Segalanya bermula di sini apabila Zionis laknatullah memulakan serangan ke atas Masjid Al Aqsa hingga merosakkan bahagian tempat solat. Kemudian Hamas bersama sayap kanan bersenjatanya, Briged Al Qassam bersumpah "dengan darah kami, kami akan bebaskan Al Aqsa!".
I need more people to translate this thread into a language they are fluent in. So far I have seen this thread been translated into English, Japanese and Korean.
The list has expanded. Thank you those who have translated this thread into Mandarin, Tagalog, Germany, Turkish, Indonesian and Thai. I appreciate each and everyone of you. #IStandWithPalestine🇵🇸
I have seen my tweets being translated into Spanish, French, Tamil, Japanese, Venezuelan and Hebrew. Thank you🙏
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Ada video live orang Jordan kat sempadan Palestin Jordan tapi macam mana nak nak share sini ya? Meremang weh dah macam scene Dr Strange datang dengan orang Wakanda masa Captain America nak kalah dah tu.
Jangan gelak aku screen record guna phone satu lagi. Dorang duk sebut “Kami Umat Nabi Muhammad!”
Hahaha tak ada keluar link pun!! Dia tulis share to wall. Lepas tu nak copy nama dia pun dia pakai tulisan Arab. Acanerrr
Zionis tak akan pernah bom Masjid Al Aqsa. Mereka juga percaya keajaiban para Nabi dan Rasul pernah berlaku di situ. Malahan sebenarnya, mereka ingin merampas Masjid Al Aqsa sejak Perang Salib lagi. Mereka percaya di Al Aqsa terletak Temple of King Solomon, tempat suci Yahudi.
Orang Yahudi percaya di Al Aqsa lah tempat di mana Allah mengumpulkan tanah untuk mencipta Nabi Adam. Di sini juga tempat Nabi Ibrahim hampir-hampir menyembelih anaknya Nabi Ishak untuk membuktikan taat. Di sini juga Nabi Sulaiman bina kuil pertama orang Yahudi.
Bagi orang Islam pula terutamanya umat Nabi Muhammad, Masjid Al Aqsa adalah saksi penting peristiwa kerasulan Nabi Muhammad. Disinilah Nabi Muhammad singgah sebelum naik ke langit. Di sini juga Nabi Muhammad memimpin solat semua Nabi dan Rasul secara ghaibiyyah.
Allahuakbar. Siren baru berbunyi di sekitar Masjid Al Aqsa. Dilaporkan Briged Al Qassam telah melancarkan peluru berpandu ke arah Jerusalem sebagai tindak balas pendudukan tidak sah Israel di Sheikh Jarrah dan Al Aqsa. Doakan mereka! #SavePalestine
Peluru berpandu dilancarkan oleh Briged Al Qassam ke arah bandar-bandar di Israel setelah Israel gagal untuk patuh kepada tuntutan mengosongkan Sheikh Jarrah dan Al Aqsa. Kali terakhir peluru berpandu dilancarkan ke sana adalah pada 2014.
Hamas baru saja mengaku yang pihak mereka bertanggungjawab melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Jerusalem sebentar tadi. Ini sebagai permulaan.
Pertempuran mungkin akan berlaku di Palestin apabila sebentar tadi tentera Hamas memberi amaran keras kepada Israel untuk berundur dari Al Aqsa dan melepaskan semua tahanan jika tidak mahu serangan balas ke atas mereka. Israel sedang bersiap sedia untuk bertempur dengan Hamas.
Hamas berkata, mereka memberi masa sehingga jam 6 petang waktu tempatan sahaja kepada tentera Zionis dan penceroboh di #SheikhJarrah dan Al Aqsa untuk keluar dan meninggalkan kedua tempat itu. #SavePalestine
Ketika ini penceroboh Israel sedang berkumpul di tembok berdekatan Masjid Al Buraq untuk masuk ke Masjid Al Aqsa.