Saya ada share antara kerja freelance yang saya pernah buat dekat tweet @magmalaya sebelum ni.

Ramai yang nak tahu macam mana nak mula jadi freelancer dan dekat mana nak cari potential client.

So, here it is. Macam mana nak jadi freelancer (apa-apa bidang pun).

A thread.
1. Mula-mula kena tahu apa skill yang kita ada. Antara skill yang boleh kita jual sebagai freelancer:
- Writer & linguistics
- Graphic & design
- Video & animation
- Programming & IT
- Digital marketing
- Customer service
- Music & audio
- etc
2. Kalau rasa tak ada skill apa-apa, boleh mula belajar sekarang.

Pilih apa yang korang minat dan korang sanggup buat tiap-tiap hari.

Saya dulu cuba macam-macam, minat macam-macam, boleh buat macam-macam.

Tapi bila lama-lama, saya lebih fokus pada writing.
3. Sediakan portfolio dan sample kerja kita. Contohnya saya freelance writer, saya buat contoh artikel.

Boleh letak dalam blog atau tulis dalam Word/Google Docs/PDF. Bila nak approach client, boleh lampirkan contoh kerja kita pada dieorang.
Penting sample kerja kita ni. Tujuannya untuk bagi bukti pada potential client yang kita boleh buat kerja.

Untuk graphic and design, boleh guna website macam behance atau deviantart untuk portfolio.
4. Sediakan CV/resume. Letak experience dan anything related dengan skill kita.

Tak perlu panjang-panjang. 1 page pun dah cukup.

Attach cv bila nak apply kerja melalui email. Atau bila potential client mintak.
5. Promote diri dekat social media sendiri. Buat personal branding.

Buat soft sell dan hard sell bergilir-gilir. Saya sendiri mula dengan buat personal branding di Facebook.
Contoh hard sell:

Saya ada buat servis menulis artikel blog/website, copywriting untuk social media dan menulis buku/ebook. Boleh hubungi saya di fadzirazak@gmail.com.

Atau,

Penat nak buat content untuk Facebook dan IG? Saya boleh bantu korang. Hubungi saya di 017xxxx
Contoh soft sell:

*Tunjuk gambar workspace*

3 benda penting untuk saya sebagai freelance content writer.

PC, laptop dan smartphone.

Jadi dekat mana-mana pun boleh buat kerja.

Fadzi Razak,
Freelance writer for hire.
6. Google keyword 'penulis artikel', 'content writer' dan yang lebih kurang sama. Nanti akan ada keluar website yang perlukan penulis.

Tengok-tengok sikit rate bayaran mereka. Ada yang serendah RM5 untuk 1 artikel.

Jangan ambil harga rendah ye. Nanti korang penat nak tulis.
7. Google 'freelancer website'. Akan keluar list website untuk freelancer.

Sign up dan lengkapkan details korang.

Dekat sini akan ada potential client yang nak cari freelancer.

Mostly job dekat website macam ni, kita kena apply, kena tulis proposal.
8. Bila dah dapat client, buat sungguh-sungguh kerja yang diberi. Jangan buat sambil lewa. Jangan buat asal siap.

Tunjuk kualiti korang. Kalau korang buat kerja bagus, dieorang akan hire korang lagi.

Bila korang buat kerja bagus, nak up kan rate pun, orang sanggup bayar.
Lagi best, client tu yang akan referkan kawan-kawan dieorang pada korang.

Dah jimat masa tak yah promote-promote diri dah.

Boleh gunakan masa yang ada untuk fokus buat kerja.

Client sendiri yang datang approach korang.
9. Sentiasa upgrade knowledge. Cari orang dan skill baru untuk improve apa yang korang ada.

Dunia ni sentiasa berubah. Nak make sure korang sentiasa relevant di mata potential client, kena keep up with the changes.

Diverse kan skill korang. Mantapkan apa yang kurang.
10. Cuma satu benda pasal freelancing ni saya nak bagitau, it's not an easy journey.

Kena kuat semangat.

Kena fahamkan orang sekeliling macam mana kerja kita. Kadang-kadang orang tak faham.

Duduk depan laptop pun boleh dapat duit? Bior betul? Ha, gitu le lebih kurang.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fadzi Razak

Fadzi Razak Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(