1/ Persoalan yang besar sebenar untuk dijawab dalam ruang yang terhad. Tapi saya cuba ringkaskan semampu mungkin dan letakkan rujukan artikel pada penghujung tweet insyaAllah. #BacaTenangTenang
2/ Soalan yang lebih tepat lagi adalah :
Adakah Judaism agama yang khusus untuk bangsa Yahudi ataupun ia adalah agama yang terbuka untuk semua bangsa seperti mana Islam dan juga Kristian?
3/ Penting untuk dijawab soalan ini kerana asas bagi ideologi Zionism adalah fikrah mewujudkan 'keadilan' yang dituntut terhadap Yahudi.
Antaranya adalah dengan ideologi ardh al-mi'adh (tanah yang dijanjikan) dan sha'b mukhtar (bangsa pilihan). Ini adalah asas bagi Zionism.
4/ Kata Nathan Weinstock :
"Cubalah untuk hapuskan kefahaman tanah yang dijanjikan dan bangsa pilihan maka asas Zionism akan runtuh dengan sendiri."
Maka ideologi tanah yang dijanjikan adalah dakwaan yang sering diulang ulang oleh Zionis untuk membenarkan penghijrahan mereka.
5/ Dalam Book of Genesis disebutkan tentang penganugerahan Tuhan kepada keturunan Nabi Ya'qub tanah Palestin :
لك ولنسلك أعطي هذه الأرض
"Buat kamu dan keturunan kamu aku kurniakan bumi ini."
Ini adalah janji Tuhan menurut taurat kepada anak keturunan Nabi Yaqub.
6/ Maka untuk membuka jalan bagi membuktikan keabsahan tanah yang dijanjikan ini maka apa yang mesti dilakukan adalah dengan menyebarkan naratif; setiap yang menganut agama Yahudi adalah daripada keturunan Nabi Ya'qub / Israel.
7/ Dengan ini barulah penghijrahan mereka dan penubuhan negara Israel akan menepati ideologi bumi yang dijanjikan di dalam Taurat dan Yahudi walau dimana mana adalah satu jalur keturunan yang sama iaitu daripada susur Nabi Ya'qub yang telah diusir dari bumi tersebut.
8/ Tanpa asas ini ideologi Zionism akan musnah kerana mereka membina keabsahan pembinaan negara Israel di atas janji taurat yang mana bumi ini diberikan kepada keturunan Nabi Ya'qub. Maka atas sebab ini istilah 'bangsa yahudi' digunakan dengan banyak dalam Zionism.
9/ Maka untuk membenarkan dakwaan kesatuan Yahudi dari sudut darah keturunan maka mereka perlu menyebarkan dakwaan bahawa agama Yahudi adalah khusus untuk keturunan Nabi Ya'qub sahaja dan bersifat perkauman. Tidak menerima bangsa lain untuk menganut agama ini.
10/ Mereka telah berjaya menyebarkan naratif ke seluruh dunia bahawa agama Yahudi adalah agama yang tertutup dan khusus untuk keturunan Nabi Ya'qub.
Dengan ini sesiapa sahaja yang menganuti Yahudi maka dia ada hak untuk kembali ke tanah 'nenek moyang mereka'.
11/ Jadi dakwaan Zionis bahawa agama Yahudi adalah khusus untuk mereka daripada keturunan Nabi Ya'qub dan ianya adalah agama yang tertutup boleh dijawab pada tiga sudut; agama, sejarah dan antropologi.
12/ Dalam Old Testament disebutkan beberapa kisah tentang mereka yang memeluk agama Yahudi dan bukan daripada keturunan Bani Israel. Seperti kisah Raja Parsi Ahshurah dalam Book of Esther kerana berkahwin dengan wanita yahudi.
13/ Pada zaman tersebut Yahudi ditindas dan dengan penyahudian Raja Ahshurash maka mereka telah mendapat tempat dalam kerajaan dan sampai ke tahap Raja menghukum setiap yang menindas Yahudi. Akhirnya ramai rakyat memeluk agama Yahudi.
14 / Begitu juga disebutkan dalam Book of Daniel kisah Raja Babylon, Darius yang memeluk agama Yahudi kerana terkesan dengan mukjizat Nabi Daniel.
Dalam bahagian lain di dalam Old Testament terdapat seruan untuk menyampaikan agama Yahudi kepada bukan dari keturunan Nabi Ya'qub.
15/ Manakala pada New Testament diriwayatkan pengingkaran Nabi Isa terhadap usaha dakwah golongan Yahudi terhadap agama mereka dalam keadaan mereka tidak mengamalkannya yang mana ini mengisyaratkan kepada wujudnya gerakan penyebaran ajaran Yahudi kepada bukan Yahudi.
16/ Manakala dalam Al-Quran terdapat ayat yang menceritakan tentang usaha Nabi Musa menyeru Firaun dan kaumnya kepada risalah baginda. Jika agama yang dibawa oleh baginda khusus untuk bani Israel kenapa perlu diseru bukan bani Israel untuk menganutnya?
17/ Begitu juga ayat Quran, ''Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali redha kepadamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka." [2:120] dan
''Mereka berkata jadilah kamu Yahudi atau Nasrani kamu akan mendapat petunjuk" [2:135]
18/ Teks teks daripada Old Testament, New Testament dan Al-Quran telah menunjukkan agama Yahudi / Judaism bukan terhad untuk mereka yang beketurunan Nabi Ya'qub tetapi boleh menerima keturunan selain mereka.
19/ Dari sudut sejarah pula disebutkan oleh Sejarawan Yahudi terkenal Arthur Koestler dalam Encyclopedia Britannica bahawa agama Yahudi telah dianuti oleh Yahudi Flasha berbangsa afrika , Yahudi Kaefeng berbangsa China, Yahudi Yaman berbangsa arab Yahudi Khazr berbangsa Turki.
20/ Ini semua mengisyaratkan kepada wujudnya gerakan penyebaran agama Yahudi kepada bukan keturunan bani Israel. Disebutkan dalam sumber yang sama penyebab kepada penyebaran agama Yahudi ini adalah kerana mereka melihat tersebarnya paganism di seluruh dunia.
21/ Antara bukti yang paling kuat menyokong dakwaan ini adalah kenyataan Prof Sholomo Sand, Prof Sejarah di Uni of Tel Aviv, penulis The Invention of the Land of Israel yang beliau membuktikan kewujudan penyebaran agama Yahudi kepada bukan keturunan Nabi Ya'qub.
22 / Dalam buku ini beliau mengumpulkan dokumen dokumen dari zaman Sumarian yang menyenaraikan nama nama ayah dalam bahasa Babylon, Mesir Purba tetapi anak mereka dalam bahasa Hebrew. Ini membuktikan kepada gerakan pengyahudian golongan bukan dari bani Israel.
23/ Hasil daripada penyebaran agama Yahudi kepada bangsa lain telah mewujudkan lapisan masyarakat yang pelbagai dalam agama ini. Mereka bukanlah daripada keturunan Israel. -Antara yang belum disebutkan wujudnya Yahudi Amazigh di Morocco yang menganut Yahudi melalui orang Babylon.
24/ Terdapat juga Yahudi Nufusah di Libya. Yahudi Jarawah di Tunis. Yahudi Madyunah di Tilmisan. Manakala Yahudi daripada arab adalah Yahudi Yaman, Yahudi Flasha di Ethophia dan lain lain lagi. Mereka adalah penganut Yahudi yang bukan dari jalur keturunan Nabi Ya'qub / Israel.
25/ Dari sudut Antropologi Biologi dapat dilihat kepelbagaian rupa wajah dan bentuk tubuh penganut Yahudi yang mana ini mengisyaratkan kepada keturunan bangsa yang berbeza. Yahudi Habsyah berkulit gelap, Yahudi China berkulit putih, Yahudi Arab dengan cirinya cirinya.
26) Kesimpulan :
- Agama yahudi adalah agama yang bukan bersifat tertutup seperti yang didakwa oleh Zionis tetapi menerima kepelbagaian bangsa seperti yang dibuktikan.
- Dengan adanya penganut Yahudi bukan daripada keturunan Bani Israel maka ini akan meruntuhkan asas Zionis.
- Maka Yahudi yang bukan daripada keturunan Nabi Ya'qub (mengikut Old Testament) dan melalui proses pengyahudian tidak terpakai ke atas mereka janji 'bumi yang dijanjikan' dan 'bangsa pilihan'.
- Maka dakwaan mereka terhadap keabsahan Israel di atas asas ini telah terbatal.
- Adapun pada Islam; bumi Palestin adalah warisan kepada umat Islam bukannya kepada Yahudi. Ini memerlukan perincian pada thread akan datang.
- Perlu juga dibezakan antara Yahudi berketurunan Israel dan Yahudi bukan daripada keturunan Israel.
- Yahudi adalah agama semata mata dan bukan agama dan keturunan. Seseorang boleh menjadi Yahudi dalam keadaan dirinya berbangsa Arab, China, Afrika, Turki, Amazigh tanpa disyaratkan berketurunan Israel.
"Dihentikan sementara 'kawalan pergerakan' ke atas Tel Aviv dan kawasan sekitarnya untuk selama dua jam. Selepas itu perang akan diteruskan."
- Abu Ubaidah.
Ulasan :
• Sekarang seluruh warga Tel Aviv sedang berada dalam tempat perlindungan bom dan tidak boleh bergerak.
• Hamas memberikan peluang untuk mereka keluar dari rumah dengan jaminan tanpa sebarang serangan. Untuk mereka yang nak dapatkan keperluan makanan dan ubat ubatan.
• Dari satu sudut menunjukkan Hamas masih ada sifat belas ehsan terhadap manusia lain walaupun musuh mereka.
• Dari sudut lain ini isyarat bahawa permainan sedang berada dalam kawalan Hamas.
Sepatutnya 'perintah kawalan pergerakan ditangguhkan' ini pihak Israel yang umumkan sebab merekalah kerajaan.
• Tetapi Hamas yang beratus kilometer yang umumkan.
Pada 12/1/2021 NGO Hak Asasi Kemanusiaan terkemuka di Israel mengeluarkan satu laporan yang menyifatkan Rejim Israel adalah rejim apartheid yang menindas. Kepentingan laporan ini adalah ini kali pertama NGO Yahudi di Israel menyifatkan Israel dengan apartheid.
Apartheid adalah dasar pemisahan di antara penduduk yang berbeza keturunan atau warna kulit seperti yang berlaku di Afrika Selatan. Di Israel dasar ini menjadi rahsia yang terbuka di mana penduduk Yahudi dan Arab dibeza bezakan daripada sudut hak dan layanan.
Pada tweet yang akan datang saya akan ringkaskan maklumat daripada laporan ini untuk manfaat semua. Perlukan waktu untuk membaca. InsyaAllah.
Laporan ini menjadi bomb shell terhadap Israel sejak beberapa bulan lepas kerana ianya mendapat liputan meluas media antarabangsa.
These are the events that preceded and sparked war between Israel & Gaza :
1) In late April Palestinians was prevented from gathering at Bab Al-Amoud in Jerusalem. This sparked series of protest which eventually forced Israel to withdraw the orders.
2) On 2nd May: Israel Court rule againts Palestinians family in Sheikh Jarrah with expulsion orders that granted to Israeli settlers. This still on going provocation had drawn international attentions and esculated tensions in Jerusalem.
• Sekumpulan penjajah Zionis telah menyerang dan memukul penduduk Sheikh Jarrah dalam keadaan polis yang bersenjata berat sedang mengawal.
• Berita Anadolu juga melaporkan terdapat pertembungan antara rakyat Palestin dan Zionis di sini.
• Penduduk Hayy Sheikh Jarrah menyeru penduduk lain di sekitar kawasan mereka untuk datang membantu kerana penjajah Zionis dengan sokongan pihak polis cuba untuk merampas rumah daripada rakyat Palestin.