Ikuti Thread ini mengenai Kenyataan dari Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dari Doha Qatar
Salam kepada kalian semua yang telah membawa puluhan ribu org ke negara yg baik ini serta memperbaharui perjanjian kita dgn Palestin, Baitul Maqdis dan Al Aqsa bersama pahlawan yg
berani iaitu Briged Izzuddin Al Qassam
Sebuah epik kepahlawanan yang baru bersama kebanggaan dan patriaki sekarang telah mengambil alih Palestin dari Utara ke Selatan
Kejadian epik ini terjadi kerana pergelutan antara kita dengan Zionis di Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa
Jangan bermain dengan api, Masjid Al Aqsa merupakan kepercayaan dan agama kami dan pencetus revolusi kami”
“Peperangan ini dinamakan Alquds, maka AlQuds akan terus menjadi nama setiap peperangan dan menjadi pencetus setiap kebangkitan”
Zionis telah melakukan huru hara di tanah suci ini dan kejiranan Sheikh Jarrah dan mereka (Israel) menyangka bahawa mereka mampu melakukannya dan mengeluarkan rakyat kita dari Sheikh Jarrah serta amaran telah diberikan kami berulang kali bukan dari sekadar perkataan
Kita sudah memberitahu penjajah ketika bulan Suci Ramadhan ketika mereka cuba menghalau rakyat kita di Sheikh Jarrah dan menutup pintu Masjid Al Aqsa.. Kami menyatakan dengan jelas bahawa Jangan bermain api kerana Al Aqsa ialah garisan merah yg kami letakkan
Saya memberitahu PM Netanyahu bahawa jangan bermain api kerana kebebasan Baitul Maqdis merupakan satu perkara yg sangat bermakna untuk rakyat Palestin
Penjajah telah berulang kali memberi amaran kepada kita tentang akibat merosakkan kesucian dan kini Baitul Maqdis ialah tajuk perang dan kebangkitan sudah berlaku hari ini
Kita sudah berjaya meletupkan semangat di 48 wilayah kita di Tebing Barat dan Gaza serta menggegarkan seluruh rantau ini
Rakyat Palestin sudah bangun dan bangkit dalam usaha melindungi legasi kenabian di tanah Palestin, Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa
Saya berkata kepada kamu wahai penjajah bahawa sesiapa yg cuba mengancam Masjid Al Aqsa akan menerima kebangkitan Jabbari dari seluruh Palestin
Kami tidak akan berehat sehingga kita berjaya membebaskan kesucian ini
Penentangan akan kekal kuat, penjajahan ke atas Baitul Maqdis tidak akan dibenarkan mulai sekarang untuk menyerang Baitul Maqdis dan menghapuskan kesucian Al Aqsa
Selepas ini Baitul Maqdis akan menjadi permulaan setiap pertempuran dan letupan kepada kebangkitan
Serangan penjajah ke atas Gaza ke atas pangsapuri dan menara, melakukan pembunuhan beramai-ramai kanak kanak dan wanita yg mereka percaya mampu melemahkan tentangan kita
Penentangan tidak akan berundur dan akan kekal menjadi pedang dan perisai kepada Masjid Al Aqsa
Kumpulan kami seperti Briged Al Qassam mempunyai banyak dan apa yg disembunyikan adalah lebih besar
Penjajah percaya dengan melakukan jenayah ke atas Gaza maka penentangan akan lemah sedangkan semakin kuar penentangan semakin tinggi ia akan terjadi
Al Midan berkata hari ini bahawa dia mahu menyelesaikan konfrontasi yg penjajah ambil kesempatan ke atas Baitul Maqdis dan Al Aqsa
Kami penentang berkata kami tidak mahu apa apa utk Gaza. Kami hanya mahukan semuanya utk Baitul Maqdis
Kita telah berjaya mengangkat halangan geografi antara Palestin yg bersejarah dan kini seluruh Palestin bangkit menentang penjajahan ini
Hari ini, Perjanjian Oslo dan Dayton serta kerjasamanya gagal dan generasi kini dan akan datang akan menjadi penghalang penjajahan ini
Tebing Barat akan meluas sehingga ke hujungnya dan akhirnya kita akan disatukan sebagai bangsa Arab dan Islam jua
Generasi ini suatu masa nanti akan membebaskan Masjid Al Aqsa
ISMAIL HANIYEH
KETUA BIRO POLITIK HAMAS
15 APRIL 2021, DOHA QATAR
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Sempena HUT TLDM ke 87 TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara
Mari mengenal antara Aset Cegah Rintang Berbisa Negara
Kapal Selam Scorpene Kelas Perdana Menteri
Ini ialah bebenang
2 kapal selam Malaysia ialah KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak merupakan kapal selam Scorpene buatan syarikat French Direction des Constructions Navales (DCNS) dan syarikat Sepanyol Nevantia yg kini dipanggil Naval Group
KD Tunku Abdul Rahman kapal selam pertama dipesan pada Jun 2002 dan ditauliahkan pada Januari 2009 manakala KD Tun Abdul Razak dipesan pada Jun 2002 dan ditauliahkan pada 25 Januari 2010.
Dua kapal ini diberi nama berdasarkan PM Malaysia yg pertama dan kedua
Iceland menjadi negara kesepuluh menyertai Pasukan Ekspedisi UK atau Joint Ekspedition Force(JEF) hasil tandatangan Nota Sertai antara Setiausaha Pertahanan UK Ben Wallace dan Duta Besar Iceland ke UK Sturla Sigurjónsson
Perjanjian ini adalah untuk meningkatkan kerjasama dan kefahaman pertahanan serantau, koordinasi bantuan bencana dan kecemasan awam untuk Iceland
Negara lain dalam JEF ialah UK, Denmark, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Belanda, Norway and Sweden
JEF merupakan satu pakatan yg ditubuhkan pada 2014 yg dibuat utk menunjukkan komitmen kepada demokrasi, undang undang dan hak asasi. JEF juga mempunyai tugasan utama melindungi Selatan Eropah dan beroperasi di Rantau Baltik dan Utara Atlantik
Stockholm International Peace Research Institute(SIPRI) mengeluarkan data mengenai bajet pertahanan dunia 2020 dan menyimpulkan bahawa peningkatan sebanyak 2.6 peratus meskipun pandemik Covid 19 melanda dunia
Bajet ketenteraan dunia pada tahun lepas meningkat 2.6 peratus kepada 1.981 Trilion USD dengan US iaitu 778 Bilion USD atau 39 peratus dari bajet keseluruhan dan bajet terbesar. China di tempat kedua dgn 252 Bilion USD, India 72.9 Bilion USD dan UK 59,2 Bilion USD (
Pembelanjaan ketenteraan utk 15 negara bajet terbanyak meningkat ke 1.603 Trilion USD atau 81 peratus daripada perbelanjaan global. Berlaku perubahan kedudukan antara 15 negara itu antara 2019 dgn 2020 di mana Israel memasuki top 15 dgn UK mengatasi Arab Saudi sbg
UK mahu beli 14 buah Helikopter Boieng H-47 ER Chinook dengan nilai kontrak bernilai 2 Billion USD. UK sedang berbincang dengan Pentagon utk menangguhkan penghantaran sehingga 3 tahun berikutan pandemik Covid 19
Tindakan ini memberi kesan kepada Boieng yg sedang terdesak mahu mencari pelanggan baru untuk Chinook utk mengelak dari penutupan fasiliti helikopter ini
Keadaan menjadi lebih tertekan apabila Tentera Darat US merunding semula pesanan sebelum ini. Boieng harus mengeluarkan
18 buah helikopter ini untuk memastikan perniagaan kekal stabil dan tidak membuang pekerja
Tentera Laut China mentauliahkan Kapal Selam Berkuasa Nuklear Type 09IV , Pembinasa Type 055 seberat 10,000-tan dan kapal serangan amfibia pertama Type 075 pada Jumaat lepas
Ia sempena ulang tahun ke 72 Tentera Laut China. Kapal selam nuklear itu diberi nama Chengzeng 18, kapal pembinasa diberi nama Dalian dan kapal serangan amfibia diberi nama Hainan di Pelabuhan Tentera Laut China di Sanya, Negeri Hainan China Selatan lapor PLA Daily
Chengzeng 18 merupakan kapal selam nuklear yg dinaik taraf dari varian asal Type 09IV dgn lebih ketepatan tembakan misil dan senyap
Dalian merupakan pembinasa seberat 13,000 tan dan mengatasi Pembinasa Kelas Arleigh Burke dan Kelas Tinconderoga US