismail.
Tapi yang peliknya tak nampak pula anak-anak atau orang lain yang datang melawat. Mungkin keluarga pakcik Ismail tinggal berjauhan.
Pernah sekali berselisih di depan lift,sempatlah tegur.
“Makcik tak perlu datang hari-hari kalau makcik tak larat. Kasihan pula saya tengok”
“Takpa. Selagi larat makcik datang. Kami pun sebelum ini pernah susah begini sama-sama”
“Maaf saya nak tanya,anak-anak pakcik Ismail tak datang ke?”
“Pakcik Ismail ini dulu orang bisnes dalam syarikat besar. Kahwin 4. Anak-anak 10 orang.”
Rupanya selepas pakcik Ismail jatuh sakit, isteri-isteri lain dah tak hiraukan. Tambah lagi, bisnes pun dah jatuh. Harta pun tak banyak sebab banyak bayar hutang. Lagipun mereka masih muda.
Anak-anak pula hilang hormat pada ayahnya selepas ayahnya kahwin lain.
Rasa benci sebab ayahnya sanggup duakan hati ibunya ketika ayahnya senang.
Yang tetap setia disisi ketika susah adalah isteri tua. Isteri yang dulunya sama-sama susah untuk naikkan bisnes hingga ke puncak.
Kita suami mudah lupa dengan siapa yang bersama kita waktu kita tidak punyai apa-apa. Kita mudah lupa dengan siapa kita bina kehidupan kita sehingga apa yang kita dapat hari ini.
Apabila kita sudah ada segalanya, kita anggap semua itu hasil usaha kita sendiri.
Kita tak sedar ada sosok tubuh yang sentiasa menyokong dari belakang untuk kita terus gagah untuk berjaya.
Bila dan senang dan kaya jangan lupa pasangan yang sama-sama susah dengan kita dulu. Hargai dia hingga hujung nyawa.
Benarlah, kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya dan kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa.
Kongsikan pada orang lain kisah ini supaya lebih ramai lelaki dan suami dapat hargai isteri ketika susah dan senang.
Jemput follow saya untuk baca lebih banyak kisah inspirasi yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.
“Doktor,seorang pesakit tiba-tiba sakit dada dan tak sedarkan diri.Kurang dari 5 minit pesakit akan sampai”
Aku letak gagang telefon.
Selang beberapa minit,pesakit dikejarkan masuk ke zon merah dalam keadaan dadanya sedang ditekan(CPR).
Pesakit lelaki dalam lingkungan awal 30-an.
Masing-masing sudah tahu apa patut buat.Bagaikan refleksi.Nyawa pesakit perlu diselamat dalam masa yang singkat.
“Bagi saya ETT”,pintaku.
ETT(Endotracheal Tube) dimasukan dalam salur pernafasan.
“Check pulse”
“No pulse”
“Continue CPR!”
“Aderenaline has given”
Selang setiap 2 minit,nadi akan diperiksa dan penekan dada bertukar.
“Pesakit ini berumur 28 tahun,tiada masalah kesihatan.Dia seorang perokok.Sehari 14 batang.Tiba-tiba tak sedarkan diri selepas beberapa saat memegang dada sebelah kiri”
1. Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu meningkatkan risiko kanser.
2. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong(HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan(CFS), 3 cawan mee segera mengandungi 30g lemak/setiap paket yang menyebabkan kanak-kanak terdedah risiko obesiti.
3. Kajian di Universiti Harvards menunjukkan kanak- kanak yang makan 2 pek seminggu berisiko mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.
Fakta best pasal diri korang. No 9 mesti korang baru tahu.
1. Tahukah anda, satu-satunya organ yang akan tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.
2. Tahukah anda, kuku kita ni terdiri dari sejenis protein bernama keratin dan ianya juga merupakan sel mati yang keluar melalui jari. Sebab tu tak sakit bila dipotong. Oh ya, kuku di jari lagi cepat panjang berbanding kuku kaki tau.
3. Tahukah anda, tahi telinga tu bukanlah tahi tapi peluh. Tujuan tahi telinga ni untuk melindungi kita dari bakteria, debu, kotoran dan air. Tak perlu korek tau, nanti dia akan keluar sendiri. Lainlah tahi telinga tu sampai keluar. Tu janganlah dibiarkan. Hehe
“Bukan kau tengah bawa kereta ke? Macam mana boleh balas whatsapp?”
“Ala, sambil pegang stereng sambil taip whatsapp. Bukan susah”
Ya, memang bukan susah jika tidak berlaku kemalangan. Ia akan menyusah diri dan keluarga bila berlaku kemalangan. Lebih menyusahkan bila kemalangan itu melibatkan keluarga lain yang sehingga membawa maut!
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pernah melakukan beberapa kajian tentang bahaya penggunaan telefon bimbit.
Kajian Miros pada 2016 melibatkan 300 responden di Lembah Klang mendapati 43 .4 peratus pemandu di Lembah Klang menggunakan telefon bimbit