1/ Laporan oleh @btselem ngo hak asasi manusia terkemuka di Israel.
Untuk rekod, ini adalah kali pertama Israel digelar negara apartheid oleh ngo rakyatnya sendiri.
Apartheid adalah dasar penindasan penduduk berdasarkan etnik & warna kulit. [Thread]
2/ Terdapat 14 juta penduduk di Israel. Separuh daripadanya adalah Arab dan separuh lagi Yahudi. Dalam satu negara mereka diperintah oleh dua rejim yang berbeza.
Pertama dalam kawasan milik Israel; rejim demokrasi yang mentadbir 9 juta penduduk, semuanya berwarganegara Israel.
3/ Kedua adalah kawasan jajahan Palestin 1967; rejim tentera Israel yang memerintah 5 juta rakyat Palestin.
4/ Tetapi pembahagian ini melupakan fakta lain; selama 50 tahun ini penjajah Yahudi telah hidup di lebih 280 penempatan yang berbeza di Tebing Barat.
Israel melalui 'undang undang' telah merampas Jerusalem Timur dan tanpa undang undang telah merampas kawasan Tebing Barat.
5/ Usaha Israel ini telah dilakukan di atas polisi & dasar; perluasan kuasa dan pemilikan Yahudi ke atas tanah tanah orang Palestin.
Golongan Yahudi memiliki hak untuk merampas tanah yang telah dimiliki oleh rakyat Palestin.
6/ Dasar ini dilaksanakan melalui perangkaan dan pemilikan semula kawasan.
Bagi pihak Yahudi mereka boleh memiliki semua tempat melainkan Gaza sahaja.
7/ Kehidupan rakyat Palestin dibahagikan pada empat pemerintahan:
Pertama kawasan yang diperintah oleh Israel. Rakyat palestin membentuk 16% populasi.
Mereka memiliki kerakyatan Israel dan sepatutnya mendapat hak yang sama rata dengan Yahudi tetapi ini tidak berlaku.
8/ Kedua di kawasan Jerusalem Timur yang dijajah oleh Israel pada 1967.
Status penduduk Palestin di sini adalah penduduk tetap yang sementara; mereka berpeluang untuk bekerja dan hidup di Israel.
Dapat insuran kesihatan, hak mengundi tempatan tetapi tidak pilihan raya umum.
9/ Ketiga di Tebing Barat.
Seramai 2.6juta rakyat Palestin hidup di sini dicengkam, dipecahbelahkan oleh Rejim Ketenteraan dan dinafikan sebarang hak untuk berpolitik.
10/ Keempat di Gaza;
2juta rakyat Palestin dan mereka dinafikan hak dalam politik dan ditindas. Pada 2005 Israel berundur dari Gaza dan memindahkan penduduknya.
Pada 2007 Hamas menang pilihanraya & semenjak daripada itu mereka dikepung & dikawal dari luar pada segenap aspek.
Pada setiap wilayah yang berbeza ini Israel menentukan apa hak yang boleh diberikan dan apa hak yang tidak boleh diberikan kepada rakyat Palestin. Ini ciri ciri rejim apartheid.
11/ Bagaimana Israel meluaskan pemilikan dan penguasaan Yahudi terhadap tanah tanah dan orang orang Palestin?
• Melalui tanah
• Status kewarganegaraan & penghijrahan
• Kebebasan bergerak
• Kebebasan berpolitik
12/ Melalui Tanah.
Israel melakukan pengyahudian setiap kawasan dan menjadikannya milik penduduk Yahudi. Komuniti yahudi ditubuhkan dan dikembangkan. Mendapat pelbagai kemudahan hidup.
Manakala penduduk Palestin dilucutkan hak dan dikumpulkan di kawasan yang sesak.
13/ Sejak 1948 Israel telah merampas lebih 90% tanah di dalam wilayahnya dan membina ratusan penempatan Yahudi.
Tetapi tidak ada satu pun penempatan orang Palestin dibina melainkan penempatan orang badui, hanya untuk memadatkan kawasan selepas hak pemilikan mereka dilucutkan.
14/ Sejak 1967 juga Israel telah merampas pemilikan rakyat Palestin dalam pelbagai aset sama ada bangunan, tanah atau rumah.
Mereka juga melanggar undang undang antarabangsa dengan membina 280 penempatan di Tebing Barat dan Jerusalem Timur untuk 600k penduduk Yahudi.
15/ Dalam masa yang sama mereka juga membuat perancangan untuk rakyat Palestin yang mana ianya bertujuan untuk menghalang sebarang pembinaan bangunan dan penubuhan kawasan.
Mereka juga tidak pernah menubuhkan walau satu komuniti baru untuk rakyat Palestin.
16/ Melalui Kerakyatan & Penghijrahan
Yahudi di seluruh dunia -anak, isteri, cucu- layak untuk berhijrah ke Israel dan mendapat kerakyatan Israel serta boleh tinggal di mana mana tempat walaupun di tanah jajahan Israel.
17/ Manakala rakyat Palestin yang berada di mana mana tempat diseluruh dunia tidak ada hak untuk berhijrah ke Palesti walaupun ibu bapa & datuk nenek mereka berasal dari sana.
Pilihan mereka hanyalah untuk berkahwin dengan mereka yang memiliki status di sana. Tapi tidak mudah.
18/ Tetapi mengikut undang undang Israel rakyat Palestin yang berada di kawasan jajahan tidak layak untuk berhijrah dan menetap di kawasan pemerintahan Israel
19/ Kebebasan bergerak
Israel benarkan rakyat dan penduduk tetapnya bergerak dalam kawasan pemerintahan dan jajahan Israel serta kawasan Tebing Bara melainkan untuk ke Gaza.
Gaza dikelaskan sebagai hostile territory.
20/ Rakyat Palestin di Tebing Gaza pula perlukan permit khas untuk bergerak di kawasan kawasan yang berbeza ini.
Israel telah mengepung Gaza sejak 2007 dan tidak membenarkan pergerakan keluar dan masuk melainkan untuk kes khusus.
21/ Semua rakyat Israel boleh meninggalkan negara dengan kapal terbang pada bila bila masa yang mereka kehendaki.
Rakyat Palestin tidak boleh menaiki penerbangan dari Airport Israel melainkan menaiki dari Jordan dengan permit khas dari Israel.
22/ Penyertaan Politik
Kesemua rakyat Israel -arab atau yahudi- boleh menyertai politik, mengundi, bertanding kerusi, tetapi pemimpin politik Yahudi sering meremehkan kelayakan orang Arab untuk sertai politik.
23/ Manakala 5 juta rakyat Palestin di kawasan yang dijajah termasuk Tebing Barat tidak memiliki hak untuk mengundi dan menentukan kerajaan yang akan mentadbir kehidupan mereka.
Mereka hanya dapat mengundi untuk Palestinian Authority yang mana kuasanya hanyalah simbol.
24/ Rakyat Palestin juga dihalang kebebasan untuk bersuara, dihalang kebebasan untuk mengkritik Rejim dan dihalang daripada sebarang usaha untuk mengubah status sosial dan politik mereka.
25/ Inilah dasar apartheid yang diamalkan oleh Israel.
Rakyat Palestin dibahagikan kepada unit unit yang berbeza dan setiap unit memiliki hak yang juga berbeza.
Yang mana hak hak ini tidak akan sama dan setaraf dengan hak yang dimiliki oleh penjajah Yahudi.
Setiap kali berlaku pengeboman Isra5l, naratif yang pihak Z1on1s akan gunakan untuk menjustifikasikan angka korban yang besar adalah,
''Pihak Pal5stin guna perisai manusia."
Ini bebenang untuk menjawabnya.
1/ Apa tujuan daripada naratif ini?
- Meletakkan Tentera Z10nis on higher moral ground. Sebab hanya pihak yang tidak bermoral yang akan gunakan manusia sebagai perisai.
- Menyalahkan pihak Pal5stin sebagai punca berlaku korban. Korban berlaku bukan kerana serangan Zionis.
- Tetapi berlaku kerana pihak Pal5stin yang jadikan manusia sebagai perisai bagi mempertahankan diri. Naratif ini berkesan terutamanya jika korban adalah kanak2 & wanita.
- Menjadikan human shield untuk alasan pembunuhan ini adalah taktik yang juga digunakan di India & Mesir.
• Pengeboman udara besar besaran berlaku sebelum azan subuh tadi.
• Ramai menyangka malam ini akan berlalu dengan tenang, tetapi tentera Z10n1s melewatkan serangan untuk berikan kejutan.
• Dalam masa kurang 20 minit lebih 60 pengeboman udara dilakukan.
Serangan udara tidak berhenti di kawasan timur dan utara Gaza lebih daripada 20 minit.
•Berusia 21 tahun dan merupakan pelajar tahun 3 pergigian.
•Rumahnya telah dibom oleh Tentera Isr2el semalam dan mengorbankan bersamanya ibunya dan dua orang adik lelakinya.
•Syaima' telah tertimbus di bawah runtuhan selama 14 jam.
•Baru sejam tadi beliau berjaya dikeluarkan dan telah pun meninggal dunia.
•Beliau merancang untuk berkahwin dengan pasangan pilihannya dalam masa sebulan.
•Beliau ialah bakal pengantin, doktor gigi yang lemah lembut.
•Disayangi oleh sahabat sahabatnya & orang sekelilingnya
•Beliau juga seorang penghafal Al-Quran.
•Pihak Z10n1s telah menghancurkan kehidupannya, kehidupan keluarganya dan keseluruhan impiannya.
Maka marilah kita hidupkan peringatan tentang beliau dan mendoakan beliau dan mereka yang terkorban dalam doa doa kita.
- Serangan udara besar besaran. Terbesar sejak perang dimulakan.
- Lebih 70 serangan udara telah dilakukan.
- Serangan disasarkan pada seluruh kawasan Gaza; timur ke barat, utara ke selatan.
- Disasarkan bangunan awam, jalan jalan utama, bangunan kerajaan.
Serangan menggunakan bom yang highly destructive dan explosive.
Bom ini sepatutnya digunakan untuk bangunan tentera yang kebal dan bukan bangunan awam.
Mengikuti space (reruang) yang dianjurkan oleh saudara saudara kita di Palestin. Pembicara malam ini adalah aktivis Al-Quds @khadeja_ahmad1.
• Antara take away message yang saya dapat tadi adalah Masjidil Aqsa tidak berhajat kepada kita tetapi kitalah yang memerlukannya.
• Maka dengan kesedaran ini kita akan sedar bahawa setiap hari kita perlu melakukan sesuatu untuk membantu Masjidil Aqsa dan Al-Quds.
• Kita akan berusaha mencari pelbagai cara untuk melakukan berkhidmat kepadanya dan membantunya tanpa diminta. Sebab kita sedar kepentingannya.
• Isu Al-Quds ini tidak boleh bersifat bermusim dan tidak boleh sesekali terpadam dari hati kita. Perlu menjadi air mendidih yang sentiasa menggelegak.
• Andai kita diam sahaja daripada berbicara tentang Al-Quds itu akan memudahkankan Israel melaksanakan rancangan mereka.