Fakta best pasal diri korang. No 9 mesti korang baru tahu.
1. Tahukah anda, satu-satunya organ yang akan tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.
2. Tahukah anda, kuku kita ni terdiri dari sejenis protein bernama keratin dan ianya juga merupakan sel mati yang keluar melalui jari. Sebab tu tak sakit bila dipotong. Oh ya, kuku di jari lagi cepat panjang berbanding kuku kaki tau.
3. Tahukah anda, tahi telinga tu bukanlah tahi tapi peluh. Tujuan tahi telinga ni untuk melindungi kita dari bakteria, debu, kotoran dan air. Tak perlu korek tau, nanti dia akan keluar sendiri. Lainlah tahi telinga tu sampai keluar. Tu janganlah dibiarkan. Hehe
4. Tahukah anda, perempuan ni lebih banyak lemak berbanding lelaki? Lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding perempuan. Bertabahlah ya. Hehe
5. Tahukah anda, otot kita akan letih bila bekerja secara berterusan. Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung. Bila kita jalan, jantung kita berjalan. Bila kita berhenti, jantung kita tetap berjalan. Namun bila jantung kita berhenti, kita pula yang akan 'jalan'
6. Tahukah anda, otak kita ni terbentuk sempurna pada purata usia 26 tahun. Jangan hairan kenapa kita masa muda dulu perangai merepek. Hahaha.
7. Tahukah anda, bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haha! Bila last time lap skrin telefon tu?
8. Tahukah anda, dianggarkan 10% penduduk dunia ni bertangan kidal. Genetik merupakan faktor utama seseorang tu boleh bertangan kidal. Cuba angkat tangan siapa yang kidal? Hehe
9. Jika rumah kita ada penapis udara, maka pada badan kita ni ada penapis bernama 'buah pinggang'. Penapis ni lagi power. Sebab ianya boleh tapis benda tak ada khasiat yang kita makan. Kalau nak guna penapis ni lama, jangan ambil garam, gula serta makan terproses selalu.
Nak tau lagi banyak fakta sains? Segera dapatkan Teroka Sains 1,2& 3 okey!
Dr Wan Fahmi dan Dr Annies habaq untuk Teroka Sains 3 ni mereka mahu buatkan anak-anak kita teruja belajar mengenai diri kita sendiri sebagai seorang manusia.
1. Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu meningkatkan risiko kanser.
2. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong(HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan(CFS), 3 cawan mee segera mengandungi 30g lemak/setiap paket yang menyebabkan kanak-kanak terdedah risiko obesiti.
3. Kajian di Universiti Harvards menunjukkan kanak- kanak yang makan 2 pek seminggu berisiko mendapat penyakit metabolik seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.
“Bukan kau tengah bawa kereta ke? Macam mana boleh balas whatsapp?”
“Ala, sambil pegang stereng sambil taip whatsapp. Bukan susah”
Ya, memang bukan susah jika tidak berlaku kemalangan. Ia akan menyusah diri dan keluarga bila berlaku kemalangan. Lebih menyusahkan bila kemalangan itu melibatkan keluarga lain yang sehingga membawa maut!
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pernah melakukan beberapa kajian tentang bahaya penggunaan telefon bimbit.
Kajian Miros pada 2016 melibatkan 300 responden di Lembah Klang mendapati 43 .4 peratus pemandu di Lembah Klang menggunakan telefon bimbit
“Encik,encik,encik, nama siapa?” aku tanya sambil menepuk bahu.
“Argh..argh..argh!! ”kedua belah kaki dan tangannya meronta-ronta.
“Kami nak bantu encik ni, apa dah jadi?”
“Argh..argh..argh!!”, masih tetap tak beri respon yang baik.
Aku terus ambil pen torch dalam poket.
“Pupil unequal. Prepare for intubation!”
Lelaki lewat 30-an. Berbaju grab. Kelihatan benjolan di dahi sebesar telur ayam. Tiada waris yang ikut sama.
Dari cerita PBSM yang bawa, ketika lelaki ini ditemui, dia berbaring ditepi jalan.
Orang ramai beritahu, motor dia tergelincir dan kepalanya terlanggar tiang lampu.
Kami cuba cari jika ada maklumat waris untuk dihubungi. Handphone locked screen. Setelah beberapa kali cuba untuk thumbprint, skrin menunjukkan perlu masukkan kata kunci.
Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh merosakkan lapisan saluran darah dan keadaan itu jika berterusan boleh menyebabkan beberapa penyakit degeneratif yang biasanya seiring dengan proses penuaan.
Berdasarkan garis panduan CPG di Malaysia, untuk pesakit kencing manis, bacaan normal bagi paras gula dalam darah ketika puasa ialah 4.4-7.0 mmol/L, manakala bacaan normal bagi paras gula dalam darah selepas makan ialah 4.4-8.5 mmol/L.
Menurut statistik daripada Institut Diabetes Negara (NADI), kira-kira 2.5 juta penduduk dewasa menghidap diabetes. Malah, data diperoleh NADI juga menunjukkan hampir separuh rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik itu.
Kelihatan seorang lelaki yang mengerang kesakitan. Tangan kanan memegang pinggang kanan.
Dari wajahnya dapat lihat keperitan yang ditanggung. Duduk tak kena. Diri tak kena. Baring pun tak kena. Berguling-guling atas katil.
“Tolong doktor, sakit sangat ni. Tak pernah lagi sakit gini”
“Sabar ya. Kita bagi ubat tahan sakit”
“Cepat doktor. Rasa macam nak mati dah ni”
Ini adalah keadaan pesakit yang sering dikejarkan ke Kecemasan disebabkan batu karang.
Batu karang adalah pembentukan batu di dalam saluran air kencing dan ia akan menyebabkan sakit belakang yang melampau.
Sakit belakang yang melampau ini terjadi disebabkan batu tersebut tersekat di saluran ureter iaitu saluran yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing.
Menurut laman web LiveStrong, logik di sebalik mitos kehamilan ini adalah berdasarkan sejenis kompaun digelar bromelain yang terdapat dalam nenas.
Bromelain ini dikatakan dapat memecahkan protein lalu menyebabkan pendarahan dan keguguran.
Rana Conway, penulis buku “What to Eat When You’re Pregnant” yang mengkaji hal ini menjelaskan sebenarnya tubuh kita tidak akan mendapat kesan buruk daripada bromelain
melainkan kita makan 7-10 biji buah nanas sekaligus dalam satu-satu masa.